Saturday, January 2, 2010

Tun Mahathir

Saya tau ramai yang kagum dengan beliau, tak kurang jugak ramai yang tak senang dan macam2 umpatan diberikan kepada beliau..

Keluarga saya campuran orang kuat 2 parti utama di Malaysia, maka waktu sekolah rendah, saya memang menyendeng ja pegi kedua-dua perhimpunan nih. Jadi saya rasa pemikiran saya betul-betul tak bias kat mana-mana..

Saya terhutang budi kat pimpinan Tun. Sebagai anak golongan marhain, saya mampu juga ke sekolah asrama seterusnya universiti, tanpa belanja besar. Kalau dikira BKP1, BKP2, Petronas, Mara dan Mosti punya scholarship yang saya dapat dari zaman sekolah dulu, tambah lagi RMT waktu sekolah rendah, ntah2 dekat setengah juta jugak saya dah 'berhutang' duit kerajaan. Apa yang Mahathir dapat? Dah ler tak perlu bayar balik, tak kena bonded pulak tuh. Mungkin diorang harapkan kami balik Malaysia n serve the government. Itu aja...

Kroni beliau pun, Malaysia sukses juga, berbanding dengan kroni ...
Ramai orang Arab dan orang Jepun yang saya jumpa pun memang hormat dengan kelantangan beliau menyuarakan pendirian Malaysia atau negara muslim.

Baru-baru nih, kawan Filipina saya buka cerita tentang Mahathir secara tiba-tiba. Katanya kerajaan Filipina memang korupsi dan tak pandai nak exploit tenaga dan kepakaran rakyat sendiri. Sebab tuh rakyat Filipina bersepah-sepah di pelbagai negara, termasuk Kanada nih. Dan dia cakap, Mahathir pernah melawat Filipina, sekaligus menegur PM Filipina dan kerajaan mereka tentang pelbagai benda, termasuk hal 'korupsi' dan 'penggunaan kepakaran' tadi, secara terbuka di TV Filipina. PM waktu tuh memang terdiam tak boleh nak jawab apa. Sebaliknya rakyat Filipina ramai yang gembira dan menganggap beliau 'hero' sebab berani menyuarakan penderitaan yang tak terluah oleh rakyat mereka sendiri. Isu itu rasanya hangat jugak tak lama dulu.

Saya terhutang budi pada pimpinan beliau. Kalau ada salah beliau, harap jangan dikeluarkan dengan kata-kata kesat yang tidak membina. Zalim rasanya..Saya baru baca satu blog yang menghina-hina beliau, kalaulah penulis blog itu tau kat Kanada rakyat di tax hingga 12% (dulu 13% di sini), di Bangladesh dan Pakistan bekalan air bersih dan elektrik kena catu, dan juga bagaimana nasib Melayu di Singapura, mungkin dia lebih bersopan dalam menulis.. Walaupun tak suka, beliau pernah berjasa. Jasa itu kekal sampai sekarang kita rasa...

Jangan jadi pakcik yang cakap pasal nasib Melayu tak dibela kerajaan tapi petang-petang lepak main dam aji di kedai kopi.

6 Whisperers:

ida_zy said...

salam

saya memang dari kecil dah biasa baca harakah je
lepas tu masuk uia pulak time reformasi pulak tu
dengan lecturer & kawan2 pun pakai reben putih dalam kelas
so boleh imagine la macamana view saya on tun m pada waktu itu
but then bila semakin tua
kita kenal ramai orang, belajar pun lebih banyak dan lagi banyak saya sedar banyak benda yang saya tak tau
the point is: kalau nak berpolitik, biar la ada sebab dan asas kenapa anda menyokong sesebuah parti itu
dan tidak bermakna bila sudah menjadi penyokong/ahli sesebuah parti ataupun seorang tokoh
kita dah tak boleh terima pandangan yang bernas daripada pihak yang satu lagi

pandangan peribadi saya, tun m memang tiada duanya, sangat berwawasan serta lantang menegur benda2 yang orang lain tak berani nak cakap
namun saya tetap tidak bersetuju dengan sesetengah pandangan dan komennya yang melibatkan Islam
biar lah orang yang ahli bercakap tentang Islam

kesimpulannya biar apa pun perubahan yang hendak dibawa baik dasar penerapan nilai2 Islam, Islam hadhari, satu malaysia etc, perlu diterjemahkan dalam perbuatan yang ikhlas, bukan sekadar lip service

dan saya sebagai orang awam, seorang pendidik, saya bermatlamat untuk membentuk sahsiah diri anak2 murid saya agar dapat menjadi modal insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara, wallahua'lam

p/s: saya teringat kata2 dr walid masa subjek ethics master dulu, to change, we need to start with ourselves first, and the government is the reflection of its people :) (sori ek panjang le pulak, naik syeh hehe)

lady zaini said...

betul ida, bab tuh memang saya tak setuju dan tak suka bila dia berbicara. Saya rasa one should know the limitation of one's knowledge, thus biar orang yang lebih ahli yang berbicara..(Eh, sama lak kita)

Kat Malaysia banyak sangat slogan dan gelaran..1malaysia la, bapak pembangunan, bapak itu bapak inila, Islam hadharila..
Japanese kata- "kireigoto".. iaitu cakap benda indah2 sahaja tanpa berpijak realiti dan usaha2..

Politik...tak taula sampai bila diorang nak guna old tricks untuk attract new generations yang lebih kritikal, iaitu generasi kita dan mendatang..

~albazrah~ said...

Penat la politik, tiada ketenangan. Rasa aman damai kalau dalam kuliah dan tutorial menyampaikan ilmu kpd anak murid. Menyampaikan harapan2 dan ilmu kepada generasi akan dtg.

lady zaini said...

Diqma n ida yang lebih 'celik politik' pun bleh bosan, apatah lagi saya yang memang sah-sah buta politik nih :)

The best that a woman can do is to change the people around her, cause she has such an influence that is so strong. That was how some histories were changed :)

Semoga sahabat-sahabatku ini diberkati-Nya selalu.

Rizza said...

Tak semua manusia sempurna kan..

politik di msia masih mentah...

dan kebykkan nye cara berpolitik di msia suka tuju peribadi ..sedangkan politik di luar..mereka berlawan idea dan bekerja memajukan negara..bukan menjatuhkan sesama mereka...

apa2 pun.. walau org dok kata macam2 kat dr mahathir .. dia dah bangunkan msia dan dah bagi byk peluang pekerjaan dan dia dah buat terbaik utk msia.. disitu la yg tak disedari oleh masyarakat kita...

kebykkan PM kita dah melaksanakan mengikut landasan Islam tanpa perlu di pakaikan image Islam
[ni kecuali pak lah yg merosakkan negara...]

begitu juga kita tgk parti pas.. pegangan yg semakin lari dari Islam ...

yg menjadi masalah adalah krisis dalaman parti masing2 dan juga cara pengaruh yg membuatkan masyarakat kita berpecah terutama sesama melayu yg memang nyata sekali melayu di msia adalah yg beragama Islam..

sorry kalau tulis tak kena topik ni.. hehhee

apa2 pun.. perlu bersatu tegakka Islam sesama Muslim di Msia..

lady zaini said...

Rizza,
pening kan politik2 nih. Abis pekung orang dibuka tuh satu hal..hmm...
kalaulah saya boleh pilih pemimpin instead of parti, alangkah baiknya. Isk, isk. boleh ker camtuh?

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez