Yup..I love arts and linguistic study more than these engineering punya stuffs. Pening. When I was in primary school, saya ambil upah seposen atau dua posen untuk lukis gambar anak patung dan baju2 kat kulit buku..ehehe. Pastu rasa segan nak ambil upah dah, sebab 10 sen tuh besar sebenarnya bagi budak2..so kadang-kadang saya lukis for free and kadang-kadang saya mintak upah kulit buku yang putih atau biru tuh :P
Bila masuk sekolah menengah, atas pengaruh sekeliling, saya mula merasa malu kalau orang tau saya boleh lukis gambar orang, selepas di'tazkirah' beberapa kawan yang lukis potret2 nih tak bagus..
Berdosa besar. Huhu~ So I stopped drawing! And I stopped loving doing them..Sampai waktu form 5 kut, ada yang ter"tau" saya boleh lukis, so mereka mintak saya lukis gambar2 artis kesayangan diorang..hehe, tapi biasalah, dah lama tak lukis, maka kadang2 jadi, kadang2 muka mariah carey pun jadi muka cik siti.. Kat sekolah kitorang memang ramai yang pandai arts nih - especially bab penggunaan watercolor tuh. Manakala saya punya genre ialah sketching + penggunaan pensil..tataula pulak apa istilahnya. So diam-diam jer la,
asal lukis jer orang cakap berdosa, baik dok diam2.. huhu~ Lagipun, engineering dan pure science nih digambarkan sebagai "elit" dan glamorous la banding art (kononya la, tatau la kena brainwashed dengan sapa waktu tuh)
Tamat form five, cepat2 nak apply untuk jadi akauntan, ambil A-Level dan further study ke Ireland, one of the best place for studying accountant (at least that was what I thought). Tak hingin nak jadi engineering nih, sincerely. Macam membosankan. Tapi amat mengecewakan bila tiap-tiap muka surat buku UPU untuk akauntan tuh, tertulis
"pelajar yang mengambil dua atau lebih daripada subjek berikut, fizik, kimia, biologi, add math, atau/dan sains tulin, tidak dibenarkan memohon jurusan akauntan. Permohonan tidak akan dilayan."
*Speechless*
Gelap masa depan. Terus buntu tatau nak buat apa. So dapat dua offer, samada engineering ke UK atau engineering ke Jepun..Tapi sebab offer ke jepun sampai before result SPM kuar, hentam sajalah.. And from that time on, saya malas betul nak study.. Buat separuh hati..Terasa kena rentap separuh nyawa.. Saya betul2 geram dengan dasar kerajaan waktu tuh. Longgokan pelajar kejuruteraan. Semua nak sumbat masuk engineering. Kalau kutahu, awal2 lagi dah ambil social science..
As for my kids, saya nak mereka tahu yang "tidak semua orang dilahirkan pandai mengikut persepsi masyarakat". Ada yang bagus dari segi arts, tapi ada yang memang purely otak sains... Ada yang memang otaknya tak boleh belajar formal, tapi dia sangat mahir skill, kulinari dan sebagainya.. Ada yang memang tak boleh belajar langsung, tapi sangat2 rajin. Bak kata pepatah Arab, setiap penyakit ada ubatnya. So tiap-tiap orang ada kemahirannya sendiri. Tak semua orang mampu dan mahu menjadi engineer and vice versa.
Kalau Aisyah ditakdirkan lebih suka arts atau kulinari atau apa-apa yang bukan sains, I think she can proceed with that. Saya tahu satu hari nanti akan ada "tekanan" yang hebat untuk menjadi "pandai", samada ke atas dirinya mahupun diri kami sebagai ibubapanya... But been there, done that. Apa yang penting
kerjasamaaaa ialah hidup dalam keadaan tenang dan bahagia. Hidup sebagai diri sendiri, while contributing to the community. At the end, what matters most is what we do everyday, or 'the day after'.. And job is one of the thing that you do everyday..
Now that Im staying at home, I think Ive got more time and space to revert to my hobby again. Buat benda-benda seni nih..Walaupun dah keras otakku, but I managed to photoshop something..
Kat laman web photoshop nih akan diberi tema atau gambar yang perlu diphotoshopkan. Maka gambar untuk diphotoshopkan ialah: ->
The metal tripod thingy..apa ntah
So used the pic and google jugak the following pic:
So teknik photoshop yang digunakan ialah blending, blur, emboss, liquify, etc, macam biasa, and i added some glow effect juga. So saya edit2 dan hasilkan gambar assasin ninja berikut:-
Pertandingan tuh dah buka beberapa hari n ada yang dah masuk sebulan before tuh..tapi saya cuma sempat hantar 2 jam sebelum pertandingan. Sedihnya, it wasnt about the vote and view, tapi review. Teringin nak dengar review dari experts or photoshop lovers yang lain..tapi tak sempat. huhu~
Terpaksa review sendiri:
Kerja tangan photoshop pertama nih amatur, teknik banyak tau, tapi yang lebih penting bukan teknik, tapi execution tuh...ada beberapa tempat nampak tak kemas, especially bab penggunaan "pen tools" tu, kena perbaiki lagi.
Macam betul jerr..ruginyaa..tak dapat dengar apa kata expert, so jadi macam syok sendiri.. Takper, cuba lagi yer. Next nak belajar animating guna photoshop, previously cuma guna inkscape.