Tuesday, November 24, 2009

Mesin jahit berkomputer

Mesin jahit berkomputer nih adalah satu benda yg sangat saya idam2kan dari mesia lagi..tapi idam jer la, harganya memang boleh tahan. Boleh cecah RM10,000 juga sesetengah brand tuh. Tapi kat sini agak 'murah' jugak lerr... Or shall I say, "relatively murah" :)


Model: Kenwood
Price: $1499.99 (around RM4830) not included tax 12%
Tokuchou: 35-built in stitch

Boleh jahit ke atas selembut-lembut kain flannel sehingga ler sekeras2 leather.

Buat bunga pun boleh :)

p/s: Berkenan...tapiii..macamana nk bawak balik nih?

Friday, November 20, 2009

Terlalu Rajin

Mr Z mempunyai masalah "terlalu rajin".

- Dia terlalu rajin menghabiskan kerja 2,3minggu punya dalam masa seminggu, sampai supervisornya cakap "It's ok, you don't have wife or family." Ehehe..perli la tu.

- Dia terlalu rajin menghabiskan project robotic nya sedangkan kengkawan lelain masih separuh jalan. SV risau takut dia takder kerja, so dapatla second project pulak..huhu~

- Dia terlalu rajin menghabiskan project kedua roboticnya ini, tinggal SV jer belum antar g welding lagi. So sebab SV risau dia takder kerja, sekali lagi dia dapat tugasan baca buku apa ntah..berapa buah buku dh dia kena baca nih..

- Dia terlalu rajin tulong kawan sampai dapat jawatan yang dia tanak tapi pastu dah tatau nak tolak camna.. Serve u right :P

Konon2 saya 'nasihat'kan dia,
"Abang nih, jangan rajin sangat. Buat pace abang dah lerr.. Nanti penat jer banyak sangat nak catch up nih."
And dia cakap,
"Nih pace abang la nih, sebab tuh abang penat"

Hmmm..
Mungkinkah patut tukar nasihat,
"Abang nih, jangan rajin sangat. Buat pace saya dah lerr.."

Hmmm..rumah kita naik bas no 51 yer, or 62. In case abang lupa :P

Thursday, November 19, 2009

Lagu

Hmm..haritu pasang playlist, sebab excited nak dengar radio macam kawan2 yg ada lagu kt blog..tp tiap kali bukak, rasa pening..takder mood nak dengar lagu
Sooo not me..
Buang balik, buang balik.

Sunday, November 15, 2009

Marvellous foods make you happy

Saya dah nekad nak kurangkan makan minggu nih...sebab nak kurangkan kaki cramp banyak jalan, dan nak kurangkan..err, makan. So antara cara yang difikirkan ialah
1. masak simple2
2. tidak bersosial
3. buat bodoh dalam rumah

Kononnya laa...

No 1. fail sebab bila kunun2 nk makan nasi panas dengan ikan sumbat cili sahaja, kena masak something untuk ecah + sambal telur untuk abang + daging grill yg dah beli minggu lepas2 + ... huhu

No 2. Fail sebab walaupun tak sosial tapi tetap terr"tau" kawan2 masak apa kt blog or kat facebook..Dah tuh mesti nak tiru.. Umie no okagede ni nak buat mee rebus pulak. teruk betul selera makan sekarang nih..

No 3. pun fail jugak sebab ada 2 majlis makan2..At least kurang dari minggu lepas (minggu lepas 5kali, banyak kan? kan?)

Majlis pertama--> Birthday ke-lima si comel nih. Hepi birthday Syafiqah :)


Majlis kedua --> Yuujin no ouchi he :)

Oh my, the foods were marvellllouzzs. Dengan tak malunya saya mintak nak ambil gambar...n resipi..ehehe :P

This is 'fried' chicken curry... Sedapnyaaaaaa.
Yang nih tak tanya recipe lagi, sebab terlalu sedap takut resipi advance sangat.

Ni pulak fried mutton beriani..Sedap jugak :D Pun tak tanya recipe. Hahaha..sebab tak confident saya boleh masak mutton. So KIV jugak.

Ahaha...So apa resipi yang saya tanya? Taraaa~

Ini dalca yang super sedap n super simple. Dalca semata-mata, takder ikan, ayam atau daging kat dalam tuh, tapi sedap. (Berapa perkataan 'sedap' dalam entry kali nih?)

Resipi ada tapi tanak kasi, sebab saya kedekut ilmu n takut orang pandai masak banding saya..ngehehe... ok, just kidding

Resipi untuk 2 orang-->

Bahan-bahan A:
Kacang dal 4 sudu
Turmeric sedikit (1/3 sudu mungkin)
Air 2 cawan
Coriander leaves
Curry powder (1 spoon or up to your preference)
Tomato sebijik (potong)

Bahan-bahan B:
Minyak untuk menumis (ni pun nak kena tulis ker?)
3 or 4 bijik onion
Daun curry
Cumin seed

Bahan-bahan C:
Sedikit air mata waktu potong bawang
Secubit keikhlasan
Kasih-sayang secukup rasa (heh..romantik la kunun)

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dalam slow cooker 7 to 8 mins (atau sehingga dal lembut)
2. Dah lembut dal tuh, masukkan garam
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Tumis bawang sampai kekuningan
5. Masukkan semua bahan-bahan termasuk yang dalam slow cooker tadi

Tips:
* Kacang dal tak perlu rendam
* Garam letak bila kacang dal dh masak, kalau tak dal akan keras dan tak lembut kembang secukupnya
* Ni resipi basic, pandai2 la nk adjust klu nak pekat etc

Sapa yang masak nih sebenarnya?

Hehee...inilah tuan rumah Hameeda and husband, Khan.

This lovely pair, dua-dua ada phd dalam bio-engineering, n dua-dua pandai masak! Isteri sedang buat post-phd lagi! Tapi, dua-dua tak sombong dan sangatla humble... Isk isk. Kadang2 kita ni phd tak abis lagi, tapi sombong tak ingat, kalah prof2 kt uia yang ada double phd. Kadang2 baru dapat title "dr" tp sombong macam matahari...
"Hey, nankir. Jangan kacau i, i ada doctor tau."

'Sumbang'an

Dah baca utusan hari nih?

'Teruskan niat jika tajaan dari sumber halal'

Mungkinkah saya patut baca tranungkite atau harakahdaily, untuk mengetahui kebenaran cerita tersebut dari pihak tok guru sendiri...
Tapi akal cetekku berkata...
Beliau tak terima hadiah mesti ada sebab, kan? kan?
Bukan semua hadiah kita "wajib" terima...lebih2 lagi jika kita ada some sort of kuasa..dan paling ditakutkan jika kita pemimpin sesuatu negara/negeri..
Kat Germany dulu, farewell gift pun supervisor mr Z tanak terima, takut mempengaruhi keputusan master thesis/project...

Kita..?
:(

Friday, November 13, 2009

Bisnes Orang Melayu

Takderla..bukan nak kutuk pun bisnes Melayu. Ok jerr...Cuma mungkin sebab orang Melayu adalah asalnya ramai perantau tapi bukan pedagang, maka berbanding bangsa pedagang lain, orang Melayu kurang 'faham' bab berbisnes nih - in general. Maka lahirlah ayat "bisnes orang melayu"...

Maksudnya, kalau suami bisnes isteri tak tau support macamana, atau kalau ada abang bisnes adik-adik kadang tuh tau minta duit jer tapi tatau nak tolong macamana...Secara generalnya jer lah. Maksudnya tak ramai di kalangan Melayu yang lahir dalam generasi ketiga bisnes etc.

Waktu start bisnes dulu, macam2 free gift saya kasi orang kalau orang beli barang. Mutiara Sabah la...padahal mahal tuh. Kebanyakan baju-baju pula jual harga modal. Tapi still untung 100%, sebab modal tuh husband yg keluarkan..hehe. Cuma kawan-kawan yang supportive dan kenal saya suh juga jual harga jualan, bukan harga modal.. Kelakar betul.

Bisnes tuh stop, sebab walaupun saya untung 100%, mr z dah start komplen - "abang rugi totally 100% nih" Hehee...

Kemudian nekad juga nak berbisnes dengan kawan, istikharah juga beberapa lama. Bukan niat nak untung juta-juta, just dapat side income ok la, sebab kt uthm ni ramai graduate students yang ended up being housewife, sebab takder keja kt bp ni. Boleh gak isi masa lapang.

Kata mr Z, hati-hati, ada 2 waktu yang kita boleh nilai kawan sebenar-benar-benarnya
1. Kalau kita bermusafir bersamanya
2. Kalau kita berniaga dengannya

Mula-mula saya tak faham benda tuh, tapi bila start JV bisnes dengan kawan2 nih, bukan diorang yang bermasalah, tapi kadang2 orang keliling. Keluarga dan kawan2 yang lain, dari ramai-ramai tuh, ada jugak yg tak memahami. Biasalah tuh. Expected. Tapi yang buat masalah cuma 1 daripada 200 or 300 orang. Kawan-kawan lain...Masya-Allah. Sangatla supportive.

Saya ingatkan yang akan bagi headache ialah orang yang tak tahu bisnes, tapi rupa-rupanya, yang bagi super headache ialah orang bisnes. Nak murah tuh boleh faham, sapa yang tanak kan, tapi bila dah diterangkan spec etc pun masih nak murah, tataula nak cakap apa. Ada juga yang tak puas hati bila kasi diskaun 10% to 15%. Tataula berapa dia nak. Mungkin diorang tatau, kami - Z, Y, U,D pun cuma dapat 10% to 15% untuk barang sendiri.

Buat company dengan jual sorang2 tak sama. Bila company nih, maksudnya kita guna duit orang untuk berniaga. Tergamak ker nk mintak kawan halalkan titik peluh dan wang ringgit tuh? Huhu~ jujur saya bagitau, saya sedih betul dengan orang yang macam ni (kalau dah explain pun tanak faham).

Tu belum bab import lagi. Barang memang murah sebab tuh kami import. Kualiti ok (dah banding). JV no problem. Tapi problem kat tax. Baju baru or textile memang akan kena tax solid 30%. Kalau baju bundle murahla taxnya.Satu yang orang tak tau, tax 30% ni bukan harga barang sahaja, tetapi tax juga dikenakan atas harga pos. Senang cerita, kalau barang tuh cuma rm50, pos pulak rm50, tax menyebabkan sehelai baju jadi RM130. Belum masuk kos ke pejabat kt jb untuk amik barang.

So kalau orang cakap, eh, kat Vietnam murah jer, or kat Indon murah giler, kitorang akan ceritala pasal tax nih. Kalau yang tak puas hati, silala buat macam sesetengah orang - pergi sendiri beli kat sana, or beli barang yang berjenama branded. Kt internet yg lagi murah ada, tapi give n take la. Saya contact supplier tuh sendiri, dan dia pun dah terangkan kualiti kainnya macamana. So saya pun faham la kenapa dia murah. Aritu ingat nk JV dengan dia, kira bagi option utk org yang nak murah, tapi terlalu bz nk handle byk products, sekarang baju renang muslimah buat clearance sale sebab nak concentrate t-shirt muslimah. Boleh check www.mymuslimart.com.

Tapi tu la, namanya manusia, kehendaknya macam-macam. Saya cuma bersyukur sebab bisnes nih buka mata tentang manusia. Saya sayang kawan-kawan saya U, Y and D. Bersungguh-sungguh mereka bekerja tak tido nyenyak berminggu-minggu. Kawan-kawan lain pun bagi sokongan, kadang-kadang kalau diorang tak beli pun, diorang still bagi sokongan moral. Kehehe..That's the best.. It's not the money, it's the thought that count. Love u gals.

Ini panduan kalau nak bisnes t-shirt, terutamanya t-shirt muslimah :->

1. Harga bergantung kepada kualiti kain. Kain FC yang sedap macam baju baby tuh tak sama harga dengan kain TC yang buat baju sukan sekolah rendah.

2. Kilang tak jual kain sahaja, tapi benda yang dh siap (topi, t-shirt jersy). So klu nk murah dan senang, urusniaga dengan kilang yg sama dari raw material sampai produk siap.

3. Paling banyak orang ingat t-shirt muslimah nih boleh tambah2 jer kain - boleh tambah labuh or nak besar or nak line sana-sini atau nak fesyen macam Ed Hardy.. "buat t-shirt tak sama macam buat baju kurung", boleh design sendiri pastu hantar kedai... T-shirt ni, guna mould. Acuan!

4. Acuan tuh yang mahal, satu acuan bermaksud satu design. Harga bergantung tempat, kalau 100 helai ke bawah untuk acuan (model/pattern baju) yang sama, kilang mungkin akan charge rm300-400. Tapi kalau lebih 100 helai, acuan tuh free jer. Depend la.

5. Tapi kilang takkan buat kalau takat 100helai ni - untuk design baru. NEVER! Kecuali bayar mahal untuk sehelai baju.

6. T-Shirt Muslimah guna saiz yang lebih besar dan labuh berbanding biasa. So mould memula tuh memang mahal sebab kena buat baru.

7. Warna tak boleh request! Kecuali kalau nak buat min 500helai baju.

8. Kain t-shirt nih macam2 jenis. Memang pening kalau orang order "t-shirt yang guna kain t-shirt biasa"... Ada TC, cotton FC, spun ring, carded, jersey,cool plus, microfibre, ...beratus juga sebenarnya kalau termasuk dengan mix nih.

9. Printing bergantung pada warna, saiz dan tempat. Misalnya kalau warna hitam, tapi nak dua tempat depan dan belakang, itu dikira 2 warna. Lagi besar dan lagi banyak warna, tentula lagi mahal.

10. Design kena jelas dan satu tone. Lain tone dikira lain warna.Saya pernah dapat order untuk printing ala-ala Ed Hardy tuh. Warna siap ada tone dan shades! Huhu~ Agak-agak ada tak orang Malaysia boleh buat macam tuh? Kilang n kedai2 semua reject design tuh - impossible, diorang cakap. Tapi biasala, budak2 punya design, memang kretip terlebih.

Saja jer letak panduan kat sini, sebab ramai sangat bagi impossible order. Ramai juga yang nak tolong design baju. Amatla dihargai, tapi elok juga kalau buat sedikit research/ pembacaan terlebih dahulu. So orang akan tau limitation in t-shirt designing - which is totally different from other fashion designing.

P/s: Lepas ni jangan kutuk bisnes melayu yer adik-adik. Kalau barang mahal, itu sebab adik2 tak bukak kilang- tokey cina takkan bagi murah kt peniaga2 melayu baru nak naik nih. Adatla tuh. Even spare part motor pun tokey cina akan beli sendiri, tak kasi mekanik melayu pegi.(kisah benar) Sebab kalau melayu pegi, sure tak dapat murah :) Biasala, diorang pun perlu survive. Kadang2 bukan sebab diorang anti melayu, tapi kadang2 sebab diorang perlu naikkan bangsa sendiri. Tu 2 benda yang berbeza.

Tapi kalau service melayu hampeh or kedai melayu kotor, yg tuh suka atila nak kutuk ker nk C4 ker... Huahuahuahua... (*gelak jahat dan bergema*)

p/s lagi: Adik-adikku. Jangan bagitau kak Umie pasal mutiara sabah tuh, Shhh! Mati kena bunuh nanti.

Thursday, November 12, 2009

Open house - Azi

Berebut juga sebenarnya dengan Azi nih, sapa nak buat rumah terbuka this week..Siap tarik2 rambut lagi dan serang-serang email lagi..Isk..isk
Ok, I lied :P

Azi buat open house sebagai nak jamu makanan Malaysia la kut, sebab dia baru balik raya.. Murah rezeki tuan rumah, dah 2 kali dah buat open house sejak kitorang datang, yang kitorang belum lagi buat house warming.
Sebenarnya saya tak bagitau kewujudan blog nih pun kat diorang, so agak segan sikit nak ambil gambar, nak bagitau nak letak kat blog. Kehehe. Blogger yang tak tegar langsung. Tapi yang kelakarnya, bila saya keluarkan kamera, sorang demi sorang pun keluarkan juga kamera...soo comel!
Gambar makanan dulu, dah separuh baru nak ambil :P

Ada lagi sebenarnya, Azi wat bubur cha-cha n kitorang (me n Fida) bawak cendol hasil main masak2 aritu. Su bawak bihun Singapore n Aisyah bawak 2 pizza veggie + cheese. Huh~ lupakan soal diet.
Gambar anak-anak..Susah betul nak buat diorang tengok kamera!

Sorang lagi baby kat pangkuan mak dia. Tapi still tak cukup lagi sorang :) hmm -->

Ini batch pertama.. ibuk-ibuk (Azi, Aisyah, Fida, sapa ntah)

Ini ibu-ibu mengandung..Meriahla rakyat kita di Canada tahun depan :) Kanan sekali Suhaila.


Bapak-bapak. Dasat diorang borak :D ni tuan rumah, Azrol->

Siap tukar-tukar turn lagi tuh, bro. Firoz ->

Bila nak abis nih, Abang Ali pulak :) ->


Kalau 5 family nih jumpa, memang tak pernah balik before pukul 11pm - dari Zohor tuh :D Boleh dikatakan baru jumpa juga dengan diorang, tapi sangatla warm and welcoming. Rapat jugala 5 family nih. Insya-Allah

Wednesday, November 11, 2009

Remembrance Day

Pelik kenapa Mr Z tak pegi kelas hari nih..
Cuti rupanya!

Happy Remembrance Day to all Canadian friends.

Tuesday, November 10, 2009

Beautiful debate on hijab

This is a beautiful debate on hijab, among 3 muslima. Whether it should be niqab, hijab or nothing at all.

I believe it doesnt take Dr. Cal Lightmen from "lie to me", to notice that the woman without hijab was certainly unsure about what she was saying, and even doubt her own statements at some points. In contrast, there was an adorable confidence shown by the woman in niqab. To state the obvious, i would conclude that the woman in niqab certainly knew what she was saying, and was very sure of her path, her lifestyle and her way of life. She chose it and she knew why.

While i was talking to one of my japanese friend in a ta'alim few days ago, a bangladeshi lady happened to hear our conversion and was stunned before she finally asked, "You('re) talking (in) her language (Japanese)?"
She was more than happy to know that i also studied in Japan that she exclaimed,

"Masya-Allah, i noticed that we have soo many talented and brilliant Muslim women here, or even all around the world."

Although being able to converse in Japanese language doesnt make me any special (they, themselves speak 3languages or more), i do agree that despite the saying that women muslim are being oppressed blablabla...we outstand some other women or even men! Many of us excel in various fields that we involve in.

Masya-Allah, these women i've met since we came here to uom have been very humble and nice. I am honored to be able to talk to them, hear their thoughts, and listen to their beautiful words. I am no one compared to them, whom have been working very hard to flourish the ukhwah and spread the words of Allah.

There was one sister who is doing her Post_PhD in UOM, another one is the alima who teaches Alquran to the muslim youths/kids. There was this lady who cook very good food and is willing to share the secret recipes with us all, while many others work very hard without being paid a single dollar, to organize all sort of majlis for the sake of ummah. And there is also this young sister, who returns to the school to finish her 30juz',to continue her passion as a tahfizah. And they are ALL VERY HUMBLE!

Masya-Allah.
May Allah bless them all! Whether or not they will remember me in another 5years ahead, they would always have a special doa right from my heart.

Nih untuk Aisyah :)

Fatique

Memang sejak zaman jepun lagi, saya ada sedikit low blood pressure. Tak serius. Just once a while rehat yang cukup, okla. First pregnancy dulu pun ada sedikit tapi Alhamdulillah, tak perlu vitamin, cuma doctor bagi lesen untuk makan banyak - especially kerang2 dan seangkatan dengannya. Hehe..mana nk dapat lesen camtuh :)

Kemudian kat sini, lepas buat ujian darah untuk beberapa jenis penyakit dalam 7pain botol berasingan (dah macam ayam, kt mesia satu botol tuh jer kan), predictably the result came back saying that I have very low hemoglobin(109 when the normal hemoglobin rate should be 120 to 140). Doctor called via telephone and asked me to write down the "prescribed supplement" . Dengan confident saya pun jot down ikut Dr cakap:->

S-E-R-R-O-U-S-S S-U-M-A-R-A-P-E!
Kelakarnya! Serrous sumarape! Serious sumarape?! kekeke
And Mr Z went to the pharmacy and later when he handed me the bottles, he said that the pharmacist told him that ubat dengan nama tuh tak wujud kat dunia! Hehe...Tapi nasib baik pharmacist tuh boleh agak.. I looked at the bottle and Ola!
FERROUS FUMARATE!!
Now that make sense...hahaha!
The tablet is to be taken one with meals, coz iron supplement might be too hard on stomach & may cause diarrhea, constapition etc. But later, doctor changed it to 3tablets a day, since im considered anemic and have very low blood pressure .That is 3times than the normal prescription...Duh~

That explain why Ive been very2 weak since i came here to Canada,I tried not to tell him or anyone, coz i was afraid to look weak. But i know this is weird, because traveling far had never been a problem for me!

Sometimes i wasnt able to stand up and needed to sit down once a while, while i was doing the dishes or cooking, my hands and legs trembled sometimes, and worst, whenever i woke up in the morning, my heartbeat raced to the max as if ive just finished a 100m dash. Even waktu first few weeks sampai, i need to eat always or else, i may need to sit still from Asr until iftar, as if the food ive had for sahur tak jadi nutrition. Worst, i cannot think of something serious and more than usual, forgot things easily. I really felt like


obaachan already!

Alhamdulillah!
Now i know what to do, since i know what have been causing these symptoms.
Insya-Allah, with the supplement, I would never feel sooo tired anymore. The most important thing is not my health, but someone inside me, n beside me. I believe, sometimes, suri rumah mana sekalipun di dunia, once a while kita broke down juga sebab penat. Dan bila kita rasa penat tapi takder tempat mengadu, kita nangis jer sorang2...pelik sangat ke benda tuh?

Namida sae nagasu kotono dekinai watashi, dou sureba iino? Wa ga kimochimo shirazuni, sono iikagenna kotobazukai wa yametehoshii.. Jibun datte, seippai ganbattanda yo. Seippai...

Saturday, November 7, 2009

Main Masak - masak

Hmm...acara memanggil lemak!
Sejak masuk rumah, acara makan2 ni kadang2 sampai 3,4 kali seminggu:) Alhamdulillah, orang berbudi kita berbahasa. Kalau ada rezeki lebih, kita pulak yang memberi... apa punya peribahasa laa...

Hari Mee Goreng Sedunia
2hari lepas, cik F hantar mee goreng. Saya yang tadak idea nak masak nih terus tiru idea tuh n masak mee kuning. So hari tuh makan mi tidur mi tengok mi breakpes mi mimpi mi dun forget mi

Hari Bubur Sedunia
The next day, rasa nk makan bubur, tapi takut tak kenyang, masak 2 jenis bubur sekaligus - bubur nasi n bubur kacang hijau. Memang dasar tamak. So siap dua bubur terus panggil cik F datang makan kt rumah. Bubur nasi cik F lain, so saja lah nk kasi cik F rasa bubur nasi yang makan ala2 bubur nasi setapak nih (yer la tuh)...satu benda yang saya realise, aisyah suka bubur kacang nih.. "bobo", dia cakap.

Hari Desert Sedunia
Hari desert sedunia nih 2 hari selepas hari bubur sedunia, sebab hari keesokannya, Mr Z dah komplen nak makan nasi...kekeke. Dah nama Melayu kan, mesti lerr nk makan nasi jugak at least, baru kenyang.


Atas tuh untuk Mr Z dengan harapan dia makin menyanyangi... menyayagi.. menyayangi isterinya ini.Huh, lama sangat kawin so dh tak romantik, nk sebut me-nya-ya-ngi pun tersasul.

So hari desert sedunia nih sebenarnya kitorang masak:-->

Ahaha...gambar memang kurang profesional, tapi sedap sebenarnya puding karamel cik F. Yang saya paling kagum ialah cara cik F buat sangat2 la senang (or at least it looks like that)...tapi tu la, belum try sendiri, just buat di bawah pengajaran sifu, dan dengan sifu, so memang la rasa senang.

Cik F buat kuetiau goreng for brunch.
N ada lagi..kitorang buat...taraaaa...



cendol!!
p/s: tp tuh gambar ceduk internet...gambar cendul sendiri lupa amik :P Sebabnya 1st time buat, mentah...air tak cukup. Second time buat, ngap terus dlm mulut.

Seterusnya menu haritu dh macam rumah terbuka. Cik F buat sausage roll, n saya beli sushi juga. malam tuh Satoka join us... Sangatla meriah, macam majlis makan2.


Hasilnya? 5 biji perut kecil yang hepi dan kenyang!!




Tuh gambar anak...gambar mak2 pulak..err, sapa nak amik ya?



p/p/s: huh. Pengajaran dari 2 gambar ini --> jangan bagi anak anda yang sedang sibuk nk main amik gambar...abis blur..hehe. Siap potong2 pulak tuh..

Balik rumah, diam2 Aisyah n papa songlap chocolate mama. Tarik nafas panjang mama, bila 15cups tuh tinggal 5 sahaja -->

caught red chocolate-handed

Wednesday, November 4, 2009

The ABC's of getting fat

Mr Z told me that it is extremely easy for a woman to get fat on second pregnancy. Betul ker? Though I somehow believe that he was pulling my leg, nevertheless, I still agree to the idea of women are prone to put on more weight on 2nd pregnancy, for some simple reasons...as simple as ABC

At the morning,
Before I even speak,
Cans of juices, and
Dozens of sweets,
Everything I can have from the small fridge,
For the morning sickness to stop and freeze.


God knows I yearn for something weird or at least sour,
Hot and spicy, is yet his request for dinner or supper,
I must not forget that my little one can eat neither,
Juicy or "soup"y is the dish I must serve for her.

Keeping my sanity is much easier than keeping the calories down,
Low fat foods arent half as tasty as the commercials may sound,
My oh my, should I start dieting?
Nope, dont think so, coz the baby inside want me to continue eating :P

Oh God, give me back the so-called-ideal BMI again,
Pleaze shed all the unnecessary fat n prenatal weight gain,
Quick body re-contour is indeed not hard to do,
Reshape it with money, b4 the "f" word turn you into a shrew :P

So, you heard what Ive said,
True indeed,
U must also read what is not yet being said,

V
anity isnt in physical it's in ur personality,
What you do with your brain to keep your dignity,
Xtra pounds is just excessive accessories outside your case,
You are what you do, defined by your faith,
Zealously love and be loved, then there's nothing to be disgraced.

- lady z -
Nov 5, 2009

Tapi kalau dah hampir tetiap malam makan macam ni -->
Rasa-rasa boleh gumuk tak? Hehe...
Quesera- sera. Malas nk fikir, rasa macam nk makan nasi lemak la malam nih :P

Monday, November 2, 2009

Sushi Craving

I craved for anything "fishy" (ber"ikan" :P) and pekasam during my first pregnancy. I had to make sure that pekasam was included in my daily menu. So much so. But this time, I cant help but yearn to eat this, everyday-->



This is the type of sushi that I love - you could feel as if the salmon melted immediately as soon as you put them in your mouth..Hmmm..."torokeru". They costed around $21...quite expensive compared to the one that I had with Cik F at "Mooshiro" last time. Mooshiro was all-that-you-can-eat sushi bar, sort of "tabehodai", a place where you can eat fresh n delizouss sushi from their available selection.

Im not kidding- there was more than hundred types of sushi, sashimi etc to choose from :) Oh my.. You'll lose your breath before you could finally decide on which to order first.

See what I mean?

Okey, so the menu starts from 1201..That would be..mmm, around 130 menus to choose from! They have vege okonomiyaki, udon, kimchi ramen, misoshiro etc, unajyu, chirashi, few types of tempura, agedashi toufu and sashimis! All that for only $25+- including tax (12%).And if that wasnt enough, the ice creams were also for free...

Pics? "No way lah, im not gonna be so childish to pose awkwardly in front of my foods!"
ehehe..Just kidding, I forgot to bring my phone/ camera - again! Next time Insya-Allah (itupun kalau tak lupa lagi)
 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez