Antara soalan wajib dijawab (selepas melahirkan anak) ialah
1. "anak nama apa, boy or girl, c or normal etc.."
2. "macamana kakak punya reaksi dengan adiknya"
3. "macamana pantang di kanada"
Ehehe, entry nih untuk soalan ketiga tuh. Tajuk karangan hari ni ialah "Mari Berpantang di Kanada"
Lepas c-section tempohari, berbanding dengan operation first time dulu, they did not put me into sleep immediately, as they said, the procedure of putting a mother to sleep immediately after the operation could increase the death rate by 15%...Huhu~ how was I to know that I was like 15% closer to death last time..
Eh, apasal jadi bahasa
inggeris kanada pulak nih..pening nak baca..takper hentam sajala..
I was warded for 4 days. So antara makanan yang diorang kasi for breakfast (lebih kurang jer breakfast tetiap hari) ialah:
Untuk lunch pula (2 pics jer)
Soalan:
Cuba cari 5 kesalahan di dalam ketiga-tiga gambar di atas..hehe
:
:
:
Jawapan:
1. Breakfast tapi dia kasi juice orange
2. Nescafe is provided for every breakfast
3. I had ice creams for every lunch
4. Juga crackers dan sebagainya, yang dilarang makan dulu2 takut batuk etc (c-section)
5. Pisang (dan pelbagai sayuran)..ada orang cakap tak boleh makan (sejuk?)
Mungkin tak masuk dalam pic, tapi 24hrs ada cold drinks (plain water). Air yang ada ketul2 ais lagi tuh, offered immediately after the operation :P
So yang bestnya makanan hospital ialah:
1. Selalu ada cake or sandwich for lunch. Atas tuh gambar carrot cake (yang sedap)
2. Lentil soup tuh pun marvellous
3. Malam-malam kalau lapar boleh mintak sandwiches or toasts or pudding...jadi sangat2 la dimanfaatkan kelebihan ini, nanti malam2 or kul 2,3 pagi tu nurse bawak pudding coklat, rasa macam budak2 tapi tak kisah la kan
Cik F sangat comel. Dia datang melawat the third day bawak bubur nasi yang sedap sangat, pastu saya yang takder selera makanan hospital (sebab nak makan bubur nasi ayam) terus offer sandwich, nescafe etc untuk cik F.. Pastu dia cakap, dia suka sangat makanan hospital...hahaha.. Saya pun suka makanan hospital, tapi kalau melawat orang warded la, kalau sendiri yang warded, tak besh~
Actually I owed tremendous favor kat cik F :) Dia tak baca blog nih (sebab dia suka tengok gambar jer, hehe) tapi tu la, amatla berterimakasih kat dia dan hanya Allah sahaja mampu balas, panjang ceritanya... Waktu nih pun dia tolong hantarkan ke hospital pagi-pagi, siap temankan sampai after delivery, dari bilik persiapan sampai ke recovery room dan ward around 3 pm, dan tulong jagakan Aisyah hingga montel selama 4 hari etc etc... kalau nak tulis memang kena buat karangan khas 32 muka surat.
========================================
Makanan untuk Mr Z yang peneman setia 4 hari tuh pulak,
-Malam pertama kesian dia, terpaksa keluar cari fast food dan tidor agak kelaparan agaknya. Sebab cadangnya nak balik after delivery tapi tukar rancangan sket. Tapi keesokannya balik makan kat rumah (ada nasi + ayam yg masak siap2 sebelum tuh)
- Pastu malam2 berikutnya kawan2 ramai tulong masakkan, jazakallah. Alhamdulillah. The debt that I just dunno how to repay. Kari2 yang sedap yang memang mr z suka (isterinya nih sentiasa fail masak kari).
Bila sampai rumah, Mr Z pulak ambil alih. Tapi antara yang tak boleh ingat ialah hari pertama breakfast dia buatkan kopi dan 7 keping toast! 7 keping! TUJUH !
Pastu tiga minggu Mr Z tak masak apa-apa sangat, melainkan dia prepare food (especially for breakfast) sebab tak putus-putus makanan dihantar. Semacam ada budaya di sini orang menghantar makanan untuk ibu bersalin. Komuniti Islam yang sederhana kecil di sini membuatkan ikatan sesama Muslim erat. Ada yang tanya perlu bantuan apa2 ker seperti kemas2 umah etc, tapi takperla tak perlu sampai macam tuh. Mr Z ada kat rumah cuti 4 minggu. Cuma terus terang saya terharu dan segan juga sebab kami nih bukan siapa-siapa di bumi Winnipeg nih. Jadinya saya harap suatu hari nanti di Malaysia pun, kalau ada kawan2 foreigner yg kesusahan di Malaysia, we would try to do the same, pay forward.
Minggu ketiga ke atas tuh baru Mr Z masak. Antara masakan beliau
- caesarean salad
- jus carrot
- nasi ayam
- nasi beriani
- tandoori ayam
- butter chicken
- sup Chiang Mai (dia letak nama nih, hehe)
- grilled lamb + black pepper sauce
- burger... kekeke
caesarean salad mr z (sedap tp kedekut betul nak bagi resipinya)
yang ni sup tapi tak chiang mai (by mr z)
Tuh yang ok la, kena buat honorable mention sket, a token of my appreciation atas kesedapan masakan tuh dan kesudian beliau masak. Yang horrorable mention tak payah buatla :P just kidding, k. Thank you :)
========================================
Yang ni pulak ialah yang kawan-kawan kasi, saya cuba ringkaskan dalam sekeping gambar:
sup seaweed cik F + ikan
nasi kuning + kari kambing + ayam + kari tomato + beriani daging + sayur bendi + limau (cik Khan + cik H)
roti paratha + dal kambing
bubur nasi ayam (brown rice yang sedap dan dah dapat resipi)
lamb curry cik M (nanti nk tanya resipi, sedap)
Dried druit
Daging masak merah (?) + sup sayur tomato + sayur bhaji apa ntah + sayur bendi + nasi minyak (?) + pineapple
Semua nama-nama di atas rekaan semata-mata..
.
(nama masakan pun tipu, dah ler tipu cakap nak letak sekeping gambar jer, terpaksa letak gambar lebih sket wat kenangan)
Saya tatau nama masakan diorang, walaupun namanya kari tapi lain-lain jenis dan rasa. Dan nasi2 tuh pun ada nama tapi segan la takkan nak tanya, kan? So di sini lepas operation saya tak larat, jadinya saya ikut jer la cara makanan pantang orang Mesia (yang mana ingat), atau Bangladeshi, India, Jepun/Korea...
Orang Korea/Jepun cakap seaweed bagus untuk legakan luka, dan cik F buat sup seaweed, saya makan jer :) Orang India cakap makan pineapple bagus untuk heal luka, saya telan jer. Orang bangla/ Arab cakap makanan berempah baik untuk boost susu dan heal luka, pun saya tak komplen, makan jer la. Jus carrot tuh petua kawan-kawan (m'sia), terima kasih ya :)Ada juga makanan lain yang first time jumpa macam bubur rempah India dan bubur nasi yang manis (Iran)..etc etc...Dalam keadaan tak larat nih, semua saya makan. And sometimes food is no longer for pleasure, tapi untuk survive and heal luka cepat.
Ada juga beberapa benda yang saya discover. Contohnya macam jus apple nih mengurangkan susu manakala makanan yang berempah heavy ni memang menambahkan susu. Memang abundant supply. Tapi too pedas for me, my husband suka la tu :P Memang mr z nampak makin berisi sejak dalam pantang nih... hihi.
Banyak sungguh kenangan tak dapat dilupakan sepanjang berpantang di sini, membuatkan saya terfikir, walaupun kadang-kadang saya rasa kuat dan mampu berdikari, tapi good friends always make you stronger, emotionally. Terima kasih atas all the nice du'a and kind prayers. I am forever thankful for all Your guidance and blessing ya Allah, Alhamdulillah. Semua peristiwa nih akan jadi sejarah satu masa nanti..
Saya masih lagi berpantang, Mr Z pula dah start research, tapi Alhamdulillah dah dapat manage my time dan dah boleh start masak sikit2..Dan dapat tackle sikit perangai newborn Ayyan Fateh.
It's just that, errr, I just....I just..I ....Huwaaa~
I miss my mom, and my sis now..