Just for fun, sebab saya rasa sama ja sindrom ni kat semua orang yang pernah tinggal di oversea. "Tinggal" yer, bukan "melancong". Kalau melancong, mana pernah tak seronok :P
Fasa Pertama: Honeymoon Babe Syndrome
Indah-indah belaka tentang negara orang yang kita tinggal tu.
- bangunan cantik
- jalan bersih
- penduduknya berdisiplin
- pasir lagi putih
- rumput lagi hijau
Semuanya indah-indah belaka.
Fasa Kedua: The Journalist Syndrome
Paling kronik, mulalah nampak keburukan negara sendiri.
- orang malaysia pengotor
- kakitangan kerajaan kat malaysia pemalas
dan seterusnya berlanjutan ke peringkat kita bercakap seolah-olah kitalah satu-satunya kelompok yang mempunyai kesedaran sangat tinggi, dan kita perlu bersuara kepada semua rakyat malaysia agar mereka membuka mata :P
- kerajaan malaysia perlu menyediakan sistem blabla... Cuba lihat kerajaan negara ... Mereka ...
- rakyat malaysia perlu bertanggungjawab dan berdisiplin. Pendidikan kebersihan sepatutnya diterapkan di peringkat institusi rumah dan pengajian pre-school sepertimana yang telah diamalkan bertahun-tahun..etc
- sistem keselamatan di jalan raya dan di tempat kerja perlu dipantau sepertimana .....
Fasa Ketiga: 'The Bouncer' Syndrome
Setelah bertahun-tahun tinggal di obersea, barulah mata hati terbuka sikit.
Orang jepun ni memang selfish. Everything is work. Serious sangat. Sistem imigrasi kanada ni banyak loophole yang menggalakkan kedatangan imigran dengan latar belakang jenayah. 'Kualiti kontrol' yang diamalkan oleh orang jerman ni bagus tapi terlalu ekstrim sampai ke tahap menyusahkan, nak buang sampah pun kena timbang berat sampah tu. Ada ker patut..
Fasa Keempat: The Fire Starter Syndrome
Tahap bosan yang amat sangat bila baru tersedar yang no matter how hard you tried to change your accent, or the way you mingle, you are still yellow and your taste bud is designed in way that it cannot tolerate food without cili or belacan or lots of garam.
Fasa kelima: The News Anchor Syndrome
Rasa teramat bahagia bila dapat balik semula ke malaysia. Tapi jangan ingat sindrom ni dah habis,
- asyik nampak jer kesalahan orang malaysia -
Orang malaysia bawa kereta macam hantu. Kat jerman kau bawak macam ni, on the spot pegi balai
- asyik nak orang tau jer kita dari oversea
Dressing kena lain. Cara kerja biar nampak berbeza, obvious. Hobi dan dinner pun kena berbeza sikit.
- kalau orang tak tau jugak, kenala bagitau verbally kita ni pernah tinggal kat oversea
"Husband you buat phd kat UIA jer? Husband I buat kat jerman. 3 tahun jer dia habis tau."
"Apa nama ni? Lupa dah lama tak makan. Maklumla I tinggal 4 tahun kat Canada."
"Ridah I dah terberit tak boreh sebut dah perkataan yang ada huruf 'L', makrumra I tinggal setahun kat jepun duru."
Huhu~
Frasa Keenam: The Data Analyzer Syndrome
iaitu bila dah tinggal dalam tempoh yang lama dan lebih dari sebuah negara, makanya first day datang ke negara baru, dah terus jadi penganalisis negara tu...huhu~ sesekali, tak dapat menikmati seadanya sebab asyik ter'compare' jer dengan negara itu ini
(read: kamila tu.)
Bagus ker tak ada sindrom oversea ni?
Bagus - kalau kita bawak balik budaya, cara kerja dan disiplin yang positif
Tak bagus - kalau kita bawak balik budaya diri yang dicelup sana-sini.
Jangan terasa hati, semua orang dah merasa sindrom ni. Cuma yang membezakan kita ialah cara kita deal dengan perasaan yang bercampur-baur dalam perut.
Anyway, yang terbaik ialah jadi diri-sendiri. Orang luar takkan hormat orang malaysia yang kutuk negara sendiri, dan bersungguh-sungguh pulak bodek negara diorang, because the way they see about you or their own country is different.They really dont need your endorsement.
Tapi mereka akan respect kamu jika kamu dapat menerima budaya dan undang-undang mereka sebaiknya, tapi dalam masa yang sama memperkenalkan sesuatu perkara/budaya tentang malaysia yang mereka boleh belajar. Seronok rasanya bila orang tanya,
"All malaysian like this?"
"I really want to go to Malaysia. Malaysians sound warm and really nice."
Ramai kawan-kawan nak sambung belajar dan kerja di malaysia. Dan ada yang dah kat malaysia, kami jugak yang belum balik-balik. Seronok rasanya sebab kalau boleh, memang nak angkut kawan-kawan kat canada ni balik malaysia semua, sebab nak datang sini semula macam almost impossible. 2 hari dalam flight tuh..
Tapi akhir-akhir ni pertanyaan "all malaysian like that?" tu dah jadi intonasi lain. Stress betul la, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Orang punya peel, terpaksa pulak kami yang terima tempias. Argh~ malas nak komen. Yang penting orang tahu kami tak macam tu.
Nak tak nak, kamu adalah duta kecil malaysia (pinjam ayat sensei). Jaga diri, perkataan dan kelakuan kamu.
p/s: Artikel ni just for fun, I love my life in all the countries that Ive lived in, Japan was fun-oh-fun, life in europe was really a love story, and we 'grew up' in Canada.
BUT. Uwaa~ Homesick nih. Kalau ada direct flight ke malaysia macam kt jerman/jepun dulu, dah lama balik sendiri...