Dulu-dulu waktu dapat offer ke Jepun lepas trial spm, saya malu sebenarnya...sebab dalam satu kampung, saya sorang jer ke Jepun. Yang lain banyak ke Jordan, Mekah, Madinah, Syria..n at least kalau ke UK or US, senang sikit nak cerita. Isk isk, ini ke Jepun. Memang banyak lerr persoalan2 kena jawab dari pelbagai orang. Dan banyak juga nasihat-nasihat yang saya terima..jangan lupa solat, jangan minum arak, jangan itu jangan ini, saya terima jer :) Tapi yang tak boleh tahan ialah satu nasihat dari sorang makcik,
"Z, pi sana jangan kaler rambut naa..."
Baik makcik..ngehehehe...
Sebenarnya waktu ke jepun tuh ramai menjangkakan saya akan ikut sedikit sebanyak cara jepun, malah waktu kenduri kahwin tuh, seseorang yang agak berpengaruh di kawasan tuh dan jarang2 datang kenduri orang (sebab beliau agak uzur), tiba-tiba datang dan request nak jumpa dan berborak dengan bride (saya ler tuh). Bila saya keluar, diorang terkejut,
"Eh, pakai tudung rupanya. Bagus bagus.."
Hmmm..apa lagi ya gossip dibelakang saya sebenarnya...Biarla, Allah lebih mengetahui hati saya. Tak ke mana kalau orang cakap benda tak betul nih, lama-kelamaan terbukti juga. Saya tak pernah berubah.
Waktu tuh tawaran ke oversea agak kompetitif, jadi bila dapat offer, saya memang gembira
sebab saya memang dah aim nak main salji. Saya rasa bersyukur sangat, sebab nak harapkan duit sendiri pergi melancong, belum tentu mampu.
Tapi bila Mr Z was offered jadi pensyarah, baru saya tahu rupa-rupanya tawaran ke luar negara nih sentiasa terbuka dan sangat banyak, tak seperti waktu lepas spm dulu. Samada melalui belajar atau seminar (conference). Alhamdulillah, kebaikan sambung belajar di luar negara bukan bermaksud "kamu pandai dan akan lebih pandai jika belajar oversea". Tidakkk. Tapi belajar di luar negara memberikan pandangan dan pengalaman yang berbeza, dan melahirkan satu macam semangat yang berkobar-kobar untuk berusaha lebih keras di universiti luar. Dan tambah Mr Z, belajar cara dan teknik dan perkara2 yang baik bagi diaplikasikan untuk mengajar anak-anak Malaysia lepas tamat belajar nanti :) Belajar di luar negara juga adalah alternatif terbaik kalau fasiliti dan kepakaran bidang yang kita nak tuh tak mencukupi di Malaysia..
Adakah belajar di Malaysia tak bagus? Ehh, nanti saya cerita bab best kalau belajar kat Malaysia pulak yer..satu-satu.. :) I just feel the need to express my dissatisfaction towards some people's ungrateful behaviour and their being overreact towards "tinggal oversea"
---------------------------------
Sebenarnya saya baru tahu segelintir pihak yang menklasifikasikan kawan-kawan mengikut hi-class or tak standard. Salah satu ciri-ciri hi-class ialah pernah tinggal di oversea..Oh my, orang macam nih pun ada. Kalau saya bagitau kawan2 saya kat jepun dulu ada orang macamni, mesti diorang ketawa2 sakit perut golek2 sampai muntah.. Ntah hapa2... Stupid, I must say.
Saya serious nih. Ada orang macam nih, tak percaya kan?
Apa yang best datang Kanada, Jepun, Jerman or Australia etc? Apa yang menjadikan mereka lebih baik dari orang yang tak pernah ke oversea? Orang lain rilex jer ke oversea, "golongan hi-class" nih kalut nak semua orang tau dia penah tinggal di Jerman atau Jepun atau Kanada. Ehh, tuh contoh saya amik negara yang saya pergi jer la, amik contoh negara lain nanti orang marah pulak...
Mereka yang sombong nih
- cakap tak pernah nak kalah, indah2 belaka pasal diri diorang
- biasiswa/ gaji mereka la yang paling banyak
- husband mereka la yang paling pandai,
orang lain tak dapat punyala kalau apply supervisor/universiti yang sama
husband dia sepupu einstein
- mereka rasa paling
tahu semua, sebab mereka banyak pengalaman tinggal di obersea, so hal business orang pun dia lagi tahu, apatah lagi hal tak business orang
- mereka rasa layak bercakap pasal akademik, dan pengetahuan mereka luas boleh bercakap pelbagai bidang dalam akademik,
boleh ulas research orang, boleh judge master/ phd orang
- kalau balik purposely tanak guna kereta malaysia, "i dulu kat jerman so i kena pakai kereta jerman" or "kereta jepun la the best, tak kelas la pakai wira, kembara nih" so on (purposely ya, jangan salah faham, sila jangan jual mercedes anda :P)
-
mat saleh la yang paling bagus di dunia, mat jepun la yang paling rajin di dunia, orang melayu tak bagus, dengki, tak bersatu-padu, kawan2 melayu i jeles tengok i dapat pegi oversea :P
- kalau beli benda mahal, "eh, ni scarf i beli kt US tau, mahal, takder kat malaysia nih" kena emphasize beli kat mana, nak lagi best kena cakap berapa RM (dalam rm, sebab nampak mahal)
- kalau berkumpul purposely cari idea nak cerita pasal kat oversea dulu, walaupun tajuk perbualan tak berkaitan. Lain ler kalau orang tanya.. (again, purposely yer, janganla tanak kongsi cerita dengan saya pulak lepas nih :P)
-
orang punya tempat study tak bagus, tak hi-class, "I study kat US.You all takkan dapat buat macam I. Kalau takat study jepun and uk tuh apa sangatla, takder class.." "Korang nih baru study kat malaysia, tak rasa lagi i dulu study kat us..susah tau"
-
cipta trademark sendiri, "I study jepun, kitorang yang study jepun nih semua rajin2 dan tepati masa. Orang macam u nih kena ikut cara I"
dan banyak lagi. Owh, get me a bucket please. Nak muntah. Senang cerita, mereka nih sedaya upaya meng"hi-class"kan diri sendiri. Bak kata
karam sigh walia pepatah melayu,
"Ular menyusur akar takkan hilang bisanya"
Kalau dah hebat tuh, kita tak perlu "hi-class"kan diri sendiri, orang tau. Kalau kita bagus dalam pelajaran, cemerlang buat paper, tak perlu kecoh2 tampal kat notice board, orang tetap akan nampak dan buat paper kita jadi rujukan..Kalau kita berilmu sehebat yang kita cakap, student kita akan faham betul apa yang kita ajar.
As simple as that.
---------------------
Dahla, tanak ulas banyak2. Allergic dengan perangai manusia2 yang sombong ni.. Kenapala perlu saya berselisih nasib dengan mereka..huhu~ So far harap kawan-kawan tak termasuk golongan ini. Please please please... (Eleh, kata orang, diri sendiri sombong tak? gedegangg~)
Kehidupan di oversea ada pahit manisnya. Cherish every moment of it, kumpul pengalaman dan cerita di luar negara. Jangan kumpul riak. Jangan pula kedekut ilmu sampai berahsia-rahsia. Sederhana. Semua benda kena sederhana.
Ingat ya Z, jangan pandai cakap saja.
p/s: Berapa banyak perkataan "oversea" dalam nih? hehe