Wah...sebenarnya merujuk kepada forum disini. Bukan main hebat lagi para lelaki berhujah, buka thread konon ikhlas nak bercerita siap tulis "Orang perempuan janganlah salahfaham dengan tajuk ini. Ini sekadar mencari punca dan penyelesaiannya,sebab dan akibatnya..."
Memang tertarik juga saya nak baca. Tapi bila baca punya baca, sementelah forum sedemikian hanya dimeriahkan oleh lelaki-lelaki yang "kurang berilmu" (ini dah habis sopan dah tulis nih). Saya tidak tahu berdasarkan apa generalization dibuat. Rata-rata berpendapat
- Andartu adalah golongan wanita bekerjaya yang gilakan harta, pangkat. Sedar-sedar dah andartu.
- Andartu memilih, nak kahwin golongan muda atau berharta sahaja
- Andartu sendiri yang salah sebab belajar tinggi sangat, orang lelaki takut nak dekat. Ego wanita.
- Andartu ramai kurang beragama, kalau dah beragama sudah tentu berusaha mencari jodoh. Asyik kejar dunia jerr... (siap tulis "wanita yang mukmin akan selalu mencari keredaan")
Orang lelaki Melayu, bila bercakap macam "bersabda". Betul sentiasa. Siap keluar hadis dan ayat al-Quran untuk menyokong pendapat sendiri..
Suami saya selalu cakap saya feminist sikit, mana ada saya feminist sikit...Feminist banyak la.. Muahaha...gelak jahat.. Ok berbalik kepada topik asal, saya tak minat nak ulas komen lelaki2 tak berakal kat forum tuh, sebab saya tanak insult lelaki2 berakal di sekeliling saya.
Cuma ini cerita yang boleh dikongsi bersama. Cerita benar, tiada yang tidak benar, melainkan yang benar2 belaka...
-----------------------------------
CERITA SATU
- Waktu matrik zaman belasan tahun dulu, selalu saya travel sendirian. Selalunya dalam bas, dalam train, dalam kedai buku (sebab selalu saya pegi kedai buku untuk "membaca" bukan "membeli"), ada juga yang mungkin rabun kanta spek tak cukup power, akan tegur
"Hai, dari tadi saya tengok awak. Awak buat apa sorang2 jer? Blablabla"
Ayat2 biasa.
Lepas tanya asal mana etc, selalu diorang akan tanya belajar kat mana. Selalunya diorang teka saya student UIA, suka hati jer.. So bila saya cakap saya "matrikulasi jepun",reaksi yang diterima lebih kurang selalunya boleh diagak. Tapi satu yang paling funny tak boleh lupa ialah
"Haa, Jepun??!! So nanti awak pegi jepun la?!" (Punya kuat dia tekejut, melampau betul)
"Insya-Allah"
(Sambil pandang kawan sebelah) "Errrr, oklah awak. Err, takper takper" (Gelak gelak dengan kawan sambil garu kepala dan sambil reverse, garu kepala lagi, reverse lagi)
Soalan saya, salah perempuan tu ker dia belajar tinggi? Salah perempuan tu jugak ker kalau lelaki tuh sendiri yang tak pasal2 intimidated?
So berdasarkan peristiwa2 similar to the above, selalunya kalau saya nak end conversation dengan stranger lelaki, saya akan cakap, sebenarnya saya cuti sebulan jer ni. Nanti nak kena balik Jepun semula...Muahahaha, sangat berkesan (huh, mr Z tak tau cerita nih, ~sshhh~)
Rata-rata sahabat yang saya kenal yang memang highly educated memang menyanjung tinggi dan begitu menghormati orang yang berpelajaran tinggi, tetapi bukanlah pula itu syarat utama untuk dijadikan calon suami. Apa yang dicari ialah mentaliti yang tinggi. Bersungguh dan berilmu dalam bidang yang mereka ceburi.
CERITA DUA
Seorang wanita yang di"blind date"kan dengan seorang lelaki, tetapi seawal pertemuan pertama lagi, lelaki itu khusyuk bercerita tentang artis itu dan ini, gosip-gosip terkini, rancangan TV malam tadi... Seumur hidup saya, belum pernah saya dengar lelaki yang begitu eager bercerita tentang artis2 itu dan ini.
- Soalan saya, salah perempuan tuh ker kalau dia "reject" lelaki yang nak jadi calon suami tapi tak layak jadi bapa yang baik? Zuriat bagaimana yang diinginkan oleh lelaki tersebut? Keluarga yang bagaimana yang mampu dibentuk lelaki tersebut? Perbualan harian suami isteri nanti adakah asyik berkisar kepada hal tepi kain artis dan orang lain?
CERITA TIGA
Seorang gadis yang bercadang menjalinkan rumahtangga dengan seorang lelaki dan telah direstui keluarga si lelaki tadi. Si gadis dengan inesennya sangat gembira dan bersyukur. Tanpa diketahuinya, si lelaki tadi bercinta dengan teman gadis tersebut, dan dibelakang gadis innocent tadi, macam-macam dikutuknya. Katanya si gadis tadi tidak cantik kerana tidak berwajah ala-ala anime seperti gadis korea, jepun...tidak seperti "kekasihnya" sekarang. Setelah lebih setahun, barulah si gadis tersebut mengetahui bahawa dia dipermainkan2. Perhubungan diputuskan, dan si gadis menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan aktiviti yang dilakukan sehingga mewakili negara. Barulah si lelaki tadi kecewa. Allah Maha Adil, dipertemukan si gadis yang semakin lama semakin gorgeous ini dengan lelaki dari negara luar yang walaupun bukan Islam ketika itu, tapi memang baik perawakan, tidak bersosial berlebihan, tidak minum2, bijak, malahan lebih baik dan matang dari kebanyakan lelaki Melayu yang pernah saya temui, insya-Allah. Dan Alhamdulillah, mereka telah selamat mendirikan rumahtangga. Semoga bahagia dunia dan akhirat.
- Soalan saya, salah si gadiskah jika wajahnya tidak menepati ciri-ciri tertentu? Perlulah dia ditipu dan dilayan sedemikian? Kata inginkan wanita solehah? Kenapa tak berterus-terang inginkan "wanita bermuka anime yang solehah"? Dan kenapa perlu dipertikaikan wanita2 yang bernikah dengan bangsa luar konon2 "tak cukup ker lelaki melayu, sampai lelaki mat saleh/ bangla/ jepun pun nak kahwin?" Tahukah mereka, by the time lelaki itu memeluk Islam kerana Allah, apa yang lebih baik selain syurga yang dijanjikan untuk mereka? Dan kita sama saja di sisiNya melainkan amal dan iman.
- Kadang-kadang, lelaki Melayu ini malu jika dikatakan "awek"nya tak cantik mengikut spesifikasi tertentu, tetapi bila si gadis dihampiri orang lain, barulah hebat merayu simpati supaya kembali
- Lelaki Melayu ini sibuk nak "pakej lengkap". Nak isteri cerdik yang solehah...konon. Siap post itu ini dekat facebook n blog, ciri2 wanita sejati, isteri solehah dan lain-lain.. Tak pernah pula saya tengok mereka post tentang "ciri-ciri suami yang nusyuz" atau kisah layanan khalifah Umar terhadap isterinya. Semua nak ambil cerita yang memenangi diri sendiri aja...
Paling bagus bila siap letak hadis "kalau wanita yang baik, dia akan cuba mencari jodoh/keredaan" dan "tak boleh masuk syurga kalau perempuan tu tak kawin. Sebab tak sempurna iman." dan "Nabi tak mengaku umat".
Astagfirullah.
Sila percaya kepada Qada' dan Qadar.
Siapa tau, mereka wanita yang menjaga agama, beribadah dan bekerja siang dan malam. Cuma jodoh tidak ada. Dan siapa tau, jodoh mereka bukan di dunia, bukan dengan kamu, tapi Allah telah simpan jodoh mereka di syurga dengan seorang shuhada' ?
Monday, October 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 Whisperers:
Bagus betoi posting ni. :D
kak...saya suka...nak like kat mana yer? hihi
tempias juga kat diri sendiri.. bila cakap saya belajar tahap mana, terus diorang stop untuk berusaha...xxxx
tapi saya redha :) mungkin jodoh di syurga..insyaAllah
(^____^)
kak kiah!
nak letak 18 tumb up!!!!!!
memang sememang-memangnya memanglah memang tidak memang melainkan memang! hehehe
zack.. suka baca ni.. teringat masa dolu-dolu.. masa lepas grad, kerja kilang. org ingat saya ni operator kilang. so ada la yg risik2.. bila tau saya belajar kat uni (sbb tgk gambar grad yg besar mak fremkan kat dinding), pastu terus diam diri. org kata mak saya "tipu" kata saya kerja kilang. mmg la saya kerja kilang masa tu.. abih tu nak cakap saya kerja apa kan...
i like :)
biasa la laki2 yg pandai bersabda ni, ketung ketang mcm tong dram kosong, sama kosong dgn akai depa jugak..saya selalu ckp kat kwn2 pompuan, tak yah la nak kejar laki sgt nak kawin sebab takut org kata umur dah terlajak, sebab marriage is a gamble, semata2 nak berlaki tapi kalo dpt laki yg hampeh dan tak memenuhi kriteria nak buat apa kan..apa guna ada laki kalo laki tu semata2 jadi punca benih je tapi yg lain semua bini yg kena tanggung..mmg ramai laki yg intimidated dgn kepandaian pompuan, padahal dorang tak sedar it takes an intelligent and educated mom to raise a great kid..
kak Z, tolong tunjukkan saya dimanakah "gadis berwajah anime yg solehah"... meronta2 hati ini ingin bertemunya...muahahahha
1 lg sunnah Nabi yg typical malay men suka misuse ~ikut sunnah Nabi kawin 4~ .... Ciss & ciss lagi... kalau bab nih dan2 nak ikut sunnah Nabi tapi part jadi Imam dalam keluarga taknak plak ikut...
diqma, sarah, pzah,k.nani,
just kongsi pendapat :P
misah,
betulla tu kan? kija kilang...takkan kija keretapi pulak kan?hehe
mq,
exactly, another brilliant input from u :) agree, definitely
umie,
jap akak tgh bayangkan hamazaki ayumi pakai tudung...mana tau kan? :)
huih, umie, jgn tatau..yg tuh sunah yg "wajib" diingat
누룰 아크말..
camna nak sebut namamu nih...terbelit mata eden.
Insya-Allah tak rugi apa-apa di dunia, akhirat itu eternity :) Akak doakan jodoh yg terbaik untuk awak, dunia atau akhirat..Amin
salam ladyz
memang suka sangat entri ni
almaklumla kan saya ni termasuk dalam golongan andartu yang tak beriman sebab still tak kawin berdasarkan sabda lelaki-lelaki 'soleh' itu
heh saya tak bukak link tu sebab takut saya sangat emosional and tak boleh tidur malam ni haha
saya cuba untuk tidak generalize ya, tetapi boleh kata majoriti lelaki melayu ni memang nakkan perempuan lawa standard asia (kurus, putih dan berwajah anime? hehe saya suka banget sama istilah awak tu)
begini sajalah, sabda-sabda mereka ni seharusnya jangan dilayan, makin dilayan bukannya makin insaf pun, saya dah pernah cuba berdebat ye ye o tapi tiada gunanya
insya Allah para andartu (baca: wanita bujang yang matang) yang berusaha sebaik mungkin untuk menjadi solehah akan bertemu jodoh yang soleh juga, kalau tidak dunia, insya Allah para syuhada di akhirat
p/s: seriously, bila baca awak tulis syuhada tu bergenang air mata saya, tq
ala ida, sedih pulak saya. Tapi tak guna berdebat, I learnned my lesson. These guys are just plain ignorance. For them, everything is a joke.
insya-Allah, He knows the best, not us. And definitely not them.
Post a Comment