Saturday, October 16, 2010

The Truth

Kebenaran adakalanya bersifat sungguh subjektif. Kadang-kadang kita rasa kita cakap benda yang benar, tapi di mata orang kita dah cakap benda yang tak benar. Contohnya, Z cakap rumah barunya berbumbung hijau, dekat dengan universiti. Tapi bila Y tengok, dia bagitau X,

"eh,X tau tak. Z tu penipulah. Bumbung dia bukan hijau. Dia cakap hijau. Dahlah jauh pulak tuh daripada universiti."

Jadinya sekarang, siapa yang cakap benar, siapa yang menipu?

Kadang2 dalam hal nih, jangan cepat percaya orang, dan jangan cepat pegi cerita kat orang. Kalau betul, apa yang kita cerita jadi "mengumpat", kalau tak betul akan jadi "menfitnah"

Semenjak kedatangan ke sini, sebenarnya saya dilanda fitnah. Bukan satu, dua, tapi berpuluh2. Not only they twisted my words, they also twisted their own words. As if that werent enough, sometimes they visited this humble blog to twist everything that I write here, from cerita makan-makan, sampai cerita bisnes sampailah cerita pasal cuaca pun diputarbelitkan. Mula-mulanya tuh saya memang marah, bukan mengumpat lagi dah. Dah menfitnah. Siapa yang kena pun mesti tensen.
 
Marah ni marah! Grrr...

Dan dalam keadaan marah tuh, saya dah bertindak di luar karakter. Bila lama-lama, saya fikir. Why should I be bothered? Saya tak buat semua tuh, lantaklah. Perlukah saya bertindak seperti orang tidak berilmu, tidak berakal? Saya mohon kepada Allah sekiranya dibukakan kebenaran atas fitnah tersebut, maka saya tanak sebut lagi tentang apa2 yang mereka fitnah secara spesifik. Biarlah. Dan saya akan maafkan mereka. Saya percaya yang hak tetap akan mengatasi yang batil.

Saya ambil keputusan untuk melupakan semua cerita- cerita tentang saya. Tetapi bab "copy cat" jer la nak kena ulas sikit, sebab itu dah melibatkan kawan lain. What, in the word copycat, that I do not understand? Kalau supplier lain, tempat business lain, dan produk pun lain, where in the world can I insert the word copycat? Let me assume that someone innocently forgot their own words, and incidentally twisted their own words. Saya doakan kejayaan semua orang dalam bisnes. Rezeki Allah bertaburan di muka bumi ini. Man Jadda wa jada.

Alhamdulillah, kebenaran fitnah terbukti. Itu jer yang saya pohon. Dan Alhamdulillah, peristiwa fitnah nih mengajar saya banyak perkara untuk muhasabah diri.
 
- berhati-hati dengan orang yang suka bercerita mengenai orang lain, mereka tidak akan puas dan bersyukur dengan apa yang ada pada diri-sendiri

- berhati-hati tentang orang yang bercerita keburukan jirannya atau rakan sekerja, ibubapa, mentua atau saudara, mereka orang yang tidak tahu menjaga keaiban orang

- berhati-hati tentang orang yang suka bercerita kepada kita mengenai orang yang tidak begitu kita kenali, sebab orang yang diumpat/difitnah sampai bila-bila pun tidak akan berpeluang membela diri, sebab dia taktau pun orang fitnah dia


- fitnah ini membolehkan saya muhasabah diri, sebab saya sering berfikir bahawa saya perlu cakap perkara yang benar, tapi saya lupa, tak semua benda benar perlu dicakap. Lebih baik berdiam diri, sebab mulutlah ramai wanita tercampak ke neraka. Kamu mahu dicampak ke neraka ke, Z?

- fitnah ini juga membersihkan sahabat. Yang malas nak layan fitnah tersebut walaupun mereka tidak kenal kita sangat dan tidak kisah pun benar atau tidak cerita tersebut, itulah sahabat sebenar

- cepat sangat kita ulas berita mengenai orang ternama, berita2 tv dan akhbar, cerita-cerita artis, tanpa kita tahu kebenarannya. Sungguh tidak adil kita berbicara sedangkan mereka tidak diberi peluang membela diri. Entah2 kita pun sedang fitnah mereka.

Hal di atas adalah hasil observation almost 3 dekad, tak ditujukan kepada sesiapa. Fitnah tak best. Kena fitnah lagi tak best. Selepas fitnah, apa? Silaturrahim yang dah koyak tuh macamana nak sambung semula?



Tanak ulas lagi. Tiap huruf dan baris nafas kita diperhatikan-Nya dan akan diadili Nya.

Berbalik kepada mukadimah yang tergantung tadi, kalau orang bagitau kita pasal Z yang kita tak penah kenal secara rapat,

"eh,X tau tak. Z tu penipulah. Bumbung dia bukan hijau. Dia cakap hijau. Dahlah jauh pulak tuh daripada universiti."

Siapa yang penipu? Z atau Y atau X? 
Dalam hal ni, kadang-kadang bukan ada sesiapa pun berniat nak menipu. Pada pandangan mata Z, bumbung tuh warna hijau, tapi Y pergi tengok waktu senja so nampak macam biru. 

Manakala rumah Y tepi pagar uni, so memang sangat dekat. Rumah Z pula tentu nampak jauh gila. Tapi bagi Z, dah kira dekat dah sebab sebelum tuh mereka tinggah jauh dalam ladang kelapa sawit...
Lebih baik kalau kita tanya kebenaran kat tuan punya badan sendiri, tanpa kita pula mengadu-domba.

Tapi benda-benda remeh dan subjektif macam nih, lebih baik kita jangan cakap. Paling penting jangan judge orang dan bercerita pulak kat orang lain, sebab silap-silap kita dah menfitnah dan mengaibkan orang. Kebenaran itu subjektif. Cukuplah Allah menjadi saksi.

4 Whisperers:

Idayu said...

aiseh marah btol cik z nih yea...sabar2x. ader yea org mcm tuh?...

yea, sy pon kena slalu jaga hati, bersihkn hati dan bersangka baik. peringatan utk sy jgk nih..

lady zaini said...

Nampak macam marah ke Ayu?Erkk.. actually tak marah dah pun. Benda dah lepas dah pun. Damages had been done, saya pun dah survived fitnah tuh..So ni kira macam luahan perasaan, a simple step to move on.

Actually Ayu, tak marah tapi penat :)

umie said...

kak Z, saya setuju ngan ayat kak Z "Why should I be bothered?"... Pemfitnah tu lg suka bila ke melatah (bukan melatah mcm org tua2 tu tau..hehe) towards to the fitnah yg dia buat tu..ini menunjukkan kemenangan kat dia whereas kita cuma nak tegakkan kebenaran yg sebenar.. that's why kita cuba jawab balik kan.. tapi bila kita dah tenang, kite mesti terfikir "kenapa lah kita nak layan benda2 mcm nie sedangkan hakikatnya kita tak buat pun mcm tu.. buat menaikkan BP kita aje ye tak?"...

So,kesimpulan yg dpt dibuat disini (dah mcm buat rumusan debat plak..;D ) adalah kita doakan jelah Pemfitnah itu agar Allah bukakan pintu hati dia utk tidak lagi umpat mengumpat & fitnah memfitnah.. dan sebagai umat Nabi Muhammad SAW kita maafkan lah dia supaya hati kita lebih tenang.. ;-)

lady zaini said...

serious umie, mula2 memang melatah :P

Tapi tu la umie, akak memang nak tutup cerita nih sehabis-habis-habis-habisnya. Selagi ada sekelumit pun rasa marah, memang tak rasa tenang nak beribadah. Amal pun dahla sikit, umur makin pendek

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez