"Z, pi sana jangan kaler rambut naa..."
Baik makcik..ngehehehe...
Sebenarnya waktu ke jepun tuh ramai menjangkakan saya akan ikut sedikit sebanyak cara jepun, malah waktu kenduri kahwin tuh, seseorang yang agak berpengaruh di kawasan tuh dan jarang2 datang kenduri orang (sebab beliau agak uzur), tiba-tiba datang dan request nak jumpa dan berborak dengan bride (saya ler tuh). Bila saya keluar, diorang terkejut,
"Eh, pakai tudung rupanya. Bagus bagus.."
Hmmm..apa lagi ya gossip dibelakang saya sebenarnya...Biarla, Allah lebih mengetahui hati saya. Tak ke mana kalau orang cakap benda tak betul nih, lama-kelamaan terbukti juga. Saya tak pernah berubah.
Waktu tuh tawaran ke oversea agak kompetitif, jadi bila dapat offer, saya memang gembira
Tapi bila Mr Z was offered jadi pensyarah, baru saya tahu rupa-rupanya tawaran ke luar negara nih sentiasa terbuka dan sangat banyak, tak seperti waktu lepas spm dulu. Samada melalui belajar atau seminar (conference). Alhamdulillah, kebaikan sambung belajar di luar negara bukan bermaksud "kamu pandai dan akan lebih pandai jika belajar oversea". Tidakkk. Tapi belajar di luar negara memberikan pandangan dan pengalaman yang berbeza, dan melahirkan satu macam semangat yang berkobar-kobar untuk berusaha lebih keras di universiti luar. Dan tambah Mr Z, belajar cara dan teknik dan perkara2 yang baik bagi diaplikasikan untuk mengajar anak-anak Malaysia lepas tamat belajar nanti :) Belajar di luar negara juga adalah alternatif terbaik kalau fasiliti dan kepakaran bidang yang kita nak tuh tak mencukupi di Malaysia..
Adakah belajar di Malaysia tak bagus? Ehh, nanti saya cerita bab best kalau belajar kat Malaysia pulak yer..satu-satu.. :) I just feel the need to express my dissatisfaction towards some people's ungrateful behaviour and their being overreact towards "tinggal oversea"
---------------------------------
Sebenarnya saya baru tahu segelintir pihak yang menklasifikasikan kawan-kawan mengikut hi-class or tak standard. Salah satu ciri-ciri hi-class ialah pernah tinggal di oversea..Oh my, orang macam nih pun ada. Kalau saya bagitau kawan2 saya kat jepun dulu ada orang macamni, mesti diorang ketawa2 sakit perut golek2 sampai muntah.. Ntah hapa2... Stupid, I must say.
Saya serious nih. Ada orang macam nih, tak percaya kan?
Apa yang best datang Kanada, Jepun, Jerman or Australia etc? Apa yang menjadikan mereka lebih baik dari orang yang tak pernah ke oversea? Orang lain rilex jer ke oversea, "golongan hi-class" nih kalut nak semua orang tau dia penah tinggal di Jerman atau Jepun atau Kanada. Ehh, tuh contoh saya amik negara yang saya pergi jer la, amik contoh negara lain nanti orang marah pulak...
Mereka yang sombong nih
- cakap tak pernah nak kalah, indah2 belaka pasal diri diorang
- biasiswa/ gaji mereka la yang paling banyak
- husband mereka la yang paling pandai, orang lain tak dapat punyala kalau apply supervisor/universiti yang sama
husband dia sepupu einstein
- mereka rasa layak bercakap pasal akademik, dan pengetahuan mereka luas boleh bercakap pelbagai bidang dalam akademik, boleh ulas research orang, boleh judge master/ phd orang
- kalau balik purposely tanak guna kereta malaysia, "i dulu kat jerman so i kena pakai kereta jerman" or "kereta jepun la the best, tak kelas la pakai wira, kembara nih" so on (purposely ya, jangan salah faham, sila jangan jual mercedes anda :P)
- mat saleh la yang paling bagus di dunia, mat jepun la yang paling rajin di dunia, orang melayu tak bagus, dengki, tak bersatu-padu, kawan2 melayu i jeles tengok i dapat pegi oversea :P
- kalau beli benda mahal, "eh, ni scarf i beli kt US tau, mahal, takder kat malaysia nih" kena emphasize beli kat mana, nak lagi best kena cakap berapa RM (dalam rm, sebab nampak mahal)
- kalau berkumpul purposely cari idea nak cerita pasal kat oversea dulu, walaupun tajuk perbualan tak berkaitan. Lain ler kalau orang tanya.. (again, purposely yer, janganla tanak kongsi cerita dengan saya pulak lepas nih :P)
- orang punya tempat study tak bagus, tak hi-class, "I study kat US.You all takkan dapat buat macam I. Kalau takat study jepun and uk tuh apa sangatla, takder class.." "Korang nih baru study kat malaysia, tak rasa lagi i dulu study kat us..susah tau"
- cipta trademark sendiri, "I study jepun, kitorang yang study jepun nih semua rajin2 dan tepati masa. Orang macam u nih kena ikut cara I"
dan banyak lagi. Owh, get me a bucket please. Nak muntah. Senang cerita, mereka nih sedaya upaya meng"hi-class"kan diri sendiri. Bak kata
"Ular menyusur akar takkan hilang bisanya"
Kalau dah hebat tuh, kita tak perlu "hi-class"kan diri sendiri, orang tau. Kalau kita bagus dalam pelajaran, cemerlang buat paper, tak perlu kecoh2 tampal kat notice board, orang tetap akan nampak dan buat paper kita jadi rujukan..Kalau kita berilmu sehebat yang kita cakap, student kita akan faham betul apa yang kita ajar.
As simple as that.
---------------------
Dahla, tanak ulas banyak2. Allergic dengan perangai manusia2 yang sombong ni.. Kenapala perlu saya berselisih nasib dengan mereka..huhu~ So far harap kawan-kawan tak termasuk golongan ini. Please please please... (Eleh, kata orang, diri sendiri sombong tak? gedegangg~)
Kehidupan di oversea ada pahit manisnya. Cherish every moment of it, kumpul pengalaman dan cerita di luar negara. Jangan kumpul riak. Jangan pula kedekut ilmu sampai berahsia-rahsia. Sederhana. Semua benda kena sederhana.
Ingat ya Z, jangan pandai cakap saja.
p/s: Berapa banyak perkataan "oversea" dalam nih? hehe




17 Whisperers:
hahaha..sape yg rase diri tu hi-class sgt tuh??ishkk..perasan x hengat!(sy ke tu?)ngehehe..igt x,b4 korg pi canada,kami ade dtg rumah..pastu cite psl keta EXora(proton)..nak tau,smpai skang kamil kate,balik nnt nak beli/guna Exora je..best ape..murah pun murah..support keta malaysia.:D
p/s:ni ade bau n rasa aym kepsi(3D)..dapat rasa x??
dulu, ms x dpt fly, mmg kecewa. sgt kecewa. marah kerajaan. tp lupa pulak sbnrnya yg kerajaan tu jugak yg sponsor utk stadi walaupun locally hehe. kdg2, kita mmg suka pd benda yg bukan hak kita. mgkin sbb xpandai nk hargai apa yg kita ada, atau lupa utk bersyukur dgn apa yg Tuhan atur.. mgkin la.. dan ciksarah pun kena ingt ya, jgn pandai ckp saja ;)
hmm.. tetiba mcm nk p jln canada jugak rsnya. mak sy bljr sana dulu, hehe..
cheers Z!
sy dr dulu n sampai skang ada perasaan yg org blaja obesea nih pandai-pandai.iyalah bukn senag nk dpt offer pgi obesea. bnyk org kata blaja obesea lg susah wallahua'lam..
ntah knapa dl sy x cuba langsung mohon study obesea, hihihi result pon bukn power sgt!
tp skang cuma ikut hubby, kalu pandai pon dia yg pandai. sy cuma ikut shj jd manager hahaha. kdg2 rs rendah diri pon ader, kami sama2 grad dulu, then kija kilang pon sma2. tp skang dia dh jauh tinggalkan sy..huhuhu.
p/s:ader ker org yg sombong n berlagak mcm tuh??
salam ladyz
pada hemat saya la, orang yang sombong dan suka show-off ni
even dia tak pegi oversea pun dia akan menunjuk2
baru2 ni saya diketemukan dgn manusia yang agak show off
tak habis2 cerita pasal dia pergi uk buat master
saya suka je sebenarnya orang cerita pasal kisah2 oversea ni
tapi nada cerita dia memang buat saya terasa
nak jadi cerita perbualan kami masuk pasal pusat rawatan islam
saya pun mengiakan la,
"oh pusrawi"
tau tak dia jawab apa, "eh akak tau pusrawi? kat terengganu ada ke?"
oh saya dengan begitu emosinya cepat2 menjawab, " apa ingat akak ni darat sangat ke?"
mentang2 la saya ni keje kat dungun
menyesal gak kerana saya pun terkerek, tapi sangat geram le
anyway, thanks for this entry
kerana buat saya makin semangat nak apply oversea
sebenarnya saya pernah terdetik perlu ke saya buat phd kat oversea
nak cabaran kat malaysia pun ada, kualiti pun alhamdulillah lebih kurang juga
tetapi saya rasa, selagi saya asyik dok ragu2 tanak mencuba saya takkan ke mana
walaupun sgt competitive di uitm ni kalau nak pegi oversea (bukannya saya nk menghigh-classkan diri saya ye hehe)
tapi saya fikir, ini lah langkah pertama saya untuk keluar dari comfort zone saya
dapat tak dapat lain cerita :)
p/s: sori terpanjang le pulak
Suka baca n3 zakiah ni. Untuk peringatan diri sendiri juga. Memang satu pengalaman yang amat bernilai dan berharga bila dapat ke obersea.
Pernah juga rasa malu, sbb saya dpt peluang ke sana bukan atas tiket sendiri, tapi tiket suami. Bila berbicara dengan mereka yang pergi atas tiket sendiri ni, ada rasa kelainannya juga, tapi yang pergi atas tiket suami pun ramai. So, adalah kawan. Moga saya tidak termasuk golongan yang di maksudkan...
Benda yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan.
saya dah lama tak baca blog kawan2 huhu, statement tak de kena mengena dgn entry ni..
tapi saya nak ckp, saya sukaaaa entry ni taktau kenapa.. hehe..
pedas tapi bernas.. :)
datin k,
tak minat keter jepun ker? murah2 tuh, berbaloi..hehe. sekarang tax berapa yer, dulu 100% (still berbaloi banding beli keter siap kat malaysia, tax 300% dah tu). tapi ada kemungkinana kereta kita sma nanti..ahaha, exora. sesuai utk anak ramai :P
p/s: bau kepsi sampai winnipeg :(( nak sikitt
sarah, waktu saya tau kawan2 kita ramai tak dapat fly tahun tuh, bukan awak n yg terlibat jer yg marah, saya pun rasa terkilan sangat. konon kerajaan bagi harapan palsu la, merosakkan perancangan orang la..sedih betul. tapi lepas tuh baru dapat terima kenyataan.. semua tu qada' dan qadar, ada hikmahnya.
cik sarah,
mak kat uni mana dulu? klu awak nak datang uni hubby saya nih, kecik tapak tangan, sebuah bilik saya tadahkan..hehe. g la godek2 ompej uni tuh
http://umanitoba.ca/
kut2 ada berkenan research ka, boleh gak kita jumpa kat sini :P
ayu,
ada..ahaha, berdoalah agar tidak jumpa :)
kadang2 memang bila sama umur n education dgn hubby nih, ada sikit rivalry or perasaan nak sambung belajar sama dgn dia..saya pun still terfikir nk wat phd ker tak :P
kadang2 study oversea nih bukan sebab pandai, tapi lebih kepada rezeki. ramai jer top students sekolah saya yg study local..macam ayu dulu lerr, tak apply n tak minat pun pegi sebenarnya..ehehe
ida,
i have no doubt that u'd excell in ur phd, kat oversea or local. n i would really encourage u to try oversea, since u'd get to see from different perspectives and ada banyak facilities. nanti kita email2 kalau awak minat. nothing to lose, more to gain. try jer, cuba tanya naim. saya dulu giler2 suh dia sambung kt oversea, dia tanak kata tak layak la, malu la, etc etc..sekarang tengok dia kat mana? ehehe.. the first step yg paling susah. after that, awak tak fikir dah pun :)
ida,
saya banyak experience macam awak bila kita diam, kasi chance orang cakap. sajer jer saya suka dengar orang cerita :) ada sekali tuh, ada orang tak percaya saya study kat jepun (roommate saya yang bagitau dia :P) , terus dia meluru masuk tengok bilik saya kat uia, cari apa2 ntah tengok atas bawah kiri kanan bilik. mungkin dia nampak buku2 jepun saya kut, baru dia keluar.. saya dengan roommate saya speechless, orang macam tuh pun ada ka? :P
yus,
Seronok dengar pengalaman orang sebenarnya, asalkan tak lebih2 dan start judge orang lain, sudahla.... tu la, kira nih ingatan untuk diri-sendiri jugak..:)
dwimaya,
ehehe, pedas yer.. honest thought tuh, ngehehe. ada bunyi sarcastic sket kut :P
kak zack..
lama tak komen2 kat sini..asyik baca..pastu tutup..sbb berebut dgn najmi..:)
nak komen ayat ni..mmg lwk lah makcik tu.."Z pi sana jgn kaler rambut na.." saya boleh bygkan intonasi makcik tu..
mm..kdg2 saya pun pelik jugak..bila dah sampai overseas dah ilang segala budaya2 kat diri org2 tersebut...
saya setuju..semua mesti sederhana...
Wa..exora..kena bg cukup setiap org setiap kerusi tu...mmg kena anak ramai baru berbaloi...
kete kat kanada murah tak?
Salam LadyZ,
tak pernah komen kat blog isteri kawan2 saya tapi kali ni taknak ketinggalan, pecah perut baca.
2008 tahun yg menyedihkan kerana setelah lebih 1 tahun bertungkus lumus menyiapkan diri, akhirnya tak dapat tempah tiket kapal terbang pun. sedih tak terkata dan bila tahu, kami putus harapan dan tidak berbuat apa2. 1 hari suntuk dihabiskan masa utk buat blog http://bantalkabu.wordpress.com/ untuk melayan hati yg kesedihan. dan nekad, membawa diri ke KL je. impian ke oversea (dgn duit org) terkubur pada masa tu. mak saya sampai cakap, kumpul duit banyak2 lepas tu pergilah bercuti ke oversea. agaknya dia tgk anak dia frust sgt tak dapat pergi. namun, tuhan itu maha kaya. kita merancang, DIA yg menentukannya. dan kami tidak menjangkakan hikmahnya.
secara persepsinya, masyarakat negara ni banyak bersetuju dengan Idayu. apa sahaja yg datang dari luar, maka anggapannya itulah yg lebih baik. local made pandang sebelah mata, baik dari produk mahupun human resource. graduan tempatan ni macam sedikit kurang berkemampuan berbanding oversea. itu pandangan masyarakat umum dan ini memberi kelebihan/bias dalam banyak hal cthnya temuduga, pemilihan, gaji dll. bak kata karam singh walia " kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". dulu saya juga beranggapan seperti itu. tapi sebenarnya sama sahaja cuma bezanya dari segi pendedahan & pengalaman. agaknya, individu yg LadyZ maksudkan tu persepsinya yg skeptikal itu sgt tebal.
apa pun, entry LadyZ kali ini amat menginsafkan bagi sesiapa yg ingin menginsafinya.
ikhlas dari saya.
Z, gelak2 baca entry ko .. hehe betul2 belaka..
satu lagik pandangan org kat za ..oo dok pergi obesi.. anak mesti cakap english berabok.... apa kes nak cakap english sepanjang masa.. anak cakap bahasa melayu seiring english lagik tu...
satu lgi org2 dok kata obesi ni dasat2.. best2 .. bagi za.. yg paling best negara sendiri .. malaysia... ke luar negara utk menimba ilmu dan cari pengalaman.. bukan utk bangga diri..
bangga dok msia... beli proton .. ye kami bangga .. cakap bahasa melayu..
sedangkan ramai yg tak pernah dok obesi pun berlagak.. speaking bagai.. hehhe rasa gelak2 je kami bile dengar.. hehhe perasan "standard" la kot.. speaking london kat msia... hehheh
yg ye nye.. nak pi obesi ke suka obesi nye barng ke.. yg penting jgn junjung org putih lebih2.. mereka la yg merosakkan malaysia yg jadikan melayu mundur kerana menyekat ekonomi melayu dengan membawa masuk pendtg china & india dan mereka dah besar kepala kat msia... sorry merapu sat...
diyana,
orang kedah mesti boleh bayangkan tone tuh kan :P
klu tak silap mr z cakap keta 3x lebih mahal dari jepun..so tak murahla, tapi still affordable banding mesia...
desilva,
sedih pulak bila baca komen korang. tapi tu la, tuah lain2...rezeki masing2...korang pun tak putus2 rezeki masuk lepas tuh, kan :)
hanya kerana Allah pinjamkan kita sesuatu yang orang lain tak dapat, tak layak rasanya nak judge orang, kan?
rizza,
yang tuh kena buat entry "anak2 obersea"..heheh.
p/s: za kena tambah sket tuh, kemasukan cina n india oleh british tuh bukan semua tak elok. uwaa~ kalau tak, tak jumpala saya dgn mr z :P hehe, sebenarnya saya faham rizza nak tulis apa tuh, tapi ringkas sgt, kontroversi pulak blog nih nanti..hahaha
actually, i think u referring to ke"jahat"an dasar pecah n perintah british dengan membahagikan kaum ikut tempat n pekerjaan. yang tuh yang tak dapat dimaafkan..
Post a Comment