Takderla..bukan nak kutuk pun bisnes Melayu. Ok jerr...Cuma mungkin sebab orang Melayu adalah asalnya ramai perantau tapi bukan pedagang, maka berbanding bangsa pedagang lain, orang Melayu kurang 'faham' bab berbisnes nih - in general. Maka lahirlah ayat "bisnes orang melayu"...
Maksudnya, kalau suami bisnes isteri tak tau support macamana, atau kalau ada abang bisnes adik-adik kadang tuh tau minta duit jer tapi tatau nak tolong macamana...Secara generalnya jer lah. Maksudnya tak ramai di kalangan Melayu yang lahir dalam generasi ketiga bisnes etc.
Waktu start bisnes dulu, macam2 free gift saya kasi orang kalau orang beli barang. Mutiara Sabah la...padahal mahal tuh. Kebanyakan baju-baju pula jual harga modal. Tapi still untung 100%, sebab modal tuh husband yg keluarkan..hehe. Cuma kawan-kawan yang supportive dan kenal saya suh juga jual harga jualan, bukan harga modal.. Kelakar betul.
Bisnes tuh stop, sebab walaupun saya untung 100%, mr z dah start komplen - "abang rugi totally 100% nih" Hehee...
Kemudian nekad juga nak berbisnes dengan kawan, istikharah juga beberapa lama. Bukan niat nak untung juta-juta, just dapat side income ok la, sebab kt uthm ni ramai graduate students yang ended up being housewife, sebab takder keja kt bp ni. Boleh gak isi masa lapang.
Kata mr Z, hati-hati, ada 2 waktu yang kita boleh nilai kawan sebenar-benar-benarnya
1. Kalau kita bermusafir bersamanya
2. Kalau kita berniaga dengannya
Mula-mula saya tak faham benda tuh, tapi bila start JV bisnes dengan kawan2 nih, bukan diorang yang bermasalah, tapi kadang2 orang keliling. Keluarga dan kawan2 yang lain, dari ramai-ramai tuh, ada jugak yg tak memahami. Biasalah tuh. Expected. Tapi yang buat masalah cuma 1 daripada 200 or 300 orang. Kawan-kawan lain...Masya-Allah. Sangatla supportive.
Saya ingatkan yang akan bagi headache ialah orang yang tak tahu bisnes, tapi rupa-rupanya, yang bagi super headache ialah orang bisnes. Nak murah tuh boleh faham, sapa yang tanak kan, tapi bila dah diterangkan spec etc pun masih nak murah, tataula nak cakap apa. Ada juga yang tak puas hati bila kasi diskaun 10% to 15%. Tataula berapa dia nak. Mungkin diorang tatau, kami - Z, Y, U,D pun cuma dapat 10% to 15% untuk barang sendiri.
Buat company dengan jual sorang2 tak sama. Bila company nih, maksudnya kita guna duit orang untuk berniaga. Tergamak ker nk mintak kawan halalkan titik peluh dan wang ringgit tuh? Huhu~ jujur saya bagitau, saya sedih betul dengan orang yang macam ni (kalau dah explain pun tanak faham).
Tu belum bab import lagi. Barang memang murah sebab tuh kami import. Kualiti ok (dah banding). JV no problem. Tapi problem kat tax. Baju baru or textile memang akan kena tax solid 30%. Kalau baju bundle murahla taxnya.Satu yang orang tak tau, tax 30% ni bukan harga barang sahaja, tetapi tax juga dikenakan atas harga pos. Senang cerita, kalau barang tuh cuma rm50, pos pulak rm50, tax menyebabkan sehelai baju jadi RM130. Belum masuk kos ke pejabat kt jb untuk amik barang.
So kalau orang cakap, eh, kat Vietnam murah jer, or kat Indon murah giler, kitorang akan ceritala pasal tax nih. Kalau yang tak puas hati, silala buat macam sesetengah orang - pergi sendiri beli kat sana, or beli barang yang berjenama branded. Kt internet yg lagi murah ada, tapi give n take la. Saya contact supplier tuh sendiri, dan dia pun dah terangkan kualiti kainnya macamana. So saya pun faham la kenapa dia murah. Aritu ingat nk JV dengan dia, kira bagi option utk org yang nak murah, tapi terlalu bz nk handle byk products, sekarang baju renang muslimah buat clearance sale sebab nak concentrate t-shirt muslimah. Boleh check www.mymuslimart.com.
Tapi tu la, namanya manusia, kehendaknya macam-macam. Saya cuma bersyukur sebab bisnes nih buka mata tentang manusia. Saya sayang kawan-kawan saya U, Y and D. Bersungguh-sungguh mereka bekerja tak tido nyenyak berminggu-minggu. Kawan-kawan lain pun bagi sokongan, kadang-kadang kalau diorang tak beli pun, diorang still bagi sokongan moral. Kehehe..That's the best.. It's not the money, it's the thought that count. Love u gals.
Ini panduan kalau nak bisnes t-shirt, terutamanya t-shirt muslimah :->
1. Harga bergantung kepada kualiti kain. Kain FC yang sedap macam baju baby tuh tak sama harga dengan kain TC yang buat baju sukan sekolah rendah.
2. Kilang tak jual kain sahaja, tapi benda yang dh siap (topi, t-shirt jersy). So klu nk murah dan senang, urusniaga dengan kilang yg sama dari raw material sampai produk siap.
3. Paling banyak orang ingat t-shirt muslimah nih boleh tambah2 jer kain - boleh tambah labuh or nak besar or nak line sana-sini atau nak fesyen macam Ed Hardy.. "buat t-shirt tak sama macam buat baju kurung", boleh design sendiri pastu hantar kedai... T-shirt ni, guna mould. Acuan!
4. Acuan tuh yang mahal, satu acuan bermaksud satu design. Harga bergantung tempat, kalau 100 helai ke bawah untuk acuan (model/pattern baju) yang sama, kilang mungkin akan charge rm300-400. Tapi kalau lebih 100 helai, acuan tuh free jer. Depend la.
5. Tapi kilang takkan buat kalau takat 100helai ni - untuk design baru. NEVER! Kecuali bayar mahal untuk sehelai baju.
6. T-Shirt Muslimah guna saiz yang lebih besar dan labuh berbanding biasa. So mould memula tuh memang mahal sebab kena buat baru.
7. Warna tak boleh request! Kecuali kalau nak buat min 500helai baju.
8. Kain t-shirt nih macam2 jenis. Memang pening kalau orang order "t-shirt yang guna kain t-shirt biasa"... Ada TC, cotton FC, spun ring, carded, jersey,cool plus, microfibre, ...beratus juga sebenarnya kalau termasuk dengan mix nih.
9. Printing bergantung pada warna, saiz dan tempat. Misalnya kalau warna hitam, tapi nak dua tempat depan dan belakang, itu dikira 2 warna. Lagi besar dan lagi banyak warna, tentula lagi mahal.
10. Design kena jelas dan satu tone. Lain tone dikira lain warna.Saya pernah dapat order untuk printing ala-ala Ed Hardy tuh. Warna siap ada tone dan shades! Huhu~ Agak-agak ada tak orang Malaysia boleh buat macam tuh? Kilang n kedai2 semua reject design tuh - impossible, diorang cakap. Tapi biasala, budak2 punya design, memang kretip terlebih.
Saja jer letak panduan kat sini, sebab ramai sangat bagi impossible order. Ramai juga yang nak tolong design baju. Amatla dihargai, tapi elok juga kalau buat sedikit research/ pembacaan terlebih dahulu. So orang akan tau limitation in t-shirt designing - which is totally different from other fashion designing.
P/s: Lepas ni jangan kutuk bisnes melayu yer adik-adik. Kalau barang mahal, itu sebab adik2 tak bukak kilang- tokey cina takkan bagi murah kt peniaga2 melayu baru nak naik nih. Adatla tuh. Even spare part motor pun tokey cina akan beli sendiri, tak kasi mekanik melayu pegi.(kisah benar) Sebab kalau melayu pegi, sure tak dapat murah :) Biasala, diorang pun perlu survive. Kadang2 bukan sebab diorang anti melayu, tapi kadang2 sebab diorang perlu naikkan bangsa sendiri. Tu 2 benda yang berbeza.
Tapi kalau service melayu hampeh or kedai melayu kotor, yg tuh suka atila nak kutuk ker nk C4 ker... Huahuahuahua... (*gelak jahat dan bergema*)
p/s lagi: Adik-adikku. Jangan bagitau kak Umie pasal mutiara sabah tuh, Shhh! Mati kena bunuh nanti.
Friday, November 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Whisperers:
memula tahu z berbisnes, dh rasa kagum sgt2..tak pelah, memula mmg sush,lelama kang jd usahawan ker, mana tahukan.....
tp mmgla,rezki yg bnyk ada dlm bisnes.kalu nk hrp kija ngan org nih, takat tu lah...
errmmm..nk bisnes apa ek???
wahhh..zack, nak jugak mutiara sabah tu as souvineer tu heheheh...biasala zack, susah jugak nak deal ngan org yg tak tau pasal production. kalau tau pasal production pun depa buat tak tau.. yg depa tau nak murah, kalu boleh nak lebih rendah dari production kos...
anyway, chayyokkkkk utk zack and the gang.
Tq ler ayu and misah.. *speechless*
ayu, Aminn. Tq selalu support kitorang. kawan2 kita ada yg bisnes "bentou box", buat bentou kt budak2 yg single2 kt uni. kehehe..sy memang tarik diri klu bab masak nih, heheh
misah, klu saya dapat nanti sy reserve kt awak n arissa sorang satu,hihi :D
tu lerr, nasib kita sama la misah, sebab kita start dari production, beza dengan sales semata-mata. Chaiyokk utk misah n the gang jugala... Tahniah yer korang *hmpps* tumpang bangga :)
Saya sangat suka dengan entry ini. itu sahaja yg saya dapat comment buat masa sekarang kerana otak tengah pikir benda lain...huhuhu
oh ya, psl msg kat facebook tu, saya adalah berfikiran positif.. positif means saya suka sgt bila bisneswoman terulung dr selayang itu sudi ajak kita..hehehe
maafkan patik pecal yg hina ini...huhuhu
Umie dear, thanx a lot yer.. Settle satu2 nanti update. Jangan risau2.. Teruskan berfikiran positif..hehe.
Tu la, businesswoman tu sudi nk tolong...*terharu*
kak zack ..
tak tau pun kisah mutiara sabah tu...hihi..dah terbongkar ni..
nak jugak..opps gurau je...
yg ttg fb tu pun saya agree kalu semua agree..hihi...
a'a kan..kalu org nk beli semua nak harga murah..pastu bila kita br start..org kata dah buat business..mesti bnyk masuk..padahal..huhu..hihi...
kak... abaikan je komen2 orang tu.. sebab kata cikgu saya.. orang2 terutama yg rapat dgn kita nak kita bungkus dalam bisnes.. kenapa.. sebab dia org nak buktikan makan gaji nie lagi selesa.. betul makan gaji ni selesa.. tapi selesa takat mane je.. stakat cukup makan tak cukup pakai... atau cukup pakai tapi tak cukup makan.. atau stakat boley hidup je.. itu la sebenarnya mentality org melayu.. selesa dgn makan gaji.. saya pun masih makan gaji tetapi dah mula berjinak2 dgn income alternatif yg lain.. insyaAllah... sy doa kejayaan akak..
Comelnyer la Idan nih :)
Tu la akak tak kisah sebenarnya, rezeki masing-masing,asalkan cara halal biarlah memasing bahagia, kan? Tapi ada orang yang tak dapat nak faham kalau kita buat something yang dia tak suka, walaupun benda tu takder masalah pun sebenarnya..
Thanx yer. Akak pun doakan bisnes Idan sukses :) Insya-Allah
Post a Comment