Sunday, November 15, 2009

Marvellous foods make you happy

Saya dah nekad nak kurangkan makan minggu nih...sebab nak kurangkan kaki cramp banyak jalan, dan nak kurangkan..err, makan. So antara cara yang difikirkan ialah
1. masak simple2
2. tidak bersosial
3. buat bodoh dalam rumah

Kononnya laa...

No 1. fail sebab bila kunun2 nk makan nasi panas dengan ikan sumbat cili sahaja, kena masak something untuk ecah + sambal telur untuk abang + daging grill yg dah beli minggu lepas2 + ... huhu

No 2. Fail sebab walaupun tak sosial tapi tetap terr"tau" kawan2 masak apa kt blog or kat facebook..Dah tuh mesti nak tiru.. Umie no okagede ni nak buat mee rebus pulak. teruk betul selera makan sekarang nih..

No 3. pun fail jugak sebab ada 2 majlis makan2..At least kurang dari minggu lepas (minggu lepas 5kali, banyak kan? kan?)

Majlis pertama--> Birthday ke-lima si comel nih. Hepi birthday Syafiqah :)


Majlis kedua --> Yuujin no ouchi he :)

Oh my, the foods were marvellllouzzs. Dengan tak malunya saya mintak nak ambil gambar...n resipi..ehehe :P

This is 'fried' chicken curry... Sedapnyaaaaaa.
Yang nih tak tanya recipe lagi, sebab terlalu sedap takut resipi advance sangat.

Ni pulak fried mutton beriani..Sedap jugak :D Pun tak tanya recipe. Hahaha..sebab tak confident saya boleh masak mutton. So KIV jugak.

Ahaha...So apa resipi yang saya tanya? Taraaa~

Ini dalca yang super sedap n super simple. Dalca semata-mata, takder ikan, ayam atau daging kat dalam tuh, tapi sedap. (Berapa perkataan 'sedap' dalam entry kali nih?)

Resipi ada tapi tanak kasi, sebab saya kedekut ilmu n takut orang pandai masak banding saya..ngehehe... ok, just kidding

Resipi untuk 2 orang-->

Bahan-bahan A:
Kacang dal 4 sudu
Turmeric sedikit (1/3 sudu mungkin)
Air 2 cawan
Coriander leaves
Curry powder (1 spoon or up to your preference)
Tomato sebijik (potong)

Bahan-bahan B:
Minyak untuk menumis (ni pun nak kena tulis ker?)
3 or 4 bijik onion
Daun curry
Cumin seed

Bahan-bahan C:
Sedikit air mata waktu potong bawang
Secubit keikhlasan
Kasih-sayang secukup rasa (heh..romantik la kunun)

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dalam slow cooker 7 to 8 mins (atau sehingga dal lembut)
2. Dah lembut dal tuh, masukkan garam
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Tumis bawang sampai kekuningan
5. Masukkan semua bahan-bahan termasuk yang dalam slow cooker tadi

Tips:
* Kacang dal tak perlu rendam
* Garam letak bila kacang dal dh masak, kalau tak dal akan keras dan tak lembut kembang secukupnya
* Ni resipi basic, pandai2 la nk adjust klu nak pekat etc

Sapa yang masak nih sebenarnya?

Hehee...inilah tuan rumah Hameeda and husband, Khan.

This lovely pair, dua-dua ada phd dalam bio-engineering, n dua-dua pandai masak! Isteri sedang buat post-phd lagi! Tapi, dua-dua tak sombong dan sangatla humble... Isk isk. Kadang2 kita ni phd tak abis lagi, tapi sombong tak ingat, kalah prof2 kt uia yang ada double phd. Kadang2 baru dapat title "dr" tp sombong macam matahari...
"Hey, nankir. Jangan kacau i, i ada doctor tau."

6 Whisperers:

Musliyana said...

salam kak..

a'a..kita jgn sombong kan kak..jgn kedekut...hihi...kita ni sama je atas muka bumi Allah...sekadar muhasabah diri...

wah..selalu masak kak zack ni..mesti girl jugak dlm perut tu...kalau diyana time najmi malas sungguh....xoe akk zack.mkn0mkn jgn tak mkn...cuma jdn lah terlebih mkn sgt..but bila buat selalu mkn2 ni...kena lah mkn kan...hihi

lady zaini said...

ahaha...akak bosan sebenarnya dengan orang yang sombong-sombong nih. Tataula apa yang dia fikir..

this time memang asyik nak makan nk masak nk makan...tataula lelaki ker girl. waktu aisyah dulu takderla nk masak sgt, sbb memang bz dengan thesis/ programming.. teruk betul selera makan kali nih :P

misah said...

zack, kalau nak makan tu, makan je la janji jgn over, kalau disekat2 nnt anak ngencis (meleleh air liur)la plak. waaa...lepas makan macam2 try plak makanan kesihatan..heheheh nnt kami post resepi kat blog kami...(ntah thn bila leh publish dgn tahap kemalasan yg melampau utk menulis....hehehh)

EriN HairudiN said...

wah z...dah jadi blog masakan nampaknya....biasa la...selera ibu mengandung

Unknown said...

Wah! Ada ahli baru bakal muncul dlm keluarga rupanya. Lama tak singgah sini. Nampak semua dah settle kat sana yer zakiah.

lady zaini said...

misah,
tak taula..."selera" betul. sampai husband geleng2 kepala tengok saya makan :P lepas ni siapla berdiet n makanan kesihatan plak :) korang postla recipe, bleh saya tiru

erin,
ngehehe...sedar x sedar jadi blog masakan. hehe, isk isk. harap tak kekal sampai tua. Teruk nak tukar saiz beli baju baru :P

yus,
apa khabar? lama tak dengar cerita. memang sepi terus. haah, insya-Allah tahun depan Aisyah jadi kakak :) harap semua sihat nk smooth.

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez