Tajuk macam nak cari gaduh...
Sebenarnya dalam 3 minggu nih dah tak join perjumpaan 'rahsia' wanita-wanita setiap hari Ahad tuh :D Sebabnya tak larat nak dukung budak 13kg sedangkan berat dah bertambah 15kg..huhu~ingat mamanyer nih jengkaut ker apa... Memang tak dukung sangat, tapi ada part2 tertentu macam jalan becak, naik tangga, lintas jalan, nak pakaikan car seat etc tuh, still kena dukung jugak..
Dan juga dah tak berapa jemput sangat kawan2 ke rumah, appointment dengan doctor sampai 2 kali seminggu. Totally worn out. Ditambah kesihatan diri dan kesihatan rumah yang sungguh tak stabil :P Rumah macammm...gedung toys'r'us
Tapi agak terharu, ramai juga bertanya khabar..huhu~ Tuan bed n breakfast dulupun telefon, agaknya orang risau kut diam-diam karang dah deliver sorang-sorang rupanya..hehe..
Tapi tadi dapat kejutan dari tetamu-tetamu yang tak dijemput..haha~ Tetamu yang tak dijemput tapi sangat dialu-alukan.. Tak sangka ya, "tekanan darah rendah" boleh dihilangkan dengan "bertemu dan berbual dengan sahabat-sahabat baik".. petua nih kena bagitau Misah nih..:) Cik F dan Cik San datang hampir serentak tanpa dirancang :) Macam berjanji..
Cik F, terima kasih kerana bawakan benda warna coklat yang sungguh menyelerakan...dan nampak mahal tuh..:D
Cik San, terima kasih kerana bawakan senyuman menawan dan sesuatu yang dah 2 tahun kucari itu.. I'll share it here with u gals :) Sharing is caring, right? hehe
Dan paling tak tau nak cakap apa, sesungguhnya rezeki tiap anak tuh sangat murah... Saya terharu dengan perhatian sahabat-sahabat di sini yang sangat bertanya kebajikan anak dalam kandungan sampai ke tahap yang tak pernah saya bayangkan dan harapkan. Terharu~ Takper, saya rasa cukupla persiapan yang ada, cuma doakan anak ini lahir dan diselamatkan dari bisikan syaitan..
Insya-Allah..
Oh ya, main activity hari nih ->
- Set rambut (dengan recently bought vidal sassoon multistyler), "wave"kan rambut cik san - hairstylist ialah cik F, cantik lerr..booking yer lepas deliver nnti tulong setkan. Saya nak buat rambut lady morgana (Merlin)
Boleh ker? :P
Manakala main activity minggu nih ialah a quick picnic di St Vital Park ->
Tema: Alice in Wonderland
Okey..masa untuk kembali ke dunia nyata...



0 Whisperers:
Post a Comment