Tuesday, April 13, 2010

Resepi Berpantang

Semalam tiba-tiba rasa painful kat lower abdomen, sakit sangat tak boleh nak tegak badan.. Nasib baik dah masak untuk dinner, cuma dapur disaster betul... tak sempat nak buat sambal, terpaksalah jamu mr hubby dengan sup ayam + telur dadar jer :P So sementara ada kekuatan nih, nak tulis resipi waktu berpantang, sebab mr z dah 'warning', kalau tak kasi dia resipi, dia takkan masak sebab tak reti.. huhu~ memang pun..


Basically, makanan berpantang nih
- kurang minyak
- kurang lemak
- banyak halia dan lada hitam (untuk buang angin dalam badan n memanaskan badan)
- tak makan benda gatal2 (telur, certain ikan masam/masin etc)
- kurang minuman sejuk/berais

I asked my Thai friend tentang makanan berpantang dalam istilah mereka, yang menakjubkan ialah katanya, orang Thai mengawal pemakanan waktu mengandung, manakala waktu berpantang, mereka akan makan apa-apa saja asalkan tak memudaratkan ibu dan bayi yang menyusu... menarik :)

---------------------------------
Ayam Masak Halia
-Bawang putih (2,3 biji)
-Bawang besar (separuh, dipotong biasa)
-Halia (4 cm)
-Cili Padi 3,4 biji
-Isi ayam yang disalut kunyit (dipotong dadu)
-Larutan tepung jagung (1 ke 2 sudu)
-Sos tiram

1. Tumis bawang, cili dan halia sampai naik bau
2. Masukkan isi ayam
3. Kacau hingga masak
4. Masuk sos tiram 3 to 4 sudu
5. Kacau
6. Masuk air
7. Masukkan larutan tepung jagung
8. Rasa garamnya

-------------------------------------------------
Sup Siam (Resipi BIL)
-Isi ayam/tulang ayam
-Serai diketuk
-Halia 3,4 cm
-Bawang putih diketuk
-Bawang besar (potong, separuh biji)
-Tomato 2,3 biji (sebijik dipotong 4)
-Celery atau daun sup dipotong
-Bawang goreng (jika nak)

1. Rebus ayam, serai, bawang putih, bawang merah, halia
2. Dah masak, masukkan tomato dan sayur2 jika nak
3. Masukkan garam dan daun sup/celery dan bawang goreng...

-------------------------------------------------
Daging Rebus Gula Merah (Resipi kawan)

- Isi Daging potong panjang nipis2
- Gula melaka sesedap rasa (2 bar)
- Halia 4,5 cm
- Lada hitam 2,3 sudu

1. Rebus daging dengan halia dan lada hitam hingga empuk
2. Masukkan gula melaka, kacau larut
3. Perhatikan garam

* Resipi nih tak lengkap, dah lupa kena tanya kawan semula..hehe, dia buat sedap lerr

-------------------------------------------------------------------

So nanti sambung lagi tulis resipi kat sini... Tengah kumpul resipi sebenarnya sebab post-partum dulu fully taken care by mak, so agak lepas tangan jugak apa yang boleh makan or tak..

"Ya Allah, moga mr z tiba-tiba terer dan rajin masak selepas dapat second baby nih. Aminnn"

15 Whisperers:

MQ said...

saya berpantang sendiri, sebulan lebih tu Hubby work from home..dia yg masak, jaga mkn pakai semua..tapi menu nya mmg ikan bakar, letak lada hitam n halia dgn sayur sawi rebus campor lobak putih (utk bykkan susu) je siang n mlm..ada jugak kdg2 tu request ayam black pepper kenny rogers, prosperity burger, pasta pizza hut, janji tak de benda yg buleh menyebabkan angin..sebab takut baby kembung sebab breastfeed..

ikan saya cuma mkn tenggiri dgn jenahak je..tu la rotate siang mlm selama sebulan lebih tu..lepas pantang terus berat turun dari pre baby weight..tak yah nak pegi slimworld :)

alQasam said...

Hehe.

Amin, doa subtle yang last tu.

Best juga resepi ni. Ingatkan kak dah deliver. Terkejut juga. Kak ada bawa tungku ke?:p

Saya dulu masa mak lahirkan anak ke 8 dan 9, 7 pun rasanya tolong juga masakkan dan jaga mak dalam pantang. Rimas rasanya umi kata ada orang kontrol makan, buat kerja etc.:D

Bila due akak? Moga akak dan little man dipelihara Allah selalu.:)

Idayu said...

wah sungguh detail resepi utk cik abg nih ek? he3x...

sama la kita, hubby siap plan nk ajak mak sy dtg if ditakdirkan sy termengandung kat sini sbb dia mmg tatau msk! totally zero, sbb tuh la dia mmg appreciate giler sy punya masakan or kuih muih skang nih sbb awak tahulah mna nk crk bnda2 tuh suma kat sni.japanese food mmg x brapa nk layan..

msk sayur2 rebus pon ok gak utk ibu2 yg berpantang.

p/s:sy tlg aminkan doa awak yea...aminnnn

Fazira Albaijure said...

sup siam tu nmpk mcm sedap je (^-^) z, jom la join kitchenchek kitorang. bole kongsi resepi katsitu hehe.. kalau sudi la.. nnt sy invite (^-*)

Unknown said...

zakiah, ikan bakar + halia dan lada hitam, sudah cukup menyelerakan. Makan dgn sayur sawi rebus. Kalau kat UK dulu, susah kan nak cari ikan tenggiri ker apa ker, akak pakai ikan mackerel jer...cukup senang.

UmmiY said...

saya aminkan doa yg last tu..

:)

lady zaini said...

mq,
tuh resipi nak cedok bleh yer? nak tulis kat next post (kena tulis kt blog jugak, takdernya dia nak bukak myresipi ker apa ker, hehe)

p/s: yg kenny rogers dgn prosperity burger tuh yang tak tahan, hehe...

Sumayyah,
Aminn..hehe. Pandainya jaga mak..Seriously kagum nih, akak bersalin mak yang jaga..malunyaa.. Sumayyah masak apa kat mak? terer sungguh

Ayu,
sekarang baru diorang menghargai masakan kita kan? hehe... tapi kan, dulu saya tak suka gak makanan jepun, pastu bila dah balik mesia...tau pulak rindu..haha. Takper, nanti kita potluck sushi sesama kat mesia

lady zaini said...

sarah,
aduhh sarah~ sayala orang yang terakhir layak nak tulis resipi nih, huhu~ tutup terus karang blog awak tuh.. saya dah tengok kitchenchek tu, macam tak layak jer saya nih :)

k.yus
resipi nih pun nak tumpang copy paste next entry boleh? ikan bakar tuh bakar dengan garam kunyit la kan? mackerel ada kat sini, boleh beli.. tapi tenggiri tuh nak kena translate dulu tatau englishnya apa..hihi :)tapi yang ikan tenggiri masam dah pesan la dari malaysia..

yus
aminnnnn...tengah amin panjang-panjang nih :D

ida_zy said...

salam

cam sedap gak makanan org berpantang tu hehe
ada jugak orang yang tak pantang makan ni masak resepi tu
just nak tanya zz tak pantang ayam ek
arwah mak saya dulu masa kakak bersalin anak first, ayam pun arwah tak bagi makan
tapi ye la lain padang lain belalang :)

Anonymous said...

salams,

masa akak pun mak akak pantang juga bg makan ayam..tp tak apalah kalau boleh makan..

tpkan resepi ni komakai juga la kan.. as long Mr Z boleh follow satu satu mmg akak salute heheheh..bagus tulis bnyk2 lg resepi moga Mr Z tak penih kene ulang resepi yg sama..

Akak pun ameen kan doa dan harapan yg sentence last sekali tu..

lady zaini said...

ahaha, ida..
waktu saya pantang dulu rasanya ada jer orang yang makan sekali lauk-pauk mak buat tuh.. :D

kak nani, ida
ayam tuh waktu tanya Fay dia cakap diorang makan jerr...mak tak bagi jugak awal2, tapi pastu dia kasi jer:D

tolong aminkan selalu..ahaha, takut kebuluran kami kat sini

~albazrah~ said...

Zacque: saya di sini, baru ni tinggal dengan warga petronas cina muslim. So saya pantang cara cina. Best la. Segala-galanya halia, mandi halia. Dalam pantang cina, tak ada sebarang bawang merah atau putih digunakan sebab baby cholic. After 30 days boleh.

Org cina dlm pantang byk guna minyak bijan supaya tidak sembelit.lepastu ayam boleh, especially ayam kampung. tiap2 hari lah saya mkn ayam. ikan pulak tak boleh.hehe...tp ikan haruan ok.

pastu cili pun tak boleh langsung. saya minum pun air halia. Oh ya, red date, org cina letak dlm makanan dan juga rebus buat minum campur gula batu dan halia, utk tambah darah semula.

alhamdulillah saya tidak rasa seram sejuk atau sakit kpala dlm pantang.

byk lagilah cara2, pesan diorg untuk cepatkan pusat bayi jatuh dengan cantik.tidak berair dll.hehe, saya ikut sahaja.

Bila beberapa hari p check uterus, doktor pun kagum sebab dia kata dah pulih kembali ke tempat asal cepat sgt. alhamdulillah,syukur walaupun tak mengurut.

saya pun aminkan doa zakiah.... ameen...

semga dipermudahkan kelahiran bayi ini, semoga kedua-dua ibu dan anak selamat

MQ said...

ikan bakar tu tak letak kunyit..sapu garam skit supaya tak tawar sgt, kalo sempat tumbuk halia dgn lada hitam, husband saya potong2 je halia tu, sebab saya suka mkn halia..lumur ke ikan, biar kejap, masuk dlm oven, bakar..

ada kata awal2 tak bagi mkn ayam, sebab nanti jahitan bwh tu menanah or gatal..

petua guna minyak bijan dlm masakan utk elak sembelit tu menarik jugak..boleh guna bila jaga menantu dlm pantang nanti..sbb saya mmg dah tak nak beranak lagi :)

Musliyana said...

kak zakiah....
saya pun masa pantang mak bg mkn ayam jugak...

tak sangka ekk org Thai jaga pemakanan masa preggy..sbb tu ramping kot...hihi

Amin..untuk ayat yg last tu

lady zaini said...

diqma,
thanx tuh sangat berguna tuh.. terharu sungguh diqma bagi tips panjang lebar macam nih...petua minyak bijan tuh pun first time dengar :) thanx sangat

mq,
biar betul..tanak beranak lagi? hehe thanx resipi tuh, saya rasa sangat sesuai n mudah kalau nak mintak husband wat yg bakar2 dlm oven nih, menarik n simple

diyana,
maksudnya ikut family la kut yer, klu rasa gatal2 avoid dulula kut awal2 tuh.. diyana, thanx aminkan..hihi :D

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez