Friday, January 29, 2010

The King and I

Lahir di Kedah.
Membesar pun di Kedah.
Jadi saya cukup bangga dengan sultan kedah saya, sebab saya rasa imejnya bersih :P bernas dan bijak. paling saya suka, dia sentiasa senyum..
Pastu kannn, dia senyum kat saya dulu..


Yerla tuh..

Dolu2 waktu darjah 5, ada lawatan Sultan Kedah n Almarhumah Permaisuri merasmikan event berkaitan Puteri Islam di satu dewan di Alor Setar. So dalam 30 minutes before the arrival of Sultan n his wife, kami satu dewan diajar cara untuk tunduk hormat kepada baginda, ada mock sultan arrival etc.

So bila sultan nak cemar duli ke dewan, ada pengumuman dibuat. Ada berita cakap kereta hitam dah sampai (sumber berita pun dari kawan-kawan sebaya jugak). Semua tercari-cari sultan. Pastu lama-lama satu dewan dah bangun. Saya dan kawan2 memang nak tengok baginda suami isteri jarak dekat, sebab orang cakap diorang nih awet muda. Cantik berseri...

Kemudian dalam 5-10 minutes ada pengumuman menandakan ketibaan Sultan dan Sultanah. Tapi alkisahnya sebaik sahaja saya mendengar pengumuman ketibaan baginda tuh, si budak yang diasuh sekolah pondok ini mula merasa serba-salah. DILEMA sorang-sorang. Berpeluh dahi. Pandang kiri pandang kanan. Nak bangun, tak bangun? Kawan cakap kena bangun. Satu dewan dah bangun. Buat macam latihan tadi. Kalau dah bangun, kena tunduk ker? Nak tunduk? tak tunduk? Nak tunduk...tak...

So last2 waktu orang lain bangun dan tunduk hormat, saya keraskan diri di kerusi dan duduk pandang bawah, tengok semut, tengok kerusi, tengok lantai... buat-buat bodoh. Huhu~

Sebabnya?

Sebab si mc tuh cakap "SEMBAH KE BAWAH DULI..." Aduhhh...

"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doa) nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka?" (Al-Ahqaf: 5)

--------------------------------------------

Fuhh~ Bila isu penghinaan sultan nih terjadi, memang teringat-ingat saya akan peristiwa tersebut. Fikir-fikir balik nasib baik tak kena tangkap, atas dakwaan menghina sultan. Dah ler duduk row tepi-tepi laluan Sultan. Otak kecil saya waktu tuh memproses perkataan "sembah" itu dalam satu maksud sahaja. Dan saya takutt murtad..:)

Bahasa Melayu saya memang teruk, saya mengaku..huhu~


Ketaatan kaum melayu kat johor terhadap institusi kesultanan memang sesuatu yang tak terjangkau dek fikiran kami yang bukan anak johor. Saya terkejut atas 'reaksi' yang diberikan oleh rakyat negeri darultakzim nih, sampaila suami saya menerangkan betapa Melayunya orang Melayu di negeri ini. Betapa setianya mereka terhadap sebarang aktiviti dan simbol Melayu.. Betapa sayangnya rakyat terhadap sultannya - dan ini adalah sesuatu yang masih perlu saya fahami. Maka terfikirla saya, patutla resolusi kemerdekaan Tanah Melayu dulu begitu kuat di sini, dan begitu hebat bercambah sehingga selepas merdeka, sehingga lahir pemimpin-pemimpin agung kaum Melayu..dan Tanah Melayu.

----------------------------------------

Saya yang jahil ini baru belajar sesuatu. Jangan hina Sultan, banyak hati yang akan terguris. Saya yang jahil ini juga berharap satu hari nanti, jangan hina alim-ulama dan mufti juga :)

0 Whisperers:

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez