Saturday, January 9, 2010

Goro-goro Kawaru Kristian

Bangsa Jepun dan Jerman adalah 2 bangsa yang sangat berdisplin tinggi dan 'jujur'. Bezanya, rakyat Jepun dibesarkan kebudayaan yang bersopan dan rajin ini adalah atheist dan agak bebas pemikiran dan kelakuan mereka, pada waktu2 tertentu mampu melakukan sesuatu yang 'sakit' dan diluar jangkaan. Manakala kelakuan bangsa Jerman pula banyak dibatasi oleh undang-undang yang ketat - law enforcement - dan ketaatan mereka terhadap ajaran Kristian Katolik.

Satu:
Orang Jerman merupakan pengikut Kristian yang sangat 'taat'. Perarakan dan perayaan terbesar di Jerman ialah "the Blood Ride of Jesus" (Blutritt) ke Basilica Ravensburg setiap 22 May. Perayaan yang meriah itu disertai oleh 3000 orang berkuda dalam serba hitam dan paderi-paderi terkenal seluruh dunia, dan akan melalui betul2 depan rumah sewa Mr Z dulu.




Seperti gambar di atas, mereka akan berarak mengusung relic yang kononnya mengandungi darah Jesus ketika beliau disalib, iaitu kain putih yang digunakan untuk membalut Jesus selepas beliau dibunuh dengan kejam. Sudah lebih 900 tahun rasanya kain berdarah itu disimpan di Basilika di Ravensburg ini.

Dua:
Di Canada nih saya tidak pasti ajaran Kristian apa yang mereka amalkan, tetapi di signboard hadapan church mereka tertulis pelbagai nama seperti "The Church of Scientology", "xx Anglican Church", "xx Baptist Church", "xx Chinese Alliance Church", "xx Catholic Church", "xx Coveniant Christian", "xx Presbyterian Church", "Trinity xx Church", "xx United Church" ..
xx tuh maksudnya nama tempat la.

Pening saya tengok church yang begini punya banyak. Itu belum termasuk church untuk orang kulit hitam sahaja. Bila saya tanyakan seorang sahabat saya yang Kristian kenapa hanya kulit hitam sahaja di situ, dia agak defensive dan menyatakan yang sesiapa sahaja boleh join mana-mana church..Well, mungkin ada. Tetapi selama beberapa lama di situ, saya belum nampak orang kulit putih masuk gereja tersebut :)

Tiga:
Di negara-negara yang bukan Kristian agama majornya, seperti Jepun dan Malaysia, golongan mubaligh mereka agak tricky dan penuh agenda. Walaupun mereka tampil bersopan dan berkot kemas untuk menyampaikan ajaran mereka, tapi niat dan cara mereka sungguh kotor. Mereka menyelongkar peti pos surat seorang sahabat untuk mengetahui nama dan latar belakang beliau. Seorang sahabat lagi kena serbu ramai-ramai di rumah beliau :P ajak buat 'amal kebajikan' dan sebagainya..Dan paling penting, mereka sungguh kurang bersopan dan tidak menghormati pegangan agama kaum lain, apabila saya enggan mengikuti khutbah dan debat kecil mereka, dengan menyatakan bahawa saya beragama Islam dan saya tidak mahu/berminat dengan pegangan mereka.

Dari kes satu, dua dan tiga, golongan Kristian mana yang paling terkinja-kinja mahu menukar nama Tuhan mereka? Yang paling taat atau yang separa hangat? Yang negara Kristian sendiri tak kalut macam yang di Malaysia nih. Nampak sangat ada agenda tersembunyi. Apa perasaan mereka tiba-tiba nama Tuhan mereka berubah? Apa lagi yang mereka nak ubah lepas ni? Sebelum ni Tuhan mereka takder nama? Macam tu ker? Saya tak faham. Apa perasaan orang mereka yang betul2 mengamalkan ajaran Kristian dalam soal ini? Ada rasa segan atau malu tak? Jangan lepas nih mereka demand nak guna Asma-ulHusna sudah lerr...

Kesiannn...

{{
Tuhan mereka sebelum ni takder nama rupanya. Apa kata letak nama "Tom Cruise", atau "Colin Morgan"? Glamour jugak tuh.. Kalut betul depa nih.

"Blessed are the peacemakers, for they shall be called the sons of Colin Morgan."
Matthew 5:9

}}

Tolong jangan bakar sentimen kesetiaan orang Melayu terhadap Islam.
Bila kamu buat gereja, kami pejam mata.
Itu hak kamu.
Bila kamu sambut Krismas 30hari lebih awal, kami buat tak tahu.
Itu hak kamu.
Bila kamu buat ceramah besar-besaran, kami tak kisah.
Itu hak kamu.
Tapi jangan hina agama kami.
Jangan bakar bara di hati.
Tuhan hak semua.
'Allah' hak kami..

Petition ada kat sini --> petisyen
Baca juga di sini --> artikel


Paling menakutkan bila court dah putuskan begini, maka kes ini akan dijadikan reference untuk similar cases pada masa-masa akan datang. The impact and consequences are wayy~ scarier.

Takder pendirian betul mereka-mereka ini. Suka-suka nak tukar apa yang dalam kitab mereka. Goro-goro kawaru...asyik bertukar-tukar. Berapa banyak yang ditukar pun faham-fahamlah sendiri..Ayat dalam {{ }} tuh tengah marah, but i think they've already expected that kind of anger n hatred from many moslems in Malaysia, when they did what they did...

2 Whisperers:

Rizza said...

Z, dulu masa kami di winnipeg .. ade le ala2 dia punya paderi... apa tah nama dia .. yg bawah sikit level dari paderi... menyapa hubby.. dan sibuk ajak kita pi confession pasal "MarY' kat church depa... lepas tu hubby cakap tak boleh.. kami Islam.. last2 org tu tak dpt nak kacau... dan dia australia pula.. boleh kata tiap2 bulan mesti ade mubaligh2 kristian ni dok ketuk pintu rumah.. bagi risalah depa dan ajak pi church... buang dlm tong je..
tgk betapa despred ney depa.. di negara depa sendiri.. org putih bukan nye heran ngan agama depa... church kosong je tiap2 ahad..
ni kat msia lak depa nak buat pasal.. depa memang sengaja nak mengelirukan org islam di msia... mereka nak jadikkan msia macam Indonesia....
Semoga Allah pelihara MAlaysia dari golongan yg ingin merosakkan Umat islam ..

lady zaini said...

hehe..church memang kosong jer kat sini. Banyak sebab depa nih buat pasal kat malaysia, purposely. Orang Islam sendiri fikir macam-macam - nak sokong atau tak, sebab orang Islam sekarang malu dikatakan suka menyibuk hal-hal remeh, dan malu dikatakan fundamentalist moslem.. Konon-konon
benda kecil, setakat satu perkataan..
Padahal, mereka tak sedar, sikap itulah permulaan 'the degeneration of Moslems in Malaysia'..

Moga-moga diselamatkan umat Islam di Malaysia dari tipu daya syaitan. Ameen

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez