Thursday, January 14, 2010

The 25 Exclusive Words

Kalimah Allah memang digunakan oleh orang kafir Mekah atau Yahudi dulu. So what? They dont live in Malaysia. Situasi tak sama! 25 tahun kita dah merdeka baru sekarang tuntutan sedemikian dibuat, bukan oleh kafir Mekah or Yahudi, tapi kaum-kaum lain yang cukup maklum akan reaksi orang Islam di Malaysia.. Kebebasan beragama yang diberikan terhadap mereka tidak dibalas dengan ucapan terima kasih. Diberikan betis hendak peha..

Memang orang cakap setakat satu penggunaan perkataan is nothing, pertahankan satu perkataan umpama superficial love. Yang perlu diubah ialah solat, akhlak, jati diri, kecemerlangan pendidikan etc.. Tapi inilah perkataan terbesar dalam hidup dan mati kita. Perkataan inilah yang kalau boleh kita nak sebut waktu di hujung nyawa. . Perkataan yang sama tapi nilainya tak sama di mata 'mereka'. Allah.

Pengalaman mengajar saya, orang yang boleh hanyut teruk ialah orang yang confident dengan pengetahuan agama dan imannya.

Hati-hati!
There will be more after this. Benda-benda kecil yang mula nampak remeh di mata kita sendiri. Contohnya:

--Berleluasanya kedai arak, pusat pelacuran etc --
1. Mula-mula:
Ok takper, diorang nak buat, buatla. Asalkan jauh dari negeri kami.

2. Lepas tuh
Ok takper, asalkan buat kat pekan, kawasan tertentu. Asalkan jauh dari rumah kami.

3. Later,
Takperla dekat pun, asal diorang dapat jamin tempat tuh takder jenayah. "kita tak perlu risau, bukan kita pergi ke tempat-tempat macam tu pun. Biarla orang kafir nak enjoy."

4. As time goes by,
Ala, kami masuk disko pun bukan minum arak. Just dance jer, kami solat tau. Takkan tak boleh nak enjoy sikit, nilah sebab orang takut dengan orang Islam.

5. Finally,
Ala, minum arak tapi perangai kami lagi ok dari budak-budak bertudung tu. Mengumpat, dengki, dah ler tak score exam. Kitorang 4.0 flat tau.

The degeneration of Moslems.


“Walau apa pun pandangan peribadi kita berhubung isu ini, sama ada kita fikir bahawa ia adalah hak orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan Kristian atau ia adalah hak eksklusif orang Islam bagi menuntut pemilikan kalimah itu, kita perlu mengakui bahawa insiden itu menyebabkan perbalahan dalam sebuah negara yang berbilang agama,”Muhyidin -


I was right when I said that even non-Muslim pun ada yang tak akan setuju hal nih. Alhamdulillah, kes selesai. Masyarakat majmuk kena extra hati-hati.

25 kalimah yang dilarang pengunaannya oleh orang bukan Islam antaranya ialah

Allah, ulama, hadis, ibadah, kiblat, haji, mufti, nabi, fatwa, khalifah, sheikh, imam, dakwah, wahyu dan mubaligh.

Alhamdulillah, Insya-Allah, Allahuakbar, LaiIlahaiIlallah, Masya-Allah, Astaghfirullah dan subhanallah.

-- Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 --

0 Whisperers:

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez