Saturday, January 2, 2010

Makanan Simple Orang Kedah

Bila husband takder 2hari nih, memang rasa nak masak yang simple-simple jer. Terus teringat masakan emak. Simple tapi sedap, maklumlah air tangan mak. So telefonla kakak kat Malaysia tanya resipi..hehe, teruk betul. Tadi cakap simple nih tanya resipi pulak :P

Hari pertama:
Cencaru sumbat cili + timun bersantan + terung bakar + ayaq asam


Cencaru Sumbat Cili:
Ada 2 cara nak buat sumbat cili, iaitu guna kelapa parut atau guna bawang. Yang nih saya guna bawang jer :)

Bahan-bahan untuk digaulkan-
Cili kering yang dah dikisar siap2
Bawang dipotong nipis
Pati asam jawa
Garam + Gula

Cara-cara:
Gaulkan bahan di atas yang dibuat secara pekat, belah ikan di bahagian belakang, dan goreng ikan tuh..

Timun bersantan:
Timun dan bawang potong bulat nipis
Santan
Rebus telur dan potong 4

Masak santan sekejap (kalau yang fresh tu tak perlu masak dah)
Masukkan semua bahan2 dipotong tadi, tambah gula dan garam, hidangkan..

------------------------------
Hari kedua: cuma buat tauge kicap + ikan pekasam


Tauge kicap:
- Goreng tauhu (yang keras) dan ketepikan sebentar
- Goreng bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
- Masukkan tauge dan stir sekejap
- Masukkan sos tiram + kicap masin
- Adjust garam n gula

Pekasam
- Goreng pekasam dan ketepikan
- Bawang besar dipotong nipis dan digoreng macam bawang goreng, goreng sekali cili kering yg dipotong kasar2 (untuk penaik bau)
- Hidangkan dengan pekasam goreng tadi

Kat sini ada jual pekasam. Walaupun tak serangup pekasam emak, tapi cukuplah nak lepas rasa mengidam tuh :)

Ini resipi pekasam emak:

- Beras digoreng sampai kemerah-merahan
- ikan diperap garam dan dibiarkan selama 2 malam (selalunya ikan air tawar)
- Kemudian selepas 2malam, ikan dibasuh dan airnya ditapis
- Ikan dibancuh dgn serbuk beras + garam sikit
- Sekali lagi, ikan tadi dibiarkan 2 malam dengan sedikit campuran asam keping

------------------------------------------

Walaupun sangat senang resipi nih, tapi sajer tulis jugak kat blog, mana tau khazanah macam nih hilang tak sempat nak diberi kepada anak. Lagipun sayur2 yang simple macam nih dihidangkan dalam family sahaja, tak dihidangkan kepada tetamu. Aisyah pula suka sangat sayur santan timun dan tauge kicap tuh. Tak sia-sia mama lahirkan anak mama nih di Alor Setaq :)

Dah besar nanti masak sendiri yer :)

4 Whisperers:

ida_zy said...

salam zz

first time saya tengok resepi timun bersantan, cam best je
terima kasih juga kerana meletakkan resepi pekasam, itu memang the very favorite saya

akhir kata doakan la saya dikurniakan kerajinan untuk memasak resepi2 tersebut kerana selalunya semangat saya hanya sampai tahap mengagumi resepinya sahaja

p/s adakah patut saya kahwin baru saya jadi rajin memasak, patutkah hehe

lady zaini said...

Saya tolong aminkan doa awak yer :)
resepi timun tuh mudah benor, takkan la malas kut..haha, saya sangat suka sebab alternatif utk makan sayur segar selain ulam.

p/s: rajin masak lepas kawen?..hehe. tahyul tuh ida..:P

alQasam said...

LOL

Kelakar pula pasal kaitkan dengan aisyah.

Timun santan tak pernah pula saya jumpa walau tok orang kedah. Memang aisyah ni anak jati Aloq Setaq.

p/s: Kak sambung belajar di mana kak?

lady zaini said...

Tu ler, sebab timun santan nih memang tak dijamu kepada tetamu. Just makan dengan family jer. Mungkin sebab simple sangat kut

akak ikut husband jer kali nih, kat Canada. Phd belum lagi. Sumayyah dah sambung phd yer? Kak Ma, kak hidayah daan lain-lain ramai yang dah sambung phd. Bagus betul.

Insya-Allah klu larat nanti akak sambungla pulak, lepas second baby dh besar sket :P

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez