Saturday, March 13, 2010

Pizza and Calzone Pizza

Walaupun saya rasa ramai dah ada resipi pizza kegemaran family masing-masing, just feel the need to jot down this recipe here, since it has never failed me. Dah marinara sauce tu diajar oleh si empunya fast food restoran punya resipi :D.

1. HAWAIIAN PIZZA

(1a) Dough pizza:
2 tsp madu
1 tsp garam
1 tsp yeast (active dried yeast)
1 cawan air suam (luke warm around 30'C)
3 to 3 1/2 cawan Tepung gandum
2 tbsp olive oil (boleh ganti minyak biasa)

1. Masukkan garam + madu ke dalam air suam dan kacau.
2. Masukkan yeast dan kacau.
3. Biarkan 10 minit.
4. Masukkan tepung gandum + olive oil sedikit demi sedikit dan uli..
5. Adun (sampai lembut tapi pejal dan tidak melekat)dan bentuk bola dengan adunan tadi

*Adunan yang baik ialah tidak merekah bila dibentuk bola dan tidak melekat/ lembik di tangan sehingga tidak dapat membentuk bola adunan yang cantik.
* Jika adunan merekah, tambahkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan cantik dan tidak menggerutu/merekah. Sebaliknya, jika adunan lembik/ melekit, tambahkan tepung gandum (gradually), tapi tak perlula perfect sampai gambar di bawah


6. Lumurkan bola adunan tadi dengan olive oil
7. Tutup dengan saran wrap (cling wrap), biarkan sehingga 1 jam pada suhu bilik

8. Selepas satu jam, canaikan leper untuk 'dipizzakan'.. (paham ker :P)
============================================

(1b) Bolognese Sauce

p/s: Ini resipi rahsia tokey restaurant tu yer :) Kalau guna resipi sendiri ok jer, tp kalau berminat ambil lerr.
Bahan-bahan
1 tbsp olive oil
Bawang putih (tumbuk kasar)

1 tin tomato sauce dalam tin
3,4 tbsp pati/pes tomato (tomato puree)
1 tin whole tomato in can (boleh ganti dengan tomato sebenar atau diced tomato)

Daging cincang sebanyak mana yang suka

Bay leaves
Herbs -Italian seasoning, oregano leaves, parsley flakes, garlic powder, basil leaves

----------------

The herbs used -->

The types of tomato in cans (we used whole tomatoes, puree and and sauce)
-----------


Cara-cara membuat sos bolognese:

1. Panaskan olive oil (sedikit mungkin, preferably use non-stick pan)
2. Tumis bawang putih sampai naik bau
3. Masukkan daging cincang dan kacau comel-comel
4. Tumis hingga daging tidak kemerah-merahan dan mengeluarkan jus daging
5. Masukkan tomato paste dan kacau
6. Masukkan bay leaf dan kacau
7. Masukkan tomato sauce, kacau-kacau lagi
8.Masukkan whole tomato yang dihancurkan (sila buat dengan tangan untuk lebih kasih sayang :P)
9. Masukkan herbs selebihnya, kacau (preferably basil leaf n parsley masuk sebelum sauce dimasak)
10. Masak hingga sos mencapai kepekatan yang disukai

Masukkan garam jika perlu

* Tomato paste digunakan untuk menyerlahkan warna merah yang cantik/ berkilat
* Whole tomato/ tomato asli digunakan untuk memberi rasa 'sweet' tomato dalam sos
* Tutup kuali dengan aluminum foil untuk mengelakkan kuah splatter merata-rata, sementara menunggu step 10
* Sos boleh disimpan sehingga 2 minggu dalam peti ais (tapi tunggu sejuk dulu baru simpan yer)
* Hidang bolognese spaghetti dengan grated cheese
* Pekatkan bolognese sauce jika ingin digunakan  sebagai topping pizza

(1c) Menyediakan hawaiian pizza
Topping untuk Hawaiian pizza normally made from ham + pineapple, but we love to use the bolognese sauce + pineapple instead.

- Dough yang disediakan di atas (1a) tadi di sapukan permukaan rata-rata dengan sauce yang disediakan di (1b).
- Tabur cheese kegemaran sendiri (kami guna cheese 4 in 1 - mozzarela, parmesan etc)
- Bake at 400 'F to 450'F selama 25 minit

=================================

CALZONE PIZZA

- BAHAN DOUGH DAN SOS (LIHAT DI ATAS)
- Salad sayur-sayuran yang ringkas - tomato, timun, shredded kobis, digaul dengan sedikit mayonnaise

Buat seperti menyediakan pizza biasa,
Letak lapisan sos bolognaise, nanas, cheese, salad sayur-sayuran, cheese
Jangan diletak sos di tepi2 doh, sebab pizza akan dilipat/ folded (seperti karipap)
Bakar pada suhu 420'F selama 20 -25 minit (lebih kurang)

 Calazone tuh lebih kurang macam nih rupanya..tapi nih culik gambar dari website orang

P/s: Ini post yang paling lama masa diambil untuk menulis..Penatnya. Gigih sungguh.
p/p/s: Aisyah, papa suka nih. Nanti mama takder belajar buat sendiri yer

5 Whisperers:

Kamalia said...

salam..nmpk sedapnye calzone pizza tu..nak cuba jugakla..:D
ok..nnt aisyah n papa buat sndiri..(cmtu ke aisyah akn jwb nnt?)hikhikhik..

Kamalia said...

opss..lupa plak..fast food restoran ni kat canada ke?kalu kat sn,mmg kena buat sndrla..nk pegi jauhhhh..:p

ida_zy said...

salam z

ni tak sabar nak p canada ni
zz boleh jamu saya macam2 :-p
anyway, bila due? tak lama dah kan
insya Allah saya doakan semuanya ok, amin

alQasam said...

Sedapnya nampak.

Mesti cuba ni.

Terima kasih for sharing.:)

Rajin akak.

lady zaini said...

kamalia, sumayyah,
cuba..jangan tak cuba.. sauce nyer tuh yang mahal sebab si owner restaurant kasi :P yg lain2 ubah jer resipi sendiri pun takper rasanya.

ida, due ujung bulan april..dah dekat. awak nak datang sini ker? jangan ler bagi bunga-bunga harapan kat saya nih:P

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez