Dah jadi trend ker orang kita menghina dan menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dah meninggal dunia nih? Sesama Islam pulak tuh?
Terdahulu, Almarhum Sultan Johor, baru-baru nih, bekas ketua puteri Umno Ampang, Allahyarham Haslinda Mohd. Zerain. Dah lerr komen terus attack individu tu. Bestnya dapat tentukan siapa yang mati masuk syurga atau neraka..hmmm.Ehh, bila Michael Jackson meninggal, ramai pula berdoa ke arah kebaikan.. nice :)
Dan trend menjatuhkan hukuman ini berterusan. Kalau tengok dalam forum-forum atau blog, terus-terusan jer mereka menjatuhkan hukum, buat ini haram, buat itu sunat dan sebagainya. Sakit otak, ramai sangat ustaz dan ustazah tak bertauliah di alam virtual nih. Contoh?
"Ehh, suami yang menjatuhkan talak terhadap isterinya waktu isteri mengandung, talak tu tak sah. Mereka masih suami isteri"
Komen seseorang tentang perceraian seorang pelakoni. Ramai pulak komentar lain yang bersetuju..hmm.
"Maulid nabi tu haram disambut."
Wahh~ tahun baru pandai pulak pegi tengok firework.
Kita cuma belajar sekolah agama petang-petang, fardhu ain setiap jumaat pagi, bahasa Arab pun setakat boleh buat karangan 150 patah perkataan tajuk "Albustani".. sekarang semua dah berkarat. Kalau tak larat nak sambung cari ilmu tu, belajar dari buku dan berguru, baik kita dengar alim alima bertauliah yang bercerita bab fekah nih. Kadang-kadang belajar agama secara berintenet nih memang boleh semakin menyesatkan...
Trend lagi baru, bila orang dah makin berani bagi hukuman berdasarkan kehendak hati atau nak menyenangkan/memenangkan diri..
"Ibu yang melahirkan secara pembedahan, dosanya tak terhapus, tak sama macam lahir secara normal."
"Tidak menyusukan anak itu haram dan boleh membawa ibu ke neraka."
"Orang Islam wajib menjadi kaya untuk membantu ummah."
Kadang-kadang ustaz cakap dari satu segi, kita yang pandai elaborate sendiri. Kalau keluar berita di tv tentang "kemungkinan" seseorang itu bersalah, atau bersekedudukan, baiklah kita jangan jatuhkan hukuman terlebih dahulu, sebab kita cuma terima fakta dari orang ketiga,
5 Whisperers:
coming back to the breastfeeding issue..I think hukum tak menyusu anak tu tak de la sampai haram kan..tapi what about mak2 yg saja choose the easy way tak nak susu badan sebab nak senang kan diri..yg tu kira hukum mcm mana yer..
nak tanya kat alim ulama pon tak tau nak mencari kat mana..yg ada di tv pon semua ustaz ustazah dah jadi commercial..kena pegi join kuliah agama kat masjid la lepas ni..tapi tu pon takut kuliah masjid pon dicampor aduk dgn politik parti..apa la nak jadi dgn malaysia hari ni..isk isk..
sekarang ni org sesuka hati jatuhkan hukuman.mengikut kepentingan diri sendiri. kalau kat sini bila ada ceramah kat surau yg berunsurkan politik dan kutuk mengutuk, ramai yg hadir, bila ceramah totally ilmiah boleh dikira dgn jari.
p/s: saya pernah dapat email katanya ayam dr ayamas tak halal sebab org yg sembelih tu tak baca bismillah, yg baca bismillah tu kaset. setau saya masa belajar agama dulu, syarat sah sembelihan penyembelih beragama islam atau ahli kitab, putus urat halkum dan marikh, bacaan bismillah tu sunat.
MQ,
itu la masalahnya. Orang yang tak bertauliah terus menjatuhkan hukuman secara general, sedangkan bab fekah nih luas, dealt case by case.
Ustaz ustazah commercial? hehe, memangg :) setuju sangat tuh. Penah pegi masjid dan seram sejuk dengar "ceramah agama" diorang.
Misah,
Ayamas dan kedai nasi ayam (bawah branch dia tuh) memang dapat kelulusan Jakim. Kalau kedai yang dapat kelulusan jakim nih saya confident, sebab diorang pantau selalu..Yang badan2 Islamic lain tuh mungkin boleh dipertikaikan lagi. http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6801&a=U&PHPSESSID=72ce7ef8c4122ba9d9c97a645aaf6bb9
Hati-hati dengan email. Kalau tak sure, boleh sms terus ker Jakim untuk check halal ker tak:
http://www.halal.gov.my/smshalal.php
kawan sy selalu guna nih untuk check barang.
salam lady z
diri sendiri ni pun kadang2 suka hati je nak memberikan pendapat
macam la mujtahid
saya dengar kat ikim.fm, imam bukhari setiap kali nak menentukan kesahihan hadith beliau solat sunat dulu
kita usahkan solat sunat, dlm hadas kecik/besar pun jatuhkan hukum depan pc
lagi satu pasal forward emel2 fadhilat2 amalan
ye la bagus la sebarkan ilmu
tapi tanya la ustaz ustazah dulu
yang tak tahan tu, habis emel siap macam ugut kita, suruh hantar pada semua, kalau tak kita berdosa la etc
suka-suka je
dalam solusi bulan ni, ada cerita pasal imam malik, dia kata dia rela kata tak tahu daripada tak pasti mengeluarkan hukum
imam malik kata, setiap kali orang bertanya kan hukum
dia merasakan beban yang sangat berat
itu imam malik, imam besar mazhab maliki
kita? huhu peringatan untuk diri sendiri juga
ida...
bab email/sms fadhilat dsb tuh,hehe, orang sekarang kan lagi pandai :P tak perlu rujuk, asal diri nampak bagus dan berilmu :P Geram betul bila dapat sms hadith2, pastu diugut pula 'kalau tak sebar kepada 10 orang maka blablabla.."
Thanx for the nice stories of the two imams. Remind me that, semakin kurang ilmu, semakin kita rasa kita pandai... Tapi semakin kita berilmu, semakin kita tau bahawa ilmu yang kita tahu sangat sedikit berbanding yang kita tak tau.
Harap saya tak lupa nih..
Post a Comment