Monday, February 1, 2010

Shallow

Kadang2 kalau kita bagi pendapat, memang shallow. Takper, semua benda boleh diskus. Saya suka berdiskus dengan kawan2 di UIA, mereka tidak pernah mengatakan "No" atau "Tidak", tetapi jika pendapat mereka berbeza, mereka terus sahaja menyampaikan idea mereka. Kadang-kadang diselitkan dengan fakta dari mana-mana sumber yang disahkan. Dan itu adalah salah satu sebab mengapa saya suka berada dalam dunia polemik. Idea dan ilmu bertambah dan bertambah. Minda semakin luas dan matang. Sahabat juga dari golongan yang ikhlas, tak cakap di belakang. Takder unsur materialistik :) semua pakai nokia etc yang boleh buat baling monyet kat UIA.

Bukan saya tidak suka kawan-kawan lain punya pendapat, hehe, tapi rasanya selepas graduate, saya tidak pernah berdebat hal-hal ilmiah dengan orang lain, selain..mmm, suami kut. Lagipun dah tak berada di dunia akademik, maka rasa tak layak nak bercakap. Cuma kat blog nih kadang-kadang saya dapat meluahkan perkara yang bermain di otak, dan kadang2 best bila dapat insight yang tak disangka2.

Ramai yang tidak mengenali saya akan menyangka mereka "can say or do anything to me". Tak kisahla, they dont know me and i dont care about them. Paling best, bila ada yang mengatakan dia dapat menganalis saya secara terperinci melalui penulisan saya di dalam blog ini. Hebat!! *Clap *Clap

I love to be honest, or in another word, being "frank". So kalau orang tuh laser dengan saya, saya akan assume dia boleh terima kritikan. Tapi pelik, ramai yang tak macam tuh rupanya... Kritik orang ok, bila dikritik = melenting. Lepas tu merajuk. Saya tak kisah benda-benda nih, as it says, kebenaran itu sesuatu yang relatif. But it will proof itself, eventually. Hmmm... TREAT PEOPLE THE WAY YOU WANTED TO BE TREATED... Simple equation of life. So far, saya cuma jumpa sorang jer (perempuan) yang suka menkritik melampau2 tapi bila dikritik semula, dia ok dan boleh terima. And that's why I sort of like her, ngehehe... Yang lain2 tuh tipu jer bila cakap, saya nih "mulut jahat tapi hati baik"..Such a nonsense!

Honestly, bila dah semakin tua kita sepatutnya semakin wise.. Tapi kenapa ramai yang semakin materialistik? Semakin nak pijak-pijak dapat pangkat? Bukan ker kita semakin nak mati? Kalau orang bagi pangkat, terimalah. Kalau tak, undur diri. Ada duit, belilah BMW ker apa ker, tapi takder duit, pandai-pandailah ukur budget sendiri.. Life is as simple as that.

Ada beberapa fenomena yang memeningkan saya tengok
1. Why some people so eager nak orang recognize sebagai "somebody"? Dengan cara, "Panggil i Dr. ..." atau "saya PhD kat obersea tau" (bucket please) ...etc

2. Kenapa orang nak sangat pangkat? Kenaikan gaji nakla..hehe, tapi pangkat? Adihh.. Ok, mungkin dia ada visi dan hanya dengan mendapat pangkat itu, baru dapat dilaksanakan visi tersebut. Tapi yang takder visi dan cuma nak melintang menegak tuh macam mana pulak?

3. Kenapa orang belum habis PhD tapi sombong dengan orang lain yang belum ada phd? Padahal sama jer taraf mereka. Even kalau dah ada phd pun, belum tentu dia expert dalam bidangnya. Cakap pun merepek jer. Bila ditanya, pulun nak jawab walaupun lari dari soalan. Mengaku tak tau itu tak merendahkan martabat seseorang, macam sv mr Z cakap,

"I dun know about this one, I will go and check, and will get back to you"..


Serta merta rasa hormat sebab dia tau limitation of his knowledge -> thus equal to, he knows what he knows.

4. Kenapa budak undergraduate selalu rasa mereka sangat pandai? n kenapa budak baru masuk uni/ matrik nih bercakap macam dia tahu semua? Memalukan... Kita yang mendengar rasa macam nak tutup telinga

5. Kenapa saya emo pagi-pagi nih? Haha.. Mungkin sebab lapar, n nervous sebab kejap lagi kena ambik darah lagi.. 7 botol kecik tuh..

8 Whisperers:

~albazrah~ said...

Zakiah....ibu ngandung jgn cepat marah tau...hehe

sabar...well kawan2 di uia mmg superb. ikhlas.

lady zaini said...

ok ok..haha. tarik nafasss..hmmph. Diqma dah sihat ker nih?

Kawan2 yang ikhlas dengan kita, bila kita dekat dengannya rasa tenang dan selamat. Bila jauh kita rindu dan teringat-ingat. Kadang-kadang walaupun tak rapat, tapi kita tetap tau keikhlasannya.

Moga sahabat2ku semua sukses dan dalam lindungan-Nya, siapa dan di mana pun dia. Amin

Rizza said...

z.. panas nye.. hehheh.... "sejukkan diri anda dengan snow"...

saje nyakat...

lady zaini said...

:) hehe...
memang panas. dah cool nanti baru dapt rasionalkan diri kut

fiezarmy said...

kak kiah,

lawak la... pza duk pikiaq awat dgn entry... rupa2nya nak kena amik darah..kuikui..

para 4, maybe that particular person x matured lg koit. tu yg dia melenting.. he he..

jaga diri bebaik na...

lady zaini said...

hehe..darah dah turun dah pizah, sebab amik tadi sikit :P

betulla tu kut pza, mungkin tak matured lagi, walaupun dah kategori 'tua' :P

lama xupdate blog nampak..bz?

ida_zy said...

salam zakiah

sesungguhnya benda di uia yang paling saya rindu adalah saat-saat diskusi kita semua
terus terang, saya belum ketemu yang serupa dengan kalian semenjak bekerja
walaupun saya akui rakan2 sekerja saya juga baik2 dan bijak orangnya
tapi, dari sudut hendak berdiskusi secara ilmiah dalam pelbagai isu saya dah tak dapat melakukannya seperti di uia dulu
bayangkan, sekali sekala saya jumpa ex-uia di kursus atau di mana2, rakan2 sekerja saya terkejut tengok saya jadi banyak cakap
rindu sungguh debat2 dan forum kita dulu :)
terus terang saya katakan, semasa di uia banyak anjakan paradigma yang berlaku pada saya
miss u all :)

lady zaini said...

huhu..ida.. exactly what is in my mind. miss ALL of u :(( waaa~

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez