Dulu waktu buat master study kat UIA, ada ura-ura si genius nih masuk UIA.
Waktu tuh saya agak thrilled, sebab mungkin dapat peluang lihat/dengar sendiri pendapat anak genius ini kalau2 dia buat speech ker seminar ker. Bagi saya juga, budak sebijak ini memang sesuai datang ke uni yang established (IPTA etc). Di UIA ni pun ramai lecturers yang bijak dan surroundingnya sangat bagus untuk study - serta pemantapan rohani. Kiranya kalau saya yang selalu lagha nih pun tak hanyut sangat, maka lagila budak sepintar ini, mesti lagi best outcomenya nanti..
Lepas tuh entah apa sebabnya - Adi tak jadi ker sini...Hmm. Ada dengar2 cerita yang tak sedap, tapi let's not talk about wild rumours. Ok fine. Lepas tuh kat interview TV3, Adi Putra komen sendiri yang "sometimes dia fatique dengan aktiviti yang diaturkan untuknya. Even nak buat math kegemarannya pun dia kadang-kadang tak boleh berfikir." Saya harap dia dah ok sekarang, sayang betul kalau orang keliling yang sibuk buat duit dengan kepintaran/nama beliau, bukan dia sendiri yang enjoy2 pembelajarannya... Saya tengok ada pihak yang "kalut" semacam nak cari duit/peluang...
Salah satu cita2 Adi Putra ialah nak buat komputer bercakap untuk dihadiahkan kepada idolanya. Wah~ bagus tuh. Kalau budak umur 9 tahun cakap macam tuh, memang bijak. Tapi kalau genius yang cakap macam tuh..boleh tak kalau saya cakap, honestly saya k.e.c.e.w.a?
Komputer bercakap dah wujud lebih 30tahun di dunia nih. Saya pun dah develop komputer bercakap sendiri. Walaupun agak simple tapi at least komputer saya dah bercakap. So saya rasa Adi Putra tentu boleh buat komputer yang guna combination voice recognition and text-to-speech synthesizer (TTS) system, yg GUInya flexible and friendly utk visually handicapped people. Mungkin guna algorithm yang lebih intelligent, lighter dan cross-platforms. Tapi saya kecewa, benda yang detail macam tu tak keluar dari mulutnya...
Lepas tuh kat blog seorang sahabat, dia bagitau si genius ini dan ibubapanya muncul lagi di TV, kali ni nak jual ubat pula. Kesian Adi Putra, secara tak langsung dapat tekanan dari orang yang dikenali dan tak dikenali. Tapi lagi kesian, jika dia tak di bawah asuhan pendidik yang betul. Walaupun kat Malaysia tak ramai genius kecil, harap ibubapanya tak pandang rendah terhadap rakyat Malaysia yang lain. Kami bukan genius, tapi masih ramai yang bijak-bijak belaka tahu kemampuan dan arah tuju yang sepatutnya si genius nih lalui. Duit tuh akan datang sendiri kemudian, tapi ilmu tuh kena cari.
Sedih betul, dia dah dapat peluang belajar di tempat terbaik, dalam surrounding terbaik. Mungkin ada orang di belakang tabir yang patut belajar merendah diri dalam memberi peluang untuk beliau mencari ilmu. Bak pepatah lama, takkan hilang bisa ular yang menyusur akar. Belum ada dalam sejarah dunia, sumbangan dari orang yang genius tapi kurang usaha.
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Whisperers:
For info, rumah adiputra kat gombak kena serbu dgn jabatan kesihatan pasal kopi yang diowang buat ada letak bahan kimia berbahaya.
i heard about that, letak steroid kan? Dahla tak mintak pengesahan kementerian kesihatan etc (jakim diorang mintak x?)...
kesiann, tak pasal-pasal buruk nama budak tuh kang.
ha ah.. exploitasi budak tu.. huh! Bayar royalti ke tak tuh.. hehe
Post a Comment