Monday, December 21, 2009

YobiTsute and Keigo

Dalam Bahasa Jepun ni ada semacam "kasta" dalam percakapan. Bukan kasta sebenarnya, tapi macam memuliakan orang (honorifics), maksudnya kalau dengar orang cakap, kita boleh tau "what is the social rank of the person that he is speaking to" or at least, how he think of that person.

Honorifics, or "keigo" ni ada lagi pecahan2nya.. Kalau dalam Bahasa Inggeris benda macam nih memang tak wujud. Dan dalam bahasa Malaysia pulak, mungkin boleh ambil contoh bahasa yang digunakan oleh kerabat diraja - walaupun pada pendapat saya agak tak tepat sebab bahasa diraja ni sangatla kasta tak ingat, ada unsur2 mengangkat diri sendiri :P Manakala keigo pula lebih kepada memuliakan orang atau merendahkan diri-sendiri.

Agak complicated mula-mula belajar dulu. Tapi seronok, contohnya, kalau kita cakap dengan bestpren dan pensyarah pada masa yang sama, kita akan menggunakan semacam dua bahasa/loghat(?) walaupun tetap Japanese.

Kat kawan, kita boleh cakap "Gomen" (Sorry) atau "Wakaran" (Tak tau)
Tapi adalah satu tindakan berani mati kalau kita cakap benda yang sama kat pensyarah.


It's necessary to use "keigo" atau bahasa yang lebih polite seperti "Gomennasai" atau "Wakarimasen"...

Satu lagi benda yang tersasul-sasul nak biasakan diri mula-mula dulu ialah penggunaan -"san" di belakang nama orang. Amat kurang sopan untuk menyebut nama tanpa "san" (yobitsute) kecuali benar-benar-benar rapat...

Maka alkisahnya di sini, bila jumpa dengan Japanese first time, mestila saya guna "san" untuk ganti nama diri..n guna keigo..

Me: "S san no goshujin to okosan wa dokoni irrasyaimasu ka?"
She: "Err..Oko san ga?"
Me: "Iya...Ano.Kodomo ga"
She: "Aahh..Amarinimo teinei dakara"
Kami: (Gelak-gelak)

Me: "S san punya suami dan anak di mana sekarang?"
She: "Err..Oko san?" (cik Oko?)
Me: "Iya...Ano.Kodomo ga" (Bukan, err, anak)
She: "Aahh, bahasa (yang digunakan) amatlah sopan sangat..
Kami: (Gelak-gelak)

Dalam keigo, anak = okosan. Bahasa standard, anak = ko/ kodomo. Cik S ingatkan okosan = Oko san (Puan Oko? hehe..)

Ehehe..tu waktu first time jumpa Ms S, dia pun dah lama kat sini sampai keigo pun dia tak pakai dan jarang dengar..hehe. Jadi lawak pula, sebab sekarang bila dah rapat, jangan kata keigo, nama pun dah yobitsute (tak paggil "san") sebab nanti kalau guna "san" belakang nama dia, cik F akan usik-usik..
"Wah~ she called you S sannnnn! Wah~S sannn"
Adihh..hehe

2 Whisperers:

ida_zy said...

salam zz

kalau kun tu camne pulak ye
untuk address pada siapa

lady zaini said...

ahaha..san tuh general and applicable kt semua orang. Tapi ada lagi macam 'kun'(contoh: naruto kun), 'sama' and 'chan' (contoh: shin chan)..

kun tuh panggilan utk lelaki sahaja..tapi kawan2 jepun saya yang lelaki ada jugak yang bantai jer panggil saya "zakiah kun"..huhu.. tp tak official blehla..

"chan" tuh utk bebudak or orang yang kita anggap lebih muda etc.. kira ada unsur2 memanjakan sket :)

faham tak, ida chan?

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez