Monday, December 14, 2009

Kaktus Kesayangan

Di Jepun dulu saya beli sebatang kaktus kecil, sangat comel. Harga 350yen sahaja, kecil sikit dari tapak tangan. Tapi sangat cute :)

Untuk mengelakkan sinaran matahari musim panas yang terik, saya letakkan cactus tersebut kat dalam bilik mandi, sekaligus memudahkan siraman dibuat 3kali sehari.. Tak cukup dengan tu, setiap kali mandi, saya akan berborak-borak dengan beliau :P Ikut petua orang tua-tua supaya pokok tersebut mendapat kasih-sayang yang secukupnya, lantas cepat berbunga :)

Kaktus tersebut saya namakan "Si comel".. Dan selepas beberapa minggu, ada dahan baru mula bercambah. Alangkah gembiranya hati...

Tapi tak lama selepas tu, satu peristiwa yang tak disangka-sangka telah terjadi.

Si Comel saya rebah ke tepi, bila diangkat untuk ditanam semula, beliau terasa cukup cukup ringan. Rupa-rupanya, pokok kaktus yang nampak indah dan sempurna dari luaran, telah reput dari dalam. Kosong! Si Comel saya cuma tinggal kulit dan duri, tanpa isi.

Menangislah saya sendirian..semahu-mahunya! Sambil terduduk, saya cuba kenangkan apa lagi yang kurang saya berikan. Kurang air? Saya siram cukup 3 kali sehari. Matahari? Sekali-sekala saya bawak jugak "Si Comel" keluar. Kurang kasih-sayang? Tiap-tiap hari saya ajak "Si Comel" bercakap...

Lantas mengadulah saya pada sorang kawan, perihal kaktus kesayangan itu. Dan kawan saya spontan membalas,
"Pokok pun macam manusia, kalau terlebih kasih-sayang pun reput juga"

Terus tak jadi sedih!

p/s: Kelmarin dulu bila Mr Z kasi Aisyah junk foods kt bilik tido n Aisyah muntah-muntah (walaupun ada sebab lain juga), saya rasa nak ajer cerita hal kaktus nih kat dia :P

2 Whisperers:

~albazrah~ said...

kihkihkih... kelakar la zakiah ni

lady zaini said...

hehe..fobia tau nak bela pokok lepas tuh :P

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez