Sunday, December 13, 2009

Stuff Paratha and Bangladeshi Style Party

Haritu kawan hantar sejenis kuih Bangladesh dan beberapa madu (ladhu?) yang dibuat daripada pelbagai bahan - madu, susu, lobak merah dan sebagainya. Tapi yang paling sangat-sangat sesuai untuk tekak Melayu ini ialah "stuffed paratha"... Sedap makan petang dengan secawan teh panas.. Deliziouss!!



Nampak macam tak sedap, tapi sedap! Ahaha..memang tak convincing. Cuba tengok gambar nih plak..:)


Roti Paratha tuh sendiri dah sedap dan crunchy, pastu kat dalam tuh ada macam kacang dal pulak. Yummy dan mengenyangkan :)

Ini hand made dari kakak ipar member, so dia tak dapat(tak tau) memberikan resipinya.. Takder jual sini :) Tapi mungkin boleh klik sini untuk resipinya.

===================================================
Cerita kedua pasal majlis farewell seorang sahabat.

(Sekarang asyik campur cerita dalam satu entry, sajer malas nak KIV :P)

Kawan-kawan Mr Z kat sini ramai Bangladeshi, sampai dia buat lawak yang dia terpaksa belajar bahasa Bangla pulak. hehe.. Takper belajar bahasa banyak. Ashook ashook! Pastu ni ler first time saya attend party yang macam nih.

1. Lelaki dan perempuan diasingkan.
2. Lelaki layan hidangan asing daripada perempuan, self service kat ruang mereka sendiri. Perempuan pun macam tuh jugak.
3. Perempuan bebas nak pakai apa :P or even nak free hair. Tapi saya yang cuak nih tentula tak 'bebaskan' juga rambut..Sogan lerr.
4. Niqabi sisters pun joined, walaupun free hair, tapi duduk dalam bilik. Diorang ambil langkah berhati-hati kut.
5. Lelaki tak boleh masuk kawasan perempuan nih, "NO ENTER".. So kalau ada hal kena ketuk dan bagi salam, walaupun dalam satu rumah :)
6. Borak lerr sampai mati, boys tak boleh kacau..ehehe.

Ni semua mengingatkan saya pada cerita roommate UIA dulu, tentang cerita parti orang Arab. Girls only party memang best :P

Aritu ada jugak ler sister nih nak ajak kitorang g umah dia, girls ajer...dan tak bawak anak. Makan-makan, main game etc.. Ehehe, camner tuh yer. Tak bawak husband takper lagi, tapi tak bawak anak? :P ehehe

0 Whisperers:

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez