Monday, March 23, 2009

Petua2 rumahtangga

Sangat tradisional dan klasik tajuk entry di atas. Sebenarnya begini, saya memang dah lama benar mengumpul petua2 untuk kegunaan sendiri. Tapi kalau boleh, biarlah petua2 tu daripada sumber2 yang dipercayai yang dah menggunakannya sendiri, bukan setakat petua2 yang didengar...tak kisahlah petua lama atau baru.

Jadi, Bismillahirrahmanirrahim...

biarlah saya sendiri yang start tag ini, sebab nak tunggu orang start, takder la pulak :D At least, ilmu dapat disebar-sebarkan di blog memasing.
--------------------------------------------------

Tajuk tag: Petua-petua rumahtangga
Rules:
-Mestilah betul2 petua yang dah diamalkan sendiri, atau memang dipercayai telah diamalkan oleh pemberitahu petua tersebut. Takder petua, tips pun bolehla..
-3 petua untuk setiap kategori, dan tak boleh sama dengan orang yang mengetagnya.

-selepas tu terpulanglah nak tag 3orang ker 13 orang ker 300 orang ker 313 orang ker 333 orang ker 0.3..

---------------------------------------------------
Tiga Petua di dapur/rumah:
- daun kari tahan lama jika diceraikan dari batangnya dan disimpan dalam tupperware bertutup, dalam peti sejuk (tried: tahan sebulan +-)

- Bunga yang dipetik, segar lebih lama dengan meletakkan siling tembaga (10 yen jepun atau 1 sen malaysia) di dalam pasu (sumber: eksperimen fuji tv)

- Petua orang tua-tua, mencuci cermin dengan surat khabar lama memang berkesan.

---------------------------------------------------
Tiga Petua Kesihatan:
- Sedut air ke dalam hidung dalam2 dan hembus, basuh telinga dan banyak gargle boleh meredakan selsema dan menguatkan immune


-Buat perkara di atas sebelum keluar rumah (di negara2 sejuk atau ketika cuaca sejuk) boleh menguatkan daya tahan terhadap suhu di luar rumah


- Jika terkena minyak panas, pantang sekali2 dibasuh dengan air, tenang dan sapukan ubat gigi bermint dengan banyak ke kesemua kawasan yang terkena minyak itu. (Tried: dengan ubat gigi cengkudu - melegakan separuh muka, dada dan tangan yang melecur teruk terkena minyak)


---------------------------------------------------
Tiga Petua Kecantikan:
- Green tea atau apa2 tea (kurang gula) mempunyai antioksida yg sangat perlu untuk awet tua :P jadi jangan elakkan terus



-To heal period pain, sleep early,avoid minuman berais dan bergas (at least seminggu sebelum tarikh itu). Elakkan sembelit, dan wear socks (tried - healed completely :D) minum green tea/ginger drinks juga bagus, tapi not really effective for long term effect....

- setia kepada sejenis syampu sepanjang masa tidak elok sebenarnya. Seeloknya once a while, tukar jenama syampu (sumber: majalah kesihatan mana ntah). Misalnya minggu ni guna antikelumumur (side effect- boleh menyebabkan kulit kepala kering), minggu depan guna yang membekalkan moisture (side effect: kulit kepala berminyak)

---------------------------------------------------
Tiga Petua yang perlu diawasi (at least for me):
- Minum soya ketika mengandung memang bagus, tetapi minum berlebihan boleh menyebabkan anak yang lahir kurang immune dan kulitnya jadi sensitif (sumber: ibu yang anaknya begitu)


- Elakkan menggunakan vicks/balms pada kaki bayi. Penggunaan berterusan boleh menyebabkan bayi panas(?) dan kadang2 menggigil seperti sawan. (sumber:seen twice, dan boleh rujuk instruction pada balm cni)



- Glukos (Air glukos) menyumbang kepada najis bayi menjadi keras

---------------------------------------------------
Tiga Petua yang memang teringin nak tahu:

- macamana nak bagi najis bayi lebih lawas/ senang buang air
- macamana nak kasi beras nampak lebih putih dan tahan lama
- macamana nak hilangkan lenguh2 bahu


---------------------------------------------------
Jadi saya nak tag,
-semua ibu-ibu yang berada di list sebelah kiri ini, dan sesiapa sahaja yang sudi berkongsi petua2 lama. Boleh juga berkongsi-kongsi ilmu... kut ada yang tahu pasal bab last sekali tu, boleh juga sharing2 :)
Tiada paksaan :)

5 Whisperers:

Unknown said...

alamak..banyak petua yang saya tahu, zakiah dah senaraikan. Nantilah di pikir-pikirkan, laa nih tgh ada problem yang perlu di atasi segera..huhu

Idayu said...

wah...kna recall blk nih!:)

lady zaini said...

hehe..sajer nk kongsi2 ilmu petua orang tua2 dulu.

Yin Hasni said...

Adik kata masa masak nasi letakkn tuala/kain bersih ant periuk n penutup periuk so nnt wap2 tu diserap dek kain maka lambat ler nasi itu basi

nak cepat masak telenkup lesung batu tu atas periuk tu MIL adik yg bagi

byk ler nnt chit chat ea

lady zaini said...

ic...yg telungkup lesung batu tuh saya penah tengok orang tua-tua buat. tapi saya ingat tanak kasi kucing kacau.hahaha..

thanx.
rerajin wat ler entry kt blog nnti

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez