CERITA SATU:
Suatu petang si dia keluar meninjau2 kebun kecil kami, tiba2 seekor cicak kubing berlari dengan kepantasan maksimum di tepi kaki mr Z, dari arah belakang. Mr Z yang terkejut dengan kepantasan si cicit dinasour ini (betul ker?) menoleh ke belakang, dan mendapati seekor..
ular tedung sedang mengembangkan kepalanya, dan sudah setinggi 1m++.
Mata mr Z bertentang mata si tedung...Masing2 kaku membisu..
Beberapa milisaat kemudian, si tedung dan papa masing2 bertempiaran lari ke arah yang bertentangan.
Moral of the story:
1. Hebat macamanapun anda, jika ular sudah kembangkan kepalanya tiba2, memang speechless, kan?
3. Ular takut manusia, manusia lagi takut ular. (Generalization)
2. Cicak kubing itu jahat orangnya, dia telah mengumpankan mr Z untuk melarikan diri dari si tedung
3. Cicak kubing memang pantas
4. Tapi di saat2 sedemikian, anda akan lebih pantas dari cicak kubing
5. Belerang (untuk menghalau ular2) memang susah diperolehi, nk beli mana ya?
CERITA DUA:
Waktu tu saya baru pindah ke parit ini. So belum kenal jiran dan memang belum ada kawan. Tengah heavily pregnant. Paling menakutkan sebab telah diwarning agar berhati-hati sebab ada pecah rumah berleluasa di taman2 berdekatan.
Sedang kami rehat2 pukul 12mlm tuh, tiba2...
"PRANG"
Bunyi batu kena baling di atas siling.
Brrr...pssrr pssr pssrr (bunyi ini direka, untuk menggambarkan pasir dan batu-batu kecil dipijak di atas siling)
Seriously, walaupun bunyi tu makin perlahan. Tapi masih kedengaran. Saya terus pasang telinga... dan bila bunyi berlanjutan, saya telah menghasut my other half (waktu tu my other one third la) untuk call
"07 454 1222"
Ya, itu adalah nombor balai polis parit raja. Sila catit!
Waktu sekolah menengah, saya pernah dengar bunyi yang sama dari siling bilik stor, dan dgn Ms S, kami telah melaporkan kepada warden yang kemudiannya melaporkan kepada polis sehingga tertangkapnya seekor penjahat dari seberang.. huhu. Siapa masih ingat? Adakah sejarah akan berulang?
Tapi kali ni, keadaan lebih mendebarkan, sebab ia dalam keadaan yang saya betul2 helpless. So kami decided untuk bukak pintu luas2, apa2 hal boleh jerit pada jiran sebelah umah (cam ler kuat sangat suara tuh) iaitu budak2 uthm yang menyewa ramai2...
Polis datang dengan sebuah kereta dan sebuah jip, ada yang beruniform ada yang tak, dua orang bawak machine gun! Maklumlah, kes pecah rumah ni bukan boleh dibuat main2...
Turned out, polis pusing2 satu deretan perumahan tapi tak jumpa kesan2 pencerobohan. Ada dalam sejam kat situ, polis balik dan pesan, apa2 hal call diorang semula...
Turned out, beberapa hari lepas tu, kami masih dengar2 lagi bunyi. Dan kami syak itu bukan orang, tetapi binatang... dan disahkan bila seminggu dua lepas tu, jiran kami cakap
"Hari tu kitorang nampak ada musang pandan kat sebelah umah."
Nasib baik musang pandan tu tak kena tembak dengan machine gun.
(But at least, dia tolong fix kan semula bumbung kami yang dibocorkannya)
CERITA TIGA:
Husband saya tau yang saya tidak takut hantu..Err, so far la. Itu fact sejak kecil. Jadi memandangkan hantu dan rotan tidak dapat menghentikan saya dari travel sorang2 g main kat kampung/rumah tinggal atau g rumah tok n wan yang 2km lebih atau tak masuk umah mandi2 before maghrib, mak telah berjaya menakutkan saya dengan satu benda/ekor.. iaitu jebon.
Jebon itu sungguh menakutkan!
Kata mak, "jebon tu makan budak2 yang tak masuk mandi waktu maghrib. Tambah2 budak pompuan."
Sungguh spesifik pemilihan pemakanan jebon itu, sebab itu saya takut. Seriously!
Jadi bila kami ke zoo terbesar di dunia di zurich, husband saya suruh tunjuk yang mana satu jebon itu. Kat zoo ni banyak binatang dan spesis musang atau monyet. Tetapi saya masih tidak nampak kelibat jebon.
Kemudian ada satu bangunan besar yang dibuat khas, yang bila kami masuk ke dalamnya, berpeluh2 kena bukak sweater untuk dijadikan kipas. Yer, sebab bangunan itu dibuat untuk menyerupai suhu hutan khatulistiwa. Penat juga saya mencari jebon, tapi tak nampak juga bayangnya.
Kemudian pencarian jebon itu kami sambung di zoo melaka, waktu kami bawak Aisyah jalan2 tahun lepas. Gagal. Kelibat jebon tidak dapat diperoleh di mana2...
Beberapa bulan lepas, husband soal-siasat lagi tentang rupa jebon. Agaknya dia tak puas hati, binatang apalah yang lebih menakutkan dari hantu ini.
Lepas soal-siasat oleh mr Z itu, saya baru perasan, yang sebenarnya,
saya memang tak pernah jumpa jebon!
Wujud ker jebon tu?
Monday, March 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 Whisperers:
Belerang.. boleh di beli di kedai sensei.. Nak kirim ker? Esok kak azi ke BP. Boleh beli kan.. Murah aje RM5 kot 1kg.. hihi.
saya pun tak tau camne rupe jebon tu kak...hehehe
Kak azie, pesan 1kg. Betul nih..
waa... sieh sieh (heh, tetiba cakap cina)
umie,
tatau? wujud ker yek? hmm...klu tak wujud, kenapa glamer sangat?! kompius..
ada ker jebon tuh??..balik cubalah tanya mak balik mcm mana rupanya...ker ada contoh gambar ker? Nak gak tahu rupa jebon..hehe
Jebon or bahasa yg lebih tetap.. MAWAS ker?.. hahah kak azi teka aje..
1. belerang/sulfur - kedai hardware. Warna kuning cair, bentuk serbuk.
2. Musang - musang memang boleh berlari titi atas wayar letrik TNB.
3. Jebon - JEBON Corp adalah sebuah pengilang elektronik di Korea. Jebon juga adalah seorang blogger. Haiwan yang puan maksudkan mungkin disebut Gibbon (Malaysian Lar Gibbon - Hylobates lar lar). Ianya bukan Babbon seperti yang selalu anak saya lihat di Cartoon Network iaitu I R Babboon.
~yus,
heheh. malu lak nak tanya mak, takut kena gelak...err, nnti try2 la hint kat mak..
kak zie,
saya pun tatau..hehehe. mawas tu pun wujud betul ker? huhu, pengetahuan am saya sungguh cetek.
cek Ferdaus,
banyak betul info yg berguna nih.jebon corp tu takper, dia tak ternak jebon so tak ngeri n tak berkaitan sangat. tapi jebon yg blogger tuh pun sy ada baca juga. hehe, ada juga orang mengaku dirinya jebon, dah ler blog tu kelakar..err, gibbon?
gibbon?
cam dekat2 jer tuh..
jap nak google
Lerrr korang nie... jebon penah dtg rumah sy taw. Malah kami adik beradik siap melangut tgu tengok gerak geri dia dok mengendap dlm reban burung merpati kami... hehe.
Menurut mak saya, benda tu la jebon. Mmg garang dia ni. Kalau kena gigit, boleh berjangkit kuman. Nama english si jebon ni adalah mongoose. Org kita panggil cerpelai ke hape ntah. Satu spesis dgn musang.
Itu takrifan mak saya ttg jebon. Tatau la pulak org lain mcm mana :P
Nway, sy agak skeptikal dgn citer ular boleh kembang naik setinggi 1 meter.. hehe. Unless ular tu panjang dia dekat2 3 meter lebih or dia dari spesis ular tedung selar, ada kemungkinan boleh berdiri 1 meter. Bukan apa, sy pn penah bbrp kali encounter dgn cobra...takde la dia hangin smpai naik 1 meter... kehkeh.
Hmmm, pernah jugak tgk jebon vs cobra. Dlm kes ni, jebon lah juaranya.. fuhhh.
aina,
jebon tuh moongoose? ya ka?uisskk, jap nak google.
btw, ular tuh walaupun kecik, memang panjanggg. Anak lagi kut.Waktu ular tu berdiri, ia (beliau?) lebih tinggi daripada lutut mr Z, tambah tolak tinggi Aisyah, so rumusan yg saya buat ialah 1m ler tuh. Btw, mr hubby baru betulkan , cakapnya setengah meter jer. sy yang salah interpret. takpa, next time saya akan measure betul2..
ular tu tak hangin, tapi sedang memburu makanan. n dia bukan menjalar sebaliknya lebih kepada melompat(menyergah? apa yek) cicak kubing tuh. tedung tu cobra ker? kalau macam tu, saya juga biasa bbrp kali encounter cobra yang tak kembang setinggi 1m.sbb tu saya masih hidup, alhamdulillah :)
nih rupa ular yg sempat dicapture oleh my fwen (taman yg sama)..kalau masih rindukan ular malaysia tengok lerr
kehkehkeh...cm comel la plak ular tu menyergah smbil melompat... mesti dlm hati dia ckp, surprise!!! hehee..
er, iyo la weii... tedung tu cobra. kalau tedung senduk, biasa kaler hitam berkilat, pastu ada bentuk O kuning atas kepala. mcm link yg awak bagi kt sy tuh, mmg konfem tedung senduk le tuh. tedung selar lak is king cobra. kaler perang2 gittew, takde huruf O. dia ni lagi dasat dari cobra hitam. seingat sy, kalo kt taman ular perlis tu, diorg letak cermin penghadang antara tempat dia dgn pelawat. ular sawa takde lak diorg wt cmtu....
ish ish... pehal tetiba aku jd pakar serpent nih. muehehe... errr, silakan puan zacque menggoogle lagi image kedua-dua jenis cobra tersebut... hahaha.
amacam... sudah jumpa ka dgn jebon? takdaklah menakutkan sgt kan? kot2 yg dimaksudkan mak-mak kita tu sebenarnya adalah James Bond tak? :))
jebon ada, comel je rupanya, tatau la pesaipa org tua2 suka takutkan kita dgn jebon tu hehe. mgkin sbb dia tu mmg jahat, suka mkn ayam dlm reban! hehehe...
anyway? dh dpt ke belerangnya? :)
aina,
tak. tak comey langsung bila ular itu 'menyergah' anda..huhu~
sarah,
comel ka? jebon tuh gibbon ker mongoose? saya masih kompiuss.. gibbon comel ler, mongoose tu banyak jenis.:(
Post a Comment