Saturday, March 28, 2009

Di tangan lelaki..

Di tangan lelaki, ada banyak kuasa yang boleh digunakannya, atau disalahgunakannya... Kuat sekalipun saya cuba menolak hakikat ini, tetapi tiada dapat disangkal bahawa sesungguhnya zahir lelaki itu jauh berbeza berbanding wanita, amalnya memang berganda, mindanya lebih berkuasa, hatinya lebih keras, akalnya lebih bernas. Seharusnya itulah ciri lelaki Islam sejati. Malangnya, yang menjatuhkan taraf lelaki itu atau menjadikan mereka kurang di mata wanita, adalah mereka sendiri.

Saya percaya, pada setiap seratus perceraian yang terjadi di antara suami isteri yang Islam, hanya tak sampai dua belah tangan pun puncanya dari wanita. Kerana...talak di tangan mereka. Dan kerana, tulang rusuk yang bengkok selamanya akan bengkok,. Tetapi seandainya si isteri diletakkan tetap di tempat yang betul (rusuk), dekat di hati dan dilindungi kerana melindungi, Insya-Allah...

Isteri jika membentak itu adalah kerana dia ingin didengari,
Walaupun tidak disukai, cubalah wahai suami menghayati,
Perhatikan di penghujung itu pasti si isteri menangis tersedu sendiri,
Hilangkan amarah tangisnya dengan pelukan erat dan ciuman di dahi.

Isteri jika membebel itu tanda bosan hadir di dalam hati,
Perkara remeh pasti semua diungkit kembali,
Berikan sejambak bunga pasti dia tersenyum sendiri,
Pegang tangannya dan bawalah dia bersiar-siar berdua sesekali.

Jemukah sudah pada sang isteri?
Yang dulu indah bak bidadari..
Jangan dikejar yang tidak pasti,
Yang belum ditanam belum pasti menjadi...

--------------------
Jangan kaitkan hal ini dengan sesiapa mahupun penulis sendiri. Sebenarnya sesekali tergigit lidah itu biasa dalam berumah tangga. Yang tidak biasanya ialah lelaki yang putus asa dan enggan berusaha. Sesungguhnya calon isteri dipilih atas empat perkara,kerana lelakilah yang sepatutnya membetulkan/mencukupi mana-mana perkara yang tidak dicukupi isteri. Jika inginkan isteri yang sempurna empat perkara itu mudah sahaja, pastikan diri-sendiri berada di tempat yang sebetulnya.

Actually i was shocked by this certain blogger who openly cerita about her failed marriage and kept on cursing his ex in her blog, and told the the things you wouldnt imagine a lady would tell, n more than what anyone would want to know. If you know what i mean.

--------------------
Sahabat saya ke kursus perkahwinan lama dahulu, dan seorang ustaz menceritakan tugas2 sang isteri dengan semangatnya. Dan menceritakan bahawa memasak itu tanggungjawab isteri. Isteri perlu belajar masak sehingga pandai, supaya suami tak 'cari' lagi. Begitulah katanya lebih kurang.

Kemudian ustaz itu menyambung tentang cerita sahabatnya, yang telah menceraikan isterinya setelah bertahun berkongsi bahagia. Kata ustaz itu,

"Memang patutlah sang isteri diceraikan. Bila masak sahaja kurang masin, kurang sedap. Si isteri memang tak layak menjadi isteri. Suami mana yang tahan. Dia tak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik."

Lalu ketawalah sang ustaz dan anak-anak muda lelaki dalam kursus perkahwinan itu. Berdekah-dekah dah macam bukan ceramah agama.

Kemudian sahabat saya bingkas bangun mengangkat tangan,

"Ustaz. Kalau situasinya macam ni pulak bagaimana? Lampu di rumah saya terbakar, lepas tu saya minta suami saya betulkan tapi dia sendiri tak dapat betulkannya, maksudnya saya bolehlah minta cerai, kan? Taklik. Sebagai suami, dia gagal melindungi dan menyediakan keperluan isteri dan tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik."

Ustaz tadi terdiam. Dan menyambung kuliahnya dengan nada tersekat-sekat.

3 Whisperers:

Idayu said...

bestnyer poem tuh? wat sndri ker? sy nk copy n send to my hubby bole?hehehe..mmg kena batang hidung!

lady zaini said...

haha..buat sendiri takder copyright :p guna jer...besala, housewife nih kan..kan..

Anonymous said...

ustaz tu tak sesuai bg ceramah nikah.. huhu sib baik akak tak g dengar ceramah before nikah dulu.. dapat gak nikah ....

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez