Monday, October 6, 2008

Tanda-tanda kematian

Saya telah menerima janji Allah,bahawa Allah akan menghadiahkan sesuatu kepada saya...
iaitu 'mati'...

Berkata guru saya, 'apa sebab kita hidup? kita hidup semata-mata untuk mati'

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Al-Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum Kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah KEMATIAN. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati(Surah Ali-Imran:185).

Kematian adalah termasuk didalam perkara-perkara yang dirahsiakan Allah subhana wa ta'ala.
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di bumi mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. [ Hadis dari Abdullah Ibn Umar r.a. Dikeluarkan Imam Bukhari dalam sahihnya hadis no:4627]

Terdapat beberapa hikmah yang tersirat mengenai dirahsiakan tarikh dan saat kematian, diantaranya yang boleh kami sebut ialah :-


1. Umat Islam diseru sentiasa melakukan taubat kepada Allah swt dari segala dosa yang mereka lakukan, baik kecil ataupun besar.


2. Adalah menjadi satu sunnah Nabi saw menyeru Umatnya agar sentiasa mengingati mati.


3. Umat Islam perlu ingat bahawa mati itu akan datang bila-bila masa sahaja, dan mereka sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka sentiasa mempertingkatkan amalan masing-masing.


4. Ingat akan mati boleh memecahkan benteng nafsu yang rakus dan juga sikap ego seseorang.


5. Hati yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa takut kepada Allah swt, dan akan menimbulkan kekhusyukkan didalam amal ibadatnya, lantas meningkatkan quailiti ibadat seseorang.


6. Dengan dirahsiakan tarikh kematian, manusia akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah swt selalu.


7. Umat Islam disunnatkan menziarahi orang yang mati, lantaran ia menimbulkan keinsafan didalam hati manusia, terutamanya bila Imam menghadapi zaman menurunnya.


Kita boleh bayangkan kalau setiap orang diberi alamat dan tanda kematian, sudah pasti mereka akan hanya melakukan taubat dan amal soleh bila sudah kelihatan alamat-alamat kematian sahaja. Berlakulah keadaan yang kucar kacir kerana orang-orang yang melakukan maksiat boleh meneruskan kefasadan (kejahatan) mereka kerana mereka mengandaikan suatu masa nanti mereka akan bertaubat apabila timbul alamat-alamat kematian tersebut. Disana ada perkara-perkara lain yang boleh diketahui berkenaan dengan kematian yang terdapat didalam hadis-hadis sahih, contohnya tanda-tanda kematian yang baik! [ Disunting daripada jawapan Ustaz Kamin dari al-ahkam.net, disiarkan di http://demipena.com/2006/04/sebaran-mengenai-alamat-kematian.html]


Wallahua’lam.

0 Whisperers:

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez