Sunday, October 5, 2008

Raya: Untitled

We headed back to Kampung on Monday, Sept 29th..
Kali ni, for me, ada 3 major events, selain nak jumpa ibubapa dan sanak sedara:
1. Nak jumpa atilia yang comel dan kabarnya dah boleh cakap
2. Nak jumpa arissa yang chubby tu, last met her waktu umurnya 3bulan kut
3. Nak jumpa Cik Ad and wife...

Yang ketiga tu very2 spesel, sbb cik Ad yang mengisytiharkan tanak kawen dan sanggup membujang sampai umur 40thn, tetiba bertemu jodoh. Surely semua orang nk jumpa siapakah gadis yang istimewa tu sbb kenduri bulan April dulu wat di Langkawi dan tak cuti, so cuma ayah and 2,3 sedara lain jer yang boleh pegi. Another thing is nak tau camner perangai cik Ad yg gila2 tu dah berubah atau belum pas kawen.

Cik Ad ni adik mak, memang tiap2 kali raya dia akan bermastautin di umah kami dan menggamatkan raya kami. Seriously, kalau tak tengok gambar dia kawen tuh, sampai bebila pun kami takkan percaya yg he's actually married. Hehe... Mana taknya, waktu arwah Tok sakit dulu, dia sanggup lari sembunyi bawah tangga tanak dijodohkan.
Pastu bila bapa sedara kami yang lain kawen baru (selepas arwah mak sedara kami meninggal) bunga2 rampai tu kami taburkan secara mengejut kat Cik Ad. Habis dia kami 'mandi bungakan'... dan amik gambar dia candid...Haha...

So inilah dia gambar pengantin baru tuh... Supposednya dah lama jadi pengantin baru, tapi Alhamdulillah, mungkin Allah simpan untuk jodohnya yang ni. Cik Mas baik dan beragama orangnya. Walaupun seusia kami, tingkah Cik Mas membuatkan kami hormat dan tak janggal nak panggil dia 'Cik' yang membawa pangkat makcik.


So,
1. keluarga kami sampai dulu dari Johor (mama, papa, Aisyah)... 29hb Sept
2. Malam tu lebih kurang kul 12, kak Umi dan keluarga (Abg Zakuan, Atilia) dan Men (UIA, Nilai) & Kamal (UIA, Gombak) sampai dari Kajang.
3. Cik Ad sampai keesokannya pagi, 30hb Oktober
4. pastu keluarga Cu (Perlis) datang ziarah gak,
5. petang sket baru isteri cik Ad sampai dari Langkawi.
6. Keluarga Pun and soon-to-be-mommy, Yan(Penang) yang bising2 suh orang balik awal tuh sampai paling lewat :P, dekat2 berbuka pada hari wat ketupat tuh.

So mlm before raya,
biasala, me and my sister tulon2 mak kemas umah n wat apa yg patut. Abg Z, my hubby, Pun, Men and Cik Ad, geng lima serangkai tu cam biasa, g late night outing...Kitorg sempat usik2 cik Ad...hehe, baru kawen pun g 'window shopping ker'...'mencurigakan'...hehe Tapi tu la, malam raya bebudak n bapak budak 5 orang tu memang dh jadi aktiviti tahunan shopping baju raya dsb pada malam raya, pastu balik tgh2 mlm, pastu borak2 sambil ngumpat isteri masing2 la tuh, agaknya... seronok sangat bunyinya...
Tiap2 tahun, diorg akan borak2 sampai kul 3,4 pagi, baru budak2 nih g tido... Huhu...kengkadang tuh sambil minum2 kopi n makan2 kuih lagi. Ayah dulu penah geleng2 kepala tgk Cik Ad yang sepatutnya sama mature ngan ayah n mak boleh join kepala otak menantu n anaknya. Ikut2kan, beza umur tuh almost 20thn.

Gambar bebudak lima serangkai tu, on Pun's wedding



Raya pertama:
Hidangan bihun sup mak yang marvellous itu WAJIB! The best in the world. Tradisi kami, raya pertama kami tuggu tetamu datang. Memang rumah mak jadi tempat himpunan keluarga sebelah mak, menggantikan arwah tok yg memang 'pengikat tali keluarga'. Hampir semua yang ada dekat2 datang.Cuma cik Ad and wife bersolat raya di Manggol Bongor, kampung kelahiran Cik Ad. Dah memang jadi tradisi dia akan solat di masjid sana, kemudian ziarah kubur arwah tok dan wan. Pastu smpai petang dia tak balik, rushing ke sana-sini untuk kenalkan isteri kepada saudara-mara kami.Haa...tau pun sayang isteri. Dulu siap usik2 orang... sekarang... :D

Petang pulak:
kami g rumah Tok sebelah ayah and Ngah, yang cuma selang beberapa buah sahaja dari umah kami. Itu jer sempat kami ziarah, sebab macam biasa rumah ramai orang.

Malam tu:
Cik Ad balik agak lewat. Men sempat usik lagi tuh, "Cik Ad ni nampak 'seghoh' (cengkung), cik Mas tak bagi makan kut..."
Kul 11 lebih, tengah angkat takbir untuk solat Isya, Cik Ad terduduk perlahan-lahan selepas mengadu pening kepala. Cik Mas mintak jarum untuk cucuk tangan cik Ad sebab nak kurangkan darah tinggi. Ikut petua doktor, cucuk klu boleh kesemua jari tangan dan kaki untuk keluarkan darah, bagi mengurangkan tekanan darah tinggi. Tak lama kemudian, cik Mas minta saya panggilkan ayah sebab cik Ad cramp. Beberapa saat kemudian, mak panggil kami semua naik tengok Cik Ad. Cik Ad stroke. Sebelah kanan. Almost lost conciusness tapi dia sangat kuat, sbb dengan tangan yang sebelah lagi dia pusingkan badannya beberapa kali, utk ke kedudukan yang lebih selesa agaknya. Masing2 taktau apa nak buat. Mata kami dah merah2 dan berair.
Kemudian ramai2, the boys in the family papah ke hospital besar.

2 Oktober 2008, 8.57 am,
Cik Ad tinggalkan kami dengan kenangan terakhir yang sukar kami lupakan.

Sesungguhnya apa yang terjadi terlalu cepat dan menginsafkan.
Air mata tak henti2 mengalir.
Yasin dibaca. Talkin dibaca. Tahlil dibaca.
Sesungguhnya mati itu sangat dekat... sangat pasti.
Selamat tinggal. Tenanglah wahai hati. Alfatihah...



Bismillah
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ





3 Whisperers:

Musliyana said...

salam akak...selamat hari raya...
sori nak tanya..akak sampai dari johor 29 oktober ke 29 september??then..Cik Ad tu arwah 2 oktober ke 2 ogos??

seronok baca tradisi raya kat umah akak...Al-fatihah untuk arwah..

lady zaini said...

Hmmm...tarikh dah macam2...
Pening...tu dah betulkan.
Terima kasih sudi bacakan Alfatihah utk arwah.
Tahun ni memang tak ada mood raya langsung...

Anonymous said...

slmt hari raya akak sekeluarga...

Al-fatihah utk arwah jugak...semoga dicucuri rahmat ke atasnya...aminn!!!!!!

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez