Tuesday, February 17, 2009

Bahasa Melayu patut dihapuskan

Penggunaan bahasa melayu hanya terhad di malaysia, itupun dalam rancangan drama, buletin utama atau sewaktu dengannya sahaja. Jadi bahasa melayu hendaklah dihapuskan serta-merta! Kalau boleh, sekarang juga.

Setelah berkawan dua tahun dengan orang nigeria, kami baru tahu yang dia pandai berbahasa malaysia, sebab kami hanya berbahasa inggeris sepanjang masa. Maklumlah bahasa Melayu ni kan tak best. Jadi walaupun dia sangat fasih bahasa melayu, dia terpaksa men'slang'kan sebutannya sekali-sekala, takut kami rendah diri. Kami nak guna bm macam tak sampai maksud sebab banyak bahasa pinjaman dari bahasa inggeris, kamus dewan tuh pun dah macam kamus dwi.

Cuba tengok orang jepun dan jerman. Mereka nih langsung tak menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka, tiada signboard dwibahasa, sebab tu mereka nih jadi negara yang mundur. Tak maju. Tidak berwawasan. Sebab mereka tak mampu nak menterjemahkan ilmu2 yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Jumlah kajian yang dikeluarkan pun sangat sedikit dan tak memberi impak langsung kepada teknoloji dunia.

Cuba tengok orang Amerika yang cuma tahu bahasa mereka, (dan satu lagi- iaitu kurang budi bahasa), maka negara mereka tetap stabil ekonominya. matawang dollar mantain lagi macam dulu. institusi perbankan pun relaxx jer. tak macam matawang euro.

Saya sayang bahasa ibunda saya.
Saya sayang bahasa warisan ibu bapa dan moyang saya.

Apa salahnya bangsa melayu berbahasa melayu?
Apa salahnya tau berbahasa lebih dari satu?
Apa salahnya bahasa ibunda kekal sebagai bahasa peneraju?
Apa salahnya kalau bukan bahasa pengantar, tapi sistem pendidikannya yang kita ubah terlebih dahulu?

8 Whisperers:

AINA RAHIZAN said...

Zacque,
Hal bahasa ni, kalau diperkatakan, sentiasa mbuatkan saya tersenyum dan menangis dlm satu masa.

Senyum krn perbandingan sering dibuat dgn negara2 spt yg awak sebutkan td. Bagi sy, ianya bukanlah semudah itu. Perbandingan yg dibuat kurang adil. Majunya masy. neg. tu bukan bgantung kpd bahasa semata2. Yg patut dibandingkan adalah budaya kerja. Sy x bermaksud merendahkan org kita, tetapi adakah budaya kerja kita setanding dgn masy. tadi? Tepuk dada, tanya selera.

Pada pdpt sy, mungkin itulah yg dilihat oleh TDM. Dia faham org Melayu tu mcm mana budayanya. Jd utk mpercepatkan proses menuju dunia pertama, bidang2 tertentu difokuskan kpd penggunaan BI, krn BI antara medium utama pendidikan buat masa ini di seluruh dunia. Tetapi ini bukan bermakna kita harus mengorbankan keseluruhan BM itu sendiri. TDM pun tak suruh buat mcm tu.

Yg membuatkan saya sedih dlm hal bahasa ni, adalah sikap org kita sendiri. Mungkin kata mereka, 'oh di sekolah2 pun dah guna BI, jadi segala2nya harus dlm BI'. Ahli politik pun speaking, artis2 pun naaaak jugak speaking... wpun tak berapa betul. Bagi sy, tak ada salahnya jika menguasai lebih drpd satu bahasa. Tapi berpada-padalah.

Yg utama skrg ini adalah kesedaran tentang budaya kita sendiri. Bukan membantah semberono. Nak bagi generasi muda kuasai bahasa Melayu, nah dari kecik bagilah buku2 hikayat klasik ke suruh diorg baca, bukan dok melangut tengok kartun kat Astro. (well, boleh jugak la, tapi biarlah seimbang) Susah? InsyaAllah tak susah. Bukan membangga diri, but I'm a living proof. Tapi susah jugak cakap mcm ni, sebab belum ada anak sendiri. Nanti meludah ke langit, tertimpa muka sendiri.

Apa2 pun... HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.

Saya masih lagi menyokong Perarakan Keranda 152. Dan dalam masa yg sama, saya juga berkeinginan untuk belajar bahasa Mandarin.

*Just my dua kupang*

lady zaini said...

aina,
saya setuju dan faham apa yg awak maksudkan.cuma saya bosan dengan sesetengah orang yang saya lihat dan dengar.belagak 'vok' klu ckp inggeris. inggeris tu cuma tool, bukan sesuatu yg boleh mengubah penuturnya menjadi lebih classy atau lebih bijak. klu dah dia takder apa dalam otaknya, dia akan memutarbelitkan pada mulutnya.

sebut pasal budaya kerja, TDM sendiri mengakhirinya dengan the infamous sajak "perjuangan belum selesai".

ramai pemimpin politik yg tak tinggi sgt pelajarannya, dan tak brilliant, tak macam tdm. jadi mereka tak mampu nk mengubah budaya kerja orang, sbb budaya kerja sendiri macam @$#$*...yg mereka kalut nak ubah ialah pembangunan fizikal semata2.

cadangan mengubah bahasa tanpa mengubah minda macam orang bagi cadangan "mari kita tunduk2 macam orang jepun, sebab mereka banyak tunduk lah, mereka maju."


saya dikelilingi oleh "cream of the crop" n genius2 (seriously) waktu matrik jepun dulu, yg straight a's except for english. mereka rendah diri bila bab english, yg saya rasa tak sepatutnya macam tu. jadi mereka tak ker uk us oz nz or even ke luar negara tempat2 yg tak speaking..sbb syarat kredit english ialah a1 or a2(spm), jadi peluang yg tinggal hanya jepun dan bbrp negara. alangkah ruginya malaysia kerana mereka nih xdiberi peluang utk mencuri ilmu dari negara2 tersebut,bwk balik sini.sebab syarat yg melampau ketat di negara sendiri.
sedangkan pengalaman mengajar saya, kita boleh survive bahasa apa sekalipun jika kita dicampakkan ke negara tersebut (provided kita ada belajar basic secara formal)

untuk bercakap tentang sesuatu yang besar seperti budaya kerja, tak mampu saya buat dalam satu entry.. siapalah saya..huhu.saya setakat mampu untuk bercakap dari satu aspek dan secara sedikit demi sedikit.

tq for ur brilliant '2cents' (which i think worth a lot more than that.. :P)

lady zaini said...

aina,
why la u mentioned ttg "hikayat2 klasik tuh"...ngehehe
kan saya dah tergoogle "demang lebar daun" dah..huhu

Ajzie said...

Teringat kawan kak azi semasa di German.. nama nya Debbie org USA (hubby dia buat twinning program di FH Weingarten) dia ckp dengan kak azi.. dia cemburu dengan org2 Malaysia kerana mereka boleh faham bahasa mereka dan bahasa ibunda kita sendiri, tetapi tidak dia yang cuma tahu berbahasa ibunda mereka sahaja hihihi...

AINA RAHIZAN said...

sy setuju dgn respon awak.

sy agak runsing sebenarnya memikirkan hala tuju org melayu. byk pihak yg mula mempertikaikan kita dlm pelbagai hal, hingga pernah sy menyoal diri, 'apa yg menjadikan aku melayu?' Kalau ikut perlembagaan: Islam, bahasa, budaya dan adat resam. akhirnya sy rasa malu sendiri sbb even kisah2 klasik kita pun sy dh x berapa ingat... inikan pula agama dan cabang budaya kita yg lain.

itu saya... cuba bayangkan generasi skrg mcm mana?

having said all these, jgn sangka pulak sy seorg racist dan malay nationalist (mana tau, kot2 ada non-malay yg baca blog awak). sy bercakap tentang kekalutan org kita, tak ada kaitan pun dgn budaya kaum lain...

namun, jika mampu... belajarlah juga ttg budaya bangsa2 lain. sy percaya, China akan mjadi salah satu kuasa besar dunia sikit masa lagi. persoalannya, adakah kita bersedia? Rasulullah s.a.w sendiri pernah berpesan supaya kita menuntut ilmu hingga ke negara China, kan?

dan kalau tak salah saya juga, baru2 ni sy ada baca kajian mengatakan BM akan mjadi salah satu drpd 5 bahasa utama dunia pd masa hdpn mengatasi BI... hmmm, sy x pasti sejauh mana validity kajian ini... namun tak salah kan utk kita mula buka balik kisah2 Bukit Seguntang, Merong Mahawangsa, Tun Fatimah dan sebagainya :))

Wallahualam.

*Arakian tersebutlah kisah...* hehe teringat pulak kelas BM dulu2...

lady zaini said...

kak azie, betul3x.. bukan senang nak menguasai sesuatu bahasa sebenarnya, klu takder peluang. peluang dah ada, tapi kesiannya ada pulak yang purposely nak buang salah satu bahasa yang dia dh tau.

aina,
tak salah menjadi malay nationalist,rasanya, siapa lg nk bantu bangsa sendiri. as long as kita tak hina bangsa orang...errr... salah ker?
sy selalu baca cerita2 camtu waktu kecik (buku2 mak sedara)... memang best dan mencabar minda sungguh. tp klu nk jawab exam, huhu, tataula mampu ker x? adapun hamba ini amat dangkallah sekali ilmunya. ngehehe...

EriN HairudiN said...

Well, perbincangan ilmiah telah bermula. Tak sia-sia Cikgu Ahmad menjadikan Aina anak emasnya (sekali sekala cam Cikgu Ahmad tengah bercakap je). Hehehe... Kedangkalan ilmu boleh diasah, kekaburan bahasa boleh digilap, kecerdikan akal boleh ditempa TETAPI adakah kita telah bersedia?

lady zaini said...

owh, apasal cikgu bm saya bukan cikgu ahmad? dia ajar sejarah... dan pernah la take over class bm kejap.

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez