Wednesday, December 3, 2008

Blog itu apa?

Akhir2 ni saya banyak melompat dari satu blog ke blog yang lain. Pelbagai manusia pelbagai ragam..
Blog masing2 dilukis mengikut citarasa masing2, bergantung kepada apa yang dirasakannya sangat penting dan menjadi keutamaan dalam hidupnya
1. Orang yang terlalu terdesak untuk dianggap cantik menawan, akan cuba sedaya upaya meletakkan imaginasi pembacanya agar berfikir yang sedemikian
2. Orang yang mengharap dirinya digolongkan dalam golongan berada, sedaya upaya menampilkan dirinya sebagai seorang yang berada dalam golongan 'atasan'
3. Orang yang merasanya dirinya bukan melayu dan lebih tinggi tarafnya, atau bahasa Inggerisnya, cuba sedaya upaya menggambarkan hebatnya dirinya yang entah mana kacuknya
4. Orang yang ingin dianggap lucu, ada yang sanggup pula membuka pekung sendiri dan keluarga, atau sesiapa sahaja
Salah atau tidak, bergantunglah kepada niat asal si penulis, bukan? Dan niat juga tidak menghalalkan cara, kata ustazah saya.

Saya sangkakan orang yang berblog ni adalah untuk
1. mengeratkan silaturrahim
2. mencatatkan memori indah (untuk anak-anaknya barangkali)
3. berkongsi perasaan duka dan bertukar2 pendapat
4. menambahkan ilmu dan berkongsi sama

Rupa2nya ada juga pembenci yang menikam sesama sendiri...membuka pekung sesama mereka..bercerita tentang hebatnya dan tingginya taraf mereka kerana mampu melakukan dosa yang termasuk dalam 75 perkara...Ughhh..
Kini saya baru faham apa yang dikatakan oleh Umie dulu, dunia blogging itu memang menakutkan.

Namun saya bersyukur, blog saya hanya dibaca oleh rakan-rakan terdekat. Dan rakan2 saya pula bukanlah orang yang cepat membenci atau iri hati, kerana mereka adalah sekumpulan ahli2 akademik, atau sekumpulan wanita yang sangat hebat dalam bidang masing2. Ada ahli agama, ada jurutera di syarikat terkemuka, ada surirumah yang pakar segala, ada wanita yang mulia akhlaknya dan tinggi pekertinya, ada yang nampak rendah diri sahaja tetapi bila disampingnya kita rasa selesa dan gembira...
hebat kan?
Saya beruntung kerana dikelilingi orang yang sebegini. Mereka ceria, mereka menerima saya seadanya..Membetulkan yang tak kena, berjenaka tentang yang tak jadi, bergembira sama dengan perkara yg berjaya.
Alhamdulillah..

Pun begitu saya bersyukur, bukan semua orang yang berblog itu berfikiran pendek.. Saya masih suka baca blog2 yang
1. Tulis tentang dirinya dan keluarganya tanpa unsur2 riak atau buka pekung di dada,
2. Blog yang lucu tanpa mengenakan sesiapa
3. Blog yang pelajar tulis, yang menggambarkan cara hidupnya yang memang benar
4. Blog yang ditulis oleh golongan cendekiawan atau profesional, pensyarah, jurutera etc (Err, bilalah kawan saya yang pensyarah undang2 itu akan mula berblog?)
5. Blog yang ditulis oleh lelaki, terutamanya seorang ayah... Memang istimewa!
6. Blog oleh golongan agama yang kurang jargonnya (memang agak bermasalah untuk memahami istilah2 yang terlalu berat, Bahasa Arab pun sampai Tingkatan dua sahaja)
7. Blog yang ada gambar2 cantik
8. Blog resipi bergambar...hehehe...Sedaapp jer tengok. Nak tiru pun semangat sikit

Ehehe.. sikit2 sudahlaa.
Owhh..Dalam pada itu, sedar atau tidak, saya telah berjaya menyiapkan satu karangan di dalam bahasa Melayu sepenuhnya..Agak-agak berapa markah saya, ya, Ida? kehehe
Tapi, err, blog itu apa terjemahan Melayunya? Belog? Belok? Blok?

9 Whisperers:

Anonymous said...

markah lulus cemerlang, saya rasa bm saya sekrg agak teruk berbanding zaman sekolah dulu. nak tlg niece buat latihan bm dia pun saya dah tak sure betul ke tak ayat2 bm ni..and takde la maknanye english power, sbb dh terlalu used to bahasa rojak - manglish! :)

ida_zy said...

hehe, awak suruh saya ke ida hidayah yg bagi markah? ehhe
apapun, bm and english saya sekarang
dah jadi kelate & ganu style
students le punye pasal ni ehhe

Unknown said...

lulus. yus pun sama,seperti komentar yang lain, BM sekarang dah jadi BM rojak. Kalau dulu2 rasa macam bagus jer BM, tapi sekarang, hancuss..

p/s: ada masa mungkin boleh belajar bahasa jepun pulak dgn orang tu..:d

lady zaini said...

mrszyi,
cemerlang? wah~ anda sungguh baik hati. Adakah itu bermaksud bm kita lebih rendah tarafnya dari niece awak itu?... huhu..

ida,
awak lerr..kan awak berblog dalam bm yang hebat (macam terjemahan doraemon jer ayat saya ni).
So adakah ini bermaksud, awak sudah mahir 4bahasa, bm, bi, tganu dan kelate? wah *wink *wink

lady zaini said...

yus~
saya pun sedar sendiri bila bacak balik blog nih. Macam terlampau rojak jadinyaa..
nk belajar jepun.. huhu, dgn rendah dirinya saya sedia membantu..:)

Ajzie said...

hihihii. tertarik kak azi membaca nya... Wilhelm Achzten sepatutnya sudah tamat cerita nya.. setelah setibanya kak azi dan keluarga ke Malaysia..... hihihi

Utk keseluruhan penulisan dalam BM.. anda mmg hebat.. baik menulis dalam BI ataupun BM.. Tahniah..

lady zaini said...

Wilhelm Achzten tak sepatutnya mati. Sambung jer la citer kat mesia...
nnti sambung belajar lagi kerr..

Wahhh, dapat ucapan tahniah lagi tuh..
Saya kembang :) *hmmpss..

Anonymous said...

akak ni susah nak puji orang hahahah tapikan secara jujurnya...(haa hidung merah ni sbb cakap benar) akak memang mengkamui cara penulisan zakiah.. tidak kira dalam bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa jepun.. Bagi akak zakiah mempunyai bakat menulis dan bakat menguasai bahasa yang sangat bagus... ya udah ........

lady zaini said...

huhu..ingatkan hidung merah tu sebab sedih atau marah jer.. cam pinocchio yerk. sensitip betul hidung tuh :D hahaha

sy kembang (physically n mentally)
*hmppss *hmmpss

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez