Thursday, December 18, 2008

Bahasa Melayu? Malaysia?

Kata samy vellu, "Kita akan mesyuarat atas itu jambatan esok."
dalam buletin utama dulu, bila ditanya tentang keretakan mrr2 yang berulang.

Saya dan ayah n famili gelak terkekeh2 mendengar ayatnya, directly translated daripada english. habisla semua kena bermesyuarat kat atas jambatan tuh esok. Tapi satu yang saya kagum dengan dia ni, sekurang-kurangnya dia bercakap dlm bahasa melayu. Uhh, anak pejuang bahasa Prof Ungku Aziz tu terbalik pula situasinya.

Saya tau banyak istilah yang diserap dari bahasa asing, termasuklah istilah sains, ekonomi, politik mahupun agama. Walaupun ramai yang terkonpius sekejap, istilah2 ini sebenarnya bukan pinjaman dari bahasa inggeris semata-mata. (Saya harap semua yang membaca cukup bijak tanpa saya perlu berjela2 dalam hal ini)

Sudahnya, yang menteri2 duk bertelagah ialah perihal nak guna istilah 'bahasa melayu' atau 'bahasa malaysia' dan nak ajar subjek sains dalam bahasa apa? bm or english?
-------------------
saya bukan nak bersikap ageist tapi saya sesungguhnya amat membenci orang yang berkulit melayu bercakap dalam accent english yang dibuat2, atau men'worship'kan bahasa itu lebih daripada bahasa asalnya (ni utk melayu macam sayalah). Ok, lets say anda lebih mahir berbahasa inggeris daripada melayu, so what? Tahukah anda, seorang pemidato bahasa inggeris peringkat dunia yang namanya tertera kt guinness book of record malaysia pun bercakap dalam bahasa melayu dengan baik? Tanpa mengada2 dan impression yang "Owhh, i sound stupid if i speak.." ehehe..tak payah teruskanla.walaupun saya tau apa pelakon tuh nak cakap sebenarnya, dan bukan niat dia nk merendahkan martabat bahasa melayu, tapi ayat tersebut tak sepatutnya terucap, at the first place.
---------------------------
Adakah saya tidak suka anda berbahasa Inggeris? Tidak!
Adakah saya tidak akan berbahasa Inggeris selepas ini? Tidak juga.
Tapi, pentingkah bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa, sampai semua benda dan subjek (di Malaysia) perlu di Inggeriskan? betulkah bahasa inggeris mampu membawa kita ke peringkat global?
............................................

Cerita satu,
lokasi: Jepun

Saya akan menggunakan bahasa Inggeris di Jepun dulu, untuk "menghalau" 'orang yang menjual suratkhabar aka salesman' kunun2 saya tak faham bahasa jepun. Bahasa inggeris adalah bahasa terbaik untuk menghalau anasir2 yang tidak diingini di jepun.
.............................................

Cerita dua,
lokasi: Jerman

"Achtung!Polizei!"
Faham? Sangat bahaya jika anda tidak faham dua perkataan di atas. Nak tunggu mereka translate ke English?




Ada nampak bahasa inggeris di atas?
........................................................

Cerita tiga,
lokasi: Paris

Setelah seharian dan semalaman tak makan nasi atau makanan berat, saya dan suami berjaya jumpa sebuah restoran makanan halal milik orang turki. Nampak orang kat meja sebelah makan nasi, rasa macam nak menitik air mata, lapar duh~(Ravensburg-Frankfurt-Paris dan masih tak makan)...
Menu tertulis, satu apa pun tak boleh nak baca...macam budak2 saja2 test abc n suka hati jer tulis, macam... tak boleh nak sebut

Me: I want that one... (dengan tak malunya tunjuk kat orang meja sebelah)
Tuan kedai: Vruvsxos (apa ntah dia cakap, tapi dia angguk maksudnya ok la tu)
Me: I want some rice, as well
(sebab orang turki ni kalau kita tak minta nasi, takut dia bagi kentang goreng yang penuh satu pinggan tu.

Tuan kedai: .... (macam blur)rsuvispagidub (apa ntah dia cakap)
Me: Rice, rice
Tuan kedai: ...
Me: Gohang?
Tuan kedai:....


Dan saya dengan tak malunya bangun n tunjuk kat gambar nasi kat signboard, atas kaunter yang tinggi itu.

Me: Kore! Kore! Rice...
Tuan kedai: (senyum2 gelak) A~ ries! ries! Ok.


Baru saya tahu nasi tu "reis" dan sebutannya, "ghisz"... lebih kurangla.
Saya mula merasa segan sebab orang dah pandang2 dan senyum2. Mesti diorang dah boleh agak tahap kelaparan kami.

Pastu minuman lak, (saya agak jer, sebab dah kami order makan, mesti dia tanya nak minum apa, kan? standard la tu..)
Me: Saya nak "orange" "orange"...(ulang dua kali takut tak faham)
Tuan kedai: (senyum)
Nasib baik dia faham.Tak perlula saya berlakon minum pastu kenyut-kenyut muka nak bagitau,kunun2 tgh minum air orange.

...Owhh...kami tidak lagi menggunakan bahasa Inggeris untuk order makanan. Kalau anda perasan, kami juga telah menggunakan bahasa jepun dan bahasa melayu utk order makanan di paris, sebab dah sama taraf dengan bahasa inggeris. Semua mereka tak faham!

Masihkah ada orang yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris selepas ini? ...

English is a tool, not an idol (to be worshipped) - me

Klik di sini jika anda masih degil, untuk artikel yang sangat menarik tentang bahasa ---> link disini

credit pics: the owner (pic properties)

8 Whisperers:

Anonymous said...

sesungguhnya.. cita nih maseh buat sy gelak sakan..walaupun penah dengar suatu ketika dulu hehe ...mmm apa kabar la jiran cik yah yg kt asma tu ek?

For me english is just a common intermediaries to express my view to my multi-lingual/racial friends which mostly came from west Malaysia and sarawak.

lady zaini said...

rozaaaaaaaaaaaaaaaaa
i miss u
kitak windu kat kamik! (betul ker?)
bila nk datang sini?tanak berblogspot ker?

jiran mana nih?yg tuh ker? ntahla...sy harap dia sihat dan bahagia, dan bersyukur dengan apa2 yang dia ada. tataula master dia camnerr.

roza, jom buat phd sekali nak? hehe..

Anonymous said...

heheh akak setuju sgt dengan apa yg zakiah tulis.. akak teringat ada satu blogger nih dgn bangga nya citer ttg penggunaan bahasa inggerisnya sbb berjaya buat master tak sampai sethun kat UK...Pastu dia kutuk2 univ dia masa buat degree pakai bahasa melayu untuk tulis thesis... Tak Kuasa aku...
pelik manusia macama ni..

Anonymous said...

orang yg tak bijak berbahasa Inggeris nih cuma mampu senyum je...kekekeke

lady zaini said...

kaknani
huhu..pergi luar negara and balik kutuk orang melayu, kutuk mesia, kutuk bahasanya...
kesiannya...
whatever she/he's trying to say, kan?

lady zaini said...

umie,
akak pun tak pandai berbahasa inggeris, dan sedang mengingatkan diri agar pandai berbudi bahasa.

p/s: ye ker umie? cam tak caya jerr... almost ker ptd tuh

Ajzie said...

Zakiah....
Bahasa jiwa bangsa....... ada juga bahasa jiwa... bahasa ibunda.. dah entah apa2 lagi bahasa... hihihi.


Hanani.
Ehh ramai org begitu.. saya pun selalu berjumpa org begitu.. bawa bawa bersabar aje laaa.. Org kata biar ler buta huruf.. tp jangan buta HATI kan kan kan..

lady zaini said...

kak zie...
orang macam tu ramai...kan?saya pun tak faham kenapa orang yg ada satu2 kelebihan perlu hina asal-usulnya, atau bahasanya sendiri.. hmm

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez