Sunday, November 28, 2010

Hikayat Telur Masak Sambal

Alkisah beberapa lama selepas kahwin, mr Z request untuk makan telur sambal yang sedap, macam maknya masak..Ehehe, telur sambal tuh ok lagi.. yang sedap tuh yang tak tahan.. macam maknya masak pulak tuh..Isk isk

Eksperimen pertama:
So goreng2 la telur, tumis bawang besar, tumis sambal, bubuh sos tiram and sos kicap sikit... sedap~ ala-ala telur sweet sour mak (nih belum dapat pengesahan lagi, tapi sendiri perasan :P)

Bila kasi Mr Z, komen beliau,
"ini bukan sambal telur nih. Ini lain."

Eksperimen kedua:
Ni pun dibuat sebab permintaan boss besaq. Rebus telur. Pastu goreng-goreng sikit telur tuh. Kemudian tumis-tumis bawang besaq, putih etc, masukkan telur.

Bila kasi mr Z, komen beliau,
"ini bukan sambal telur pecah. Mak abang buat sambal telur tuh dia pecahkan, bukan rebus"

Eksperimen ketiga:
Atas permintaan mr Z lagi, harap lerrr nak buat sendiri setelah di"condemned" sedemikian rupa :P Kali nih tumis2 bawang, tumis sambal pekat2 ala2 sambal ikan bilis, biar wangiii~ pecahkan telur...

Bila kasi mr Z, komen beliau,
" Telur mak abang buat tuh memang pecah, tapi tak sebiji -sebiji macam nih. Kira macam pecah la..."

Eksperimen keempat belas:
Buat lagi nih, gigih sungguh isteri mithali nih. Kali nih buat tak pecah sebiji2, tapi kacau2 sikit sambil tumis sambal tuh.. wah~ kali nih ok kut. Bau dah sedap :P

Bila kasi mr Z, komen beliau,
"Hmmm, pecah sangat nih. Kuah kering sangat nih."

Eksperimen keduaratuslapanpuluhlima:
Cili blender dengan bawang besar 0.33 biji + bawang putih 1.5 biji + belacan + cili sesedap rasa macam biasa. Tumis2 bawang, tumis cili naik bau, tambah air sikit, masuk garam gula, air asam skettt~ dah ok semua rasa, masuk telur, tunggu kejap, kacau2... Taraaa~

Bila kasi mr Z, komen beliau,
"Hah, sayang masak sedap. Tatau nak puji macamana..."

Owh Tuhan, kena sujud syukur nih..Setelah 13 tahun kahwin, baru dapat resipi rahsia sambal telur air tangan mak mentua..

Kalau nak tau kenapa sampai 13 tahun baru dapat resipi rahsia nih,

1. Saya ngaku saya tak pandai dan tak pernah memasak, sampai lepas Aisyah lahir jer baru giat memasak

2. Saya tak pernah merasa sambal telur mak mentua saya, jadinya macamana nak imagine rasanya, rupa bentuk pun tak pernah tengok... kira blind shot ler ni. Arwah mak mentua saya dah lama meninggal. Alfatihah.. Mana nak cari resipi kan? Tapi kiniii

"Mak, cheq dah pandai masak sambal telur yang Mr Z suka.." *sob *sob

Nak tengok ker rupa sambal telur hikmat tuh? Agak ugly, macam biasa presentation out terus, tapi yang penting rasa dah jadikk~ yesss! yesss!

The long lost recipe of sambal telur mentua

Thursday, November 25, 2010

Suatu Hari di Hari Raya (Haji)

The night before Eid, I was biting my lips tight. My husband made it clear that he wasnt gonna be at home till the night of the most celebrated day, which would leave me alone with the kids in this.. cold, mute apartment, just like any other days, just like most of the days. I tried my best to show him that I didnt even care but my heart just kept failing me.

The morning after he had long gone to his lab after eid prayer, I was looking at my kids' faces. They looked as calm and as innocence as they always do. What a quick remedy to a broken heart. I regained my sanity and said words of istighfar few times..What has happened to my heart lately? Why should I reflect my anger and disappointment towards them, my only souls, when it was the other people who break my heart, again and again. "This Eid may not be special for me, it doesnt have to be. But it should be the most memorable days for them, they might not remember the events but i want them to remember how happy they were"

So I played the eid takbir on youtube playlist loudly, and took turn to bathe them and put on new clothes. Allah must have made it easy on me, because I did make kuetiew soup and it turned out to be extra delicious this time. I prayed hard for Him to grant me a peace of mind in this day.. To feel a bit of "celebration". We had an invitation but it doesnt seem to be possible to attend it anyway..

After Zuhr prayer, my husband called me from his office, saying that I could go by taxi if I wanted to. Yes I wanted to go, but no thank you, I wanted to go as a "family". I have a husband and I want him in this special day... But I just dont think he get the idea. This silly-billy-melancholy woman's mind :P Well, he's busy and it wasnt his fault either, but I cant keep myself from hating the fact that I was left alone in this day..

Later on he called to say that he's coming home since he managed to finish his work faster that day.. Wow, what a joy.. The funniest thing was that when he got home, he said
"Ingat abang kejam ker..blablabla..."

Hehe..as if he read my mind :P

So off we went to our friend's house, we arrived a bit late, after 3, luckily the party has just begun. And guess what, after that house, we hopped from one house to another and to another and to another... finally, when it was time to head back, it was already 12.30am... huhu~ bak kata cik F, kat Malaysia pegi rumah sedara pun tak selewat ini..:P Sempat lagi Mr Z mengomel, "haa, puas tak raya hari nih?" hehe..

So the second day Ms S buat open house, and the best part was that we did ours too! After the halaqat which happened to be at my house this week, we invited several people for the first time to our "new" apartment. We have some "ayam masak merah", nasi tomato, rendang daging, kari kambing (sheep tuh kambing kan? orang kasi qurban), bergedil daging, limau dan salad coleslaw.. And I made some kuetiaw soto too (minus the nasi impit).. hehe, my favorites... Punyalah berdoa agar kawan2 boleh makan, maklumla negara macam2... takut tak tertelan rasa Malaysia, sedihnyaa...dahla Im not a good cook.. But Alhamdulillah, semua habis elok-elok walaupun mula-mula ingat tak cukup :((... Malahan, sebenarnya tak sempat buat dessert tapi kawan2 bawak kek jadi 3 biji total (coklat cake, fruit cake and mashmallow cake), mini eclairs satu box, puding karamel cik F,  biscuits, candies, sweets dan coklat berkotak2 (tak sempat bukak malam tuh)...Huhu, sibuk berperang kat dapur punya pasal.. Jazakumullah semua, Alhamdulillah. All thanks to my beloved friends, all praises to Allah.

Siapa sangka, ingatkan bila jamu orang nih, lauk berkurang, tapi peti ais penuh dengan daging qurban.. terharuuu~ dan gembira. Kami tiada siapa-siapa di sini, sahabat jer la yang memeriahkan hari raya kami.

Gambar?
Haih, saya lupa *ketuk kepala*... sibuk berperang kat dapur. Boleh bernafas pun dah cukup baik...Gambar "sheep curry" ada, nanti saya upload..kehehe, special tuh.


Seronok, dah lama tak buat makan-makan.. Rasa macam nak buat lagi..:D Mohon barakahmu utuk majlis mendatang juga ya Allah. Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Penat, tapi sangat-sangat-sangat hepi

Nak jemput orang next time ingat nak buat satay..macamana nak buat satay gebu macam Samuri tuh ya? isk isk.. tinggi sungguh cita-cita

Sunday, October 17, 2010

First Day of Play School

When she was around 2 years old plus, she recognized all the alphabets and numbers up to 10 already- just like most of the kids around her age. But it seemed to me that she wanted more than that. So when she started counting up to 20 and knew colors just with a one time lesson, I was quite amazed. What struck me as a surprise was, at that time, when she wanted to count more, what she did was counting using ABC after the 10. For instance, when she said that there were around "V" stars in the picture, what she actually mean was that there were actually 32 stars there, 10 + 22 (V is the 22nd alphabet in ABC, right?)

She also knew the shapes, music instruments that I read for her only for one time, "oval", "cone", "curve" in addition to the basic shapes of triangle, circle etc, and "tuba", "clarinet" "xylophone" in addition to "drum", "guitar" etc..And she corrected me that the "alligator" in the TV was actually a "cayman", and the vegetable that I forgot the name- was actually the "snow pea". I guess just like any other moms in the world, sometimes, your kid can really surprised you that you thought for once that she/he is a gifted child or something..hehe :P

At around this age, it seemed that they absorbed more than what we thought was enough for them. Naturally, Aisyah and me were both thrilled with the idea of sending her to school. Anak cik F pun lagi terer, dah tau Alif hingga Ya, siap mengajar "makhraj" yang betul kat Aisyah and Aunty Z nih, kehehe. Comel. So kitorang daftarkan diorang di playschool dekat-dekat sini juga. :)

Teacher was asking about Ayyan
Teacher: How old is he?
Cik F: 5 months
(Interupted by Sufia, cik F's daughter)
Sufia: Afia 3 years old.
Teacher: Oh so you are 3 years old.
Aisyah: (Quietly raised two of her fingers) Two


Heh, perasan muda :P


Ayyan slept half day at school. Adoii, hari pertama kat sekolah pun tido ker?
Muka budak baru bangun. Tak sedar pun orang amik gambar nih.

Gambar di atas hasil kija Aisyah n Aunty Fida nyer..ehehe. Gambar kerja tangan Sufia and Aunty Z lupa amik pulak.. Issk.
By the way, this is Aisyah's artwork at home, after school. I thought I was seeing two guys dancing - but hey, i was just being as imaginative as I could. Or maybe it was just the Martians! :P

Saturday, October 16, 2010

The Truth

Kebenaran adakalanya bersifat sungguh subjektif. Kadang-kadang kita rasa kita cakap benda yang benar, tapi di mata orang kita dah cakap benda yang tak benar. Contohnya, Z cakap rumah barunya berbumbung hijau, dekat dengan universiti. Tapi bila Y tengok, dia bagitau X,

"eh,X tau tak. Z tu penipulah. Bumbung dia bukan hijau. Dia cakap hijau. Dahlah jauh pulak tuh daripada universiti."

Jadinya sekarang, siapa yang cakap benar, siapa yang menipu?

Kadang2 dalam hal nih, jangan cepat percaya orang, dan jangan cepat pegi cerita kat orang. Kalau betul, apa yang kita cerita jadi "mengumpat", kalau tak betul akan jadi "menfitnah"

Semenjak kedatangan ke sini, sebenarnya saya dilanda fitnah. Bukan satu, dua, tapi berpuluh2. Not only they twisted my words, they also twisted their own words. As if that werent enough, sometimes they visited this humble blog to twist everything that I write here, from cerita makan-makan, sampai cerita bisnes sampailah cerita pasal cuaca pun diputarbelitkan. Mula-mulanya tuh saya memang marah, bukan mengumpat lagi dah. Dah menfitnah. Siapa yang kena pun mesti tensen.
 
Marah ni marah! Grrr...

Dan dalam keadaan marah tuh, saya dah bertindak di luar karakter. Bila lama-lama, saya fikir. Why should I be bothered? Saya tak buat semua tuh, lantaklah. Perlukah saya bertindak seperti orang tidak berilmu, tidak berakal? Saya mohon kepada Allah sekiranya dibukakan kebenaran atas fitnah tersebut, maka saya tanak sebut lagi tentang apa2 yang mereka fitnah secara spesifik. Biarlah. Dan saya akan maafkan mereka. Saya percaya yang hak tetap akan mengatasi yang batil.

Saya ambil keputusan untuk melupakan semua cerita- cerita tentang saya. Tetapi bab "copy cat" jer la nak kena ulas sikit, sebab itu dah melibatkan kawan lain. What, in the word copycat, that I do not understand? Kalau supplier lain, tempat business lain, dan produk pun lain, where in the world can I insert the word copycat? Let me assume that someone innocently forgot their own words, and incidentally twisted their own words. Saya doakan kejayaan semua orang dalam bisnes. Rezeki Allah bertaburan di muka bumi ini. Man Jadda wa jada.

Alhamdulillah, kebenaran fitnah terbukti. Itu jer yang saya pohon. Dan Alhamdulillah, peristiwa fitnah nih mengajar saya banyak perkara untuk muhasabah diri.
 
- berhati-hati dengan orang yang suka bercerita mengenai orang lain, mereka tidak akan puas dan bersyukur dengan apa yang ada pada diri-sendiri

- berhati-hati tentang orang yang bercerita keburukan jirannya atau rakan sekerja, ibubapa, mentua atau saudara, mereka orang yang tidak tahu menjaga keaiban orang

- berhati-hati tentang orang yang suka bercerita kepada kita mengenai orang yang tidak begitu kita kenali, sebab orang yang diumpat/difitnah sampai bila-bila pun tidak akan berpeluang membela diri, sebab dia taktau pun orang fitnah dia


- fitnah ini membolehkan saya muhasabah diri, sebab saya sering berfikir bahawa saya perlu cakap perkara yang benar, tapi saya lupa, tak semua benda benar perlu dicakap. Lebih baik berdiam diri, sebab mulutlah ramai wanita tercampak ke neraka. Kamu mahu dicampak ke neraka ke, Z?

- fitnah ini juga membersihkan sahabat. Yang malas nak layan fitnah tersebut walaupun mereka tidak kenal kita sangat dan tidak kisah pun benar atau tidak cerita tersebut, itulah sahabat sebenar

- cepat sangat kita ulas berita mengenai orang ternama, berita2 tv dan akhbar, cerita-cerita artis, tanpa kita tahu kebenarannya. Sungguh tidak adil kita berbicara sedangkan mereka tidak diberi peluang membela diri. Entah2 kita pun sedang fitnah mereka.

Hal di atas adalah hasil observation almost 3 dekad, tak ditujukan kepada sesiapa. Fitnah tak best. Kena fitnah lagi tak best. Selepas fitnah, apa? Silaturrahim yang dah koyak tuh macamana nak sambung semula?



Tanak ulas lagi. Tiap huruf dan baris nafas kita diperhatikan-Nya dan akan diadili Nya.

Berbalik kepada mukadimah yang tergantung tadi, kalau orang bagitau kita pasal Z yang kita tak penah kenal secara rapat,

"eh,X tau tak. Z tu penipulah. Bumbung dia bukan hijau. Dia cakap hijau. Dahlah jauh pulak tuh daripada universiti."

Siapa yang penipu? Z atau Y atau X? 
Dalam hal ni, kadang-kadang bukan ada sesiapa pun berniat nak menipu. Pada pandangan mata Z, bumbung tuh warna hijau, tapi Y pergi tengok waktu senja so nampak macam biru. 

Manakala rumah Y tepi pagar uni, so memang sangat dekat. Rumah Z pula tentu nampak jauh gila. Tapi bagi Z, dah kira dekat dah sebab sebelum tuh mereka tinggah jauh dalam ladang kelapa sawit...
Lebih baik kalau kita tanya kebenaran kat tuan punya badan sendiri, tanpa kita pula mengadu-domba.

Tapi benda-benda remeh dan subjektif macam nih, lebih baik kita jangan cakap. Paling penting jangan judge orang dan bercerita pulak kat orang lain, sebab silap-silap kita dah menfitnah dan mengaibkan orang. Kebenaran itu subjektif. Cukuplah Allah menjadi saksi.

Thursday, October 14, 2010

Aisyah Rifqah and Ayyan Fateh

Sibuknya, cuma sekarang Ayyan dah makin lama sikit tidur, bolehlah update blog. jalan2 blog orang. Kalau tak, jangan harap lerr nak sempat bernafas.

Perkembangan Ayyan

- Dah boleh meniarap dan mengesot
- Kalau kejar kereta control bukan main bersungguh
- Suka senyum. Character agak "cool"
- Sayang "menyayangi" mama, pantang mama bangun lebih 10saat mesti nangis
- Meghap, meghap



Perkembangan Aisyah

- ABC ok
- 123 sampai fifty, 51, 52, 53, 54, 55..pastu tiba-tiba 100 terus kau
- Eja "Aisyah" dan "Ayyan" (hehe, sambil tengok bantal bantalkabu :D)
- Meghap, meghap, pantang mama bangun mesti ikut tepi kaki...issk


Kakak Aisyah dan Adik Ayyan

- She loves him, he loves her
- She always forgives him for everything that he did to her, "tarik rambut" "cakar tangan", because she said "Adik so small~ll, so cute" :P
- She always knows what he wants every time he cries

"Mama, baby's scared!"
"Mama, baby want susu!"
"Mama, baby dont want to mandi. Baby want to sleep!"

"Adikkkkk!!! Dont cry adik. Im comingggg. Im Doctor Aisyahhhh"

Yeah, right. 

- Kakak bersungguh-sungguh buat lawak untuk adik
- Adik bersungguh-sungguh gelak walaupun tak lawak

Sempat ambil rekod sedikit sedutan "lawak pagi Isnin, sebelum mandi"

There might come some times when you both would disagree on certain things. And when that time came, I just want you to remember, how different you both were once. Yet, you are so in love with each other. Dont you think you were so happy together?

Aisyah Rifqah (3 years 5 months)
Ayyan Fateh (5 months)

Monday, October 11, 2010

Punca Ramai Wanita Andartu

Wah...sebenarnya merujuk kepada forum disini. Bukan main hebat lagi para lelaki berhujah, buka thread konon ikhlas nak bercerita siap tulis "Orang perempuan janganlah salahfaham dengan tajuk ini. Ini sekadar mencari punca dan penyelesaiannya,sebab dan akibatnya..."

Memang tertarik juga saya nak baca. Tapi bila baca punya baca, sementelah forum sedemikian hanya dimeriahkan oleh lelaki-lelaki yang "kurang berilmu" (ini dah habis sopan dah tulis nih). Saya tidak tahu berdasarkan apa generalization dibuat. Rata-rata berpendapat

- Andartu adalah golongan wanita bekerjaya yang gilakan harta, pangkat. Sedar-sedar dah andartu.
- Andartu memilih, nak kahwin golongan muda atau berharta sahaja
- Andartu sendiri yang salah sebab belajar tinggi sangat, orang lelaki takut nak dekat. Ego wanita.
- Andartu ramai kurang beragama, kalau dah beragama sudah tentu berusaha mencari jodoh. Asyik kejar dunia jerr... (siap tulis "wanita yang mukmin akan selalu mencari keredaan")


Orang lelaki Melayu, bila bercakap macam "bersabda". Betul sentiasa. Siap keluar hadis dan ayat al-Quran untuk menyokong pendapat sendiri..


Suami saya selalu cakap saya feminist sikit, mana ada saya feminist sikit...Feminist banyak la.. Muahaha...gelak jahat.. Ok berbalik kepada topik asal, saya tak minat nak ulas komen lelaki2 tak berakal kat forum tuh, sebab saya tanak insult lelaki2 berakal di sekeliling saya.


Cuma ini cerita yang boleh dikongsi bersama. Cerita benar, tiada yang tidak benar, melainkan yang benar2 belaka...


-----------------------------------
CERITA SATU


- Waktu matrik zaman belasan tahun dulu, selalu saya travel sendirian. Selalunya dalam bas, dalam train, dalam kedai buku (sebab selalu saya pegi kedai buku untuk "membaca" bukan "membeli"), ada juga yang mungkin rabun kanta spek tak cukup power, akan tegur

"Hai, dari tadi saya tengok awak. Awak buat apa sorang2 jer? Blablabla"
Ayat2 biasa.


Lepas tanya asal mana etc, selalu diorang akan tanya belajar kat mana. Selalunya diorang teka saya student UIA, suka hati jer.. So bila saya cakap saya "matrikulasi jepun",reaksi yang diterima lebih kurang selalunya boleh diagak. Tapi satu yang paling funny tak boleh lupa ialah


"Haa, Jepun??!! So nanti awak pegi jepun la?!" (Punya kuat dia tekejut, melampau betul)
"Insya-Allah"
(Sambil pandang kawan sebelah) "Errrr, oklah awak. Err, takper takper" (Gelak gelak dengan kawan sambil garu kepala dan sambil reverse, garu kepala lagi, reverse lagi)


Soalan saya, salah perempuan tu ker dia belajar tinggi? Salah perempuan tu jugak ker kalau lelaki tuh sendiri yang tak pasal2 intimidated?

So berdasarkan peristiwa2 similar to the above, selalunya kalau saya nak end conversation dengan stranger lelaki, saya akan cakap, sebenarnya saya cuti sebulan jer ni. Nanti nak kena balik Jepun semula...Muahahaha, sangat berkesan (huh, mr Z tak tau cerita nih, ~sshhh~)

Rata-rata sahabat yang saya kenal yang memang highly educated memang menyanjung tinggi dan begitu menghormati orang yang berpelajaran tinggi, tetapi bukanlah pula itu syarat utama untuk dijadikan calon suami. Apa yang dicari ialah mentaliti yang tinggi. Bersungguh dan berilmu dalam bidang yang mereka ceburi. 


CERITA DUA
Seorang wanita yang di"blind date"kan dengan seorang lelaki, tetapi seawal pertemuan pertama lagi, lelaki itu khusyuk bercerita tentang artis itu dan ini, gosip-gosip terkini, rancangan TV malam tadi... Seumur hidup saya, belum pernah saya dengar lelaki yang begitu eager bercerita tentang artis2 itu dan ini. 


- Soalan saya, salah perempuan tuh ker kalau dia "reject" lelaki yang nak jadi calon suami tapi tak layak jadi bapa yang baik? Zuriat bagaimana yang diinginkan oleh lelaki tersebut? Keluarga yang bagaimana yang mampu dibentuk lelaki tersebut? Perbualan harian suami isteri nanti adakah asyik berkisar kepada hal tepi kain artis dan orang lain?


CERITA TIGA
Seorang gadis yang bercadang menjalinkan rumahtangga dengan seorang lelaki dan telah direstui keluarga si lelaki tadi. Si gadis dengan inesennya sangat gembira dan bersyukur. Tanpa diketahuinya, si lelaki tadi bercinta dengan teman gadis tersebut, dan dibelakang gadis innocent tadi, macam-macam dikutuknya. Katanya si gadis tadi tidak cantik kerana tidak berwajah ala-ala anime seperti gadis korea, jepun...tidak seperti "kekasihnya" sekarang. Setelah lebih setahun, barulah si gadis tersebut mengetahui bahawa dia dipermainkan2. Perhubungan diputuskan, dan si gadis menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan aktiviti yang dilakukan sehingga mewakili negara. Barulah si lelaki tadi kecewa. Allah Maha Adil, dipertemukan si gadis yang semakin lama semakin gorgeous ini dengan lelaki dari negara luar yang walaupun bukan Islam ketika itu, tapi memang baik perawakan, tidak bersosial berlebihan, tidak minum2, bijak, malahan lebih baik dan matang dari kebanyakan lelaki Melayu yang pernah saya temui, insya-Allah. Dan Alhamdulillah, mereka telah selamat mendirikan rumahtangga. Semoga bahagia dunia dan akhirat.


- Soalan saya, salah si gadiskah jika wajahnya tidak menepati ciri-ciri tertentu? Perlulah dia ditipu dan dilayan sedemikian? Kata inginkan wanita solehah? Kenapa tak berterus-terang inginkan "wanita bermuka anime yang solehah"? Dan kenapa perlu dipertikaikan wanita2 yang bernikah dengan bangsa luar konon2 "tak cukup ker lelaki melayu, sampai lelaki mat saleh/ bangla/ jepun pun nak kahwin?" Tahukah mereka, by the time lelaki itu memeluk Islam kerana Allah, apa yang lebih baik selain syurga yang dijanjikan untuk mereka? Dan kita sama saja di sisiNya melainkan amal dan iman. 


- Kadang-kadang, lelaki Melayu ini malu jika dikatakan "awek"nya tak cantik mengikut spesifikasi tertentu, tetapi bila si gadis dihampiri orang lain, barulah hebat merayu simpati supaya kembali


- Lelaki Melayu ini sibuk nak "pakej lengkap". Nak isteri cerdik yang solehah...konon. Siap post itu ini dekat facebook n blog, ciri2 wanita sejati, isteri solehah dan lain-lain.. Tak pernah pula saya tengok mereka post tentang "ciri-ciri suami yang nusyuz" atau kisah layanan khalifah Umar terhadap isterinya. Semua nak ambil cerita yang memenangi diri sendiri aja...


Paling bagus bila siap letak hadis "kalau wanita yang baik, dia akan cuba mencari jodoh/keredaan" dan "tak boleh masuk syurga kalau perempuan tu tak kawin. Sebab tak sempurna iman." dan "Nabi tak mengaku umat".


Astagfirullah.


Sila percaya kepada Qada' dan Qadar.


Siapa tau, mereka wanita yang menjaga agama, beribadah dan bekerja siang dan malam. Cuma jodoh tidak ada. Dan siapa tau, jodoh mereka bukan di dunia, bukan dengan kamu, tapi Allah telah simpan jodoh mereka di syurga dengan seorang shuhada' ?
 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez