My hubby lahir di Selangor dan dibesarkan di KL, 10minit dari Sogo. Punyalah bandar. Abang ipar pulak asal Kelantan, tetapi zaman remaja hingga sekarang mostly spent di KL/Selangor jugak... So bila semua berkumpul di kampung, Kedah, macam2 kes/cerita tentang salah bahasa yang timbul.
CERITA 1:-->
Suatu pagi tuh..
(Mak dan saya berada di dapur manakala hubby tengah siap2 kat bilik atas)
Mak: Zainii...meh cepat menyorok.
Zaini: ....
Mak:Zainii...Zainii...meh turun menyorok.
Zaini: ....
Mak: Zainii...
Penat mak memanggil, tapi hubby tak menjawab punn. I started to realize apa yang tak kena...hehehe... Penat gelak sengsorang, I went upstairs to fix the prob, and predictably, dia tak turun sebab ingatkan mak suruh menyorok. Dia pun 'menyorok' @ duk diam-diam kat dalam bilik. Btw, "menyorok" tu maksudnya "makan pagi" yer, puan2..
CERITA 2:
Kawan2 ayah datang berborak ke rumah. Kemudian adala pakcik yang sudah tua nih ajak my hubby sembang. Kelakarnya, masing2 macam ayam dan itik. Lain ditanya, lain pula jawapannya. Sebelum tu, hubby memang ada komen tentang loghat orang tua2 yang sukar difahami.
Tiba-tiba, pakcik tu bersuara..
"Awat adik ni pelat semacam..."
On the spot, saya gelak habis-habisan. Sib baik saya jauh, kat dapur. Siann husband, merah2 mukanya.
CERITA 3:
Abang ipar tengah drive, ayah kat sebelah.
Abang ipar: Selepas ni nak ke arah mana, ayah?
Ayah: Lepas ni corner kanan, pastu betul saja, sampai jumpa simpang seterusnya.
Abang ipar: Ni nak belok kanan ni?
Ayah: Betul.
Abang ipar dah pening...kehehe. Betul tu kadang2 maksudnya straight/jalan terus. Kadang2 maksudnya, betul. hehe?faham? betulla tu...
CERITA 4:
Bapa mentua first time drive sendiri nak balik kampung.
Abah: Ni nak masuk mana ni, Z?
Me: Kat depan tu abah pusing kanan..
Abah and mak mentua (arwah): Huh? Macamana nak pusing nih? Kat depan tu?
Me: Bukan. Bukan pusing, belok kanan ja. Tak payah pusing.
Abah: Owh, cakapla belok. Abah pening tadi, macamana nak pusing kereta tiba2 nih
Me: Hehe...belok kanan...
CERITA 5:
Abang ipar bercerita tentang dua sahabatnya dari Kelantan. Masing2 sedang kepenatan balik dari kerja,dan cuma berniat utk berehat2 sambil berbual kosong di kedai mamak tersebut.
Kemudian, mereka dihampiri oleh seorang pelayan. Setelah order minuman diambil, mamak tersebut mengambil pula order makanan...
Mamak: Makan?
Kawan: (Sambil kepenatan dan kekenyangan, menjawab) Tok se, tok se...
Tak lama kemudian, pelayan datang dengan minuman yang diorder, dan 2 keping tosey..
CERITA 6:
Waktu menguruskan jenazah arwah Cik Ad (alfatihah...moga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman)
Abang ipar: Bila nak kebumikan jenazah nih?
Mak Ngah: Lepas Zohor kita simpan
Hubby: Iskk, bukan jenazah tak boleh simpan ker? Bukan kita kena kebumikan cepat2?
Semua orang tersenyumm...Hilang sekejap suasana sedih tu,
Saya pula terpaksa jadi translator, "simpan" tu maksudnya "kebumikan".. simpan dalam kubur...
Original betul bahasa2 menantu ayah, dan saya pun selalu jugak salah bahasa sebagai menantu orang lain negeri. Tapi tak kisahla, bahasa itu pelbagai. Unik dan kaya. Tidak ada mana-mana dialek yang lebih baik dari dialek negeri lain. Kat Jepun pun banyak dialeknya, Osaka ben, Kyushuu ben, Kyoto ben...
Kat UIA pun pelbagai dialek English kedengaran..memang menyusahkan betul nak memahami bahawa "faruss" tu sebenarnya "first"...
But language should be colorful. And I am enjoying every single difference.
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Whisperers:
mmg lawak kan kak..my hubby pun kalau blk kampung saya duk tercengang2 jela sbb org2 kampung duk ckp utara..hari tu dia pi bank..mcm blur ada pakcik tu mintak tlg nak kuarkan duit thru ATM tp ckp utara..penatla dia nak translate dlm ayat mudah faham.
btw,saye pun dah lupe yg 'menyorok' tu utk mkn pagi....kat sini x ckp utara..byk le word yg lupe dah..hehhe
tergelak2 sampai keluar air mata dyn and hubby baca....tambah2 yg first tue...Bepe lama zaini menyorok??sian dia.. nasib baik la kami 2-2 org kedah..tak de lah communication barrier yg teruk sgt..cuma bila bahasa org tua2 dgn bahasa moden2 jer...tu pun skit2...satu lagi buku leh dibuat kak..kamus loghat bahasa ...untuk term2 yang men" konpiuskan"
tambahan..tu nasib baik mak akak tak suh pi beli ghoti..mesti beli dia beli gardenir..kalu org tua2 ghoti tu biskut...ghoti benggali baru roti..jgn marah ckp hubby akak..gurau2 jer..
hahah lawak lawak lawakkk... akak tak penah guna perkataan menyorok.. may be kawsan aloq setaq kot ahaksss...
satu lagi yang konpius antara beli cekelat... gula gula pun cekelat.. cekelat pun cekelat...
selalu balik Kedah mak akak suh fatin ambik cekelat.. penat dia cari mana ada cekelat..rupanya gula gula....
I like this posting!
umiee...kelakar kan? hehe... tu baru intro...penah dengar "kain hisap kulit?" hehe..tu bahasa sebelah tempat house assistant
diyana...akak yang melihatnya lagila sakit perut gelak2...mak pun next time nak makan pagi, dia mesti guna perkataan "sarapan" dah... kehehe, takut menantu "menyorok" lagi...
haah, sib baik tak suh beli roti.hehe
kaknani,cekelat tu pun kami guna utk gula2 jugak!hahaha... sian fatin. mesti dia mencari cadbury ka coklat bar ka...kehehe
Post a Comment