Thursday, November 20, 2008

Interview n Interviewed

Before resign dari Stanchart tempohari, saya terpaksa jadi interviewer utk hire pengganti saya, utk jawatan yg bakal dikosongkan. Sebenarnya, antara tugas saya yang terpenting sebenarnya adalah utk menilai kemampuan bahasa Jepun interviewee. So basically, antara soklan yang saya tanya
(Dalam bahasa Jepun, tentunya)
Me: "Boleh ceritakan tentang kos awak di Jepun dan apa yang awak belajar di sana?"
Him: Blablabla...
(Jawapannya okla, rasanya dia pun dah boleh agak soklan ni keluar.)
Me: "Ok. Sekarang saya letakkan awak dalam situasi yang mana VVIP yang sememangnya melakukan business yang penting, tiba2 mendapati dia tak boleh login ke PCnya, kt workstationla. Malahan bukan setakat tu jer, PCnya cuma tunjuk blue screen. Apa awak nak buat?"

Dengan soklan kedua nih, saya bukanlah nak dapatkan tahap ketererannya dlm komputer, tapi sebagai org bank, cara menjaga hati kastemer sangatlah penting. Setiap VVIP calls kena pick up within 10 seconds, dan panggilan dari jepun mestilah diangkat tidak kurang dari 7seconds. Dah tu, tak bolehla nak layan VVIP atau customer macam orang Streamyx atau frontiers gomen layan orang. Everything needs "answer".. takpun "action".

Tapi saya agak kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh si interviewee. Berbelit-belit-belit. Kita kenalah tau PC tu macamana keadaannya, kena tau situasinya, kena tau itu ini... Ok, 3minit terbuang.

Pastu saya tanya sekali lagi, (dalam bahasa jepun jugala) "So apa tindakan yang akan awak ambil? kastemer nih tak boleh langsung login pc. skrin tak keluar apa2, cuma 'blue screen'"
Pastu dia ulang benda yang sama, dalam 5minit lagi.

To be honest, saya cuma mengharapkan satu dari dua jawapan shj!
Kalau dia celik komputer, dia boleh jawab, "Restart je la PC tu."
Kalau dia kurang savvy sket, saya cuma harapkan dia jawab "Maaf, saya tak familiar sgt dengan problem2 yg biasa berlaku di bank. So saya akan tanya colleague dulu..." atau yang seumpamanya dengannya. So saya cuma nak dengar kata kuncinya "tanya orang" atau "darekani kiitemimasu"

Huhu...
Keciwa saya.
Sebenarnya dari segi penampilan, saya memang dah nak recommend him, kemas, very neat n polite. Sebenarnya dia senior dari segi umur, tapi harap2nya dia tak perasan. Ecece.. Lagipun dia cakap dia dh kawin, so for sure dia akan bekerja sungguh2 nnti.
Tapi...

Bila diberi giliran dia pula bertanya, dia boleh cakap,
Him: "Saya sebenarnya dapat dua offer dengan gaji yang sama. So boleh tak bagitau saya samada saya dapat atau tak job nih?"
My manager: "Well, we need some time to process your application."
Him: "Tapi saya perlukan jawapan segera sebab kalau dapat, saya tak perlu attend kija yang satu lagi."
My managers (two of them) and me,we were loking at each other, stunned by his boldness
Manager: Kija awak tu bila start?
Him: Blabla.. So bila saya boleh tau kija nih dapat ker tak? Hari ni tak boleh tau ker agak2 dapat ker tak?
Manager: We really need some time to process. Because to be honest, we also have other interviewees coming later.
Him: tapi tempat tu jauh. Sebab tu kalau boleh saya prefer kija di sini. Cuma, klu saya daftar di sana, sy akan bonded dan klu lepas tu...blabla
Manager: Well, we really need some time to process and all we can ask from you is to be fair to us, by giving us some sufficient time to go through all the applications.
(Huhu, tak pernah dengar orang cakap sepolite itu dengan interviewee)

Sebaik saja session interview tu habis, kami bertiga berpandangan dan tergelak sendiri. Hasil discussion (tak lama pun), kami sebulat suara berpakat untuk tidak memilihnya. Senang! Kan dia nak jawapan yang pantas?

So basically, lepas tu, saya tak rasa takut dah nak menghadapi interview kija. Kihihi, kalau interview utk scholarship rasanya masih cuak kut.

Tapi tu lah, bila dah berada di posisi yang bertentangan, kita dapat 'melihat' sesuatu itu dengan lebih jelas. Bila berada di tempat interviewer, saya dapat merumuskan yang actually, interviewer nak seseorang yang dapat bekerja dengannya, bersamanya dan mengikut caranya. Dan semakin seseorang itu cuba nak menipu, atau nak berbelit-belit, walaupun interviewer tu tak sure betul atau tak apa yg dicakapkannya, interviewer akan merasa ragu2. Hence, semakin banyak cakap orang itu, semakin 'annoying' pula rasanya.

Interviewer juga manusia, semakin kita bersungguh2 menjawab soklan, semakin dia kesian dengan kita. So, dia takkan reject terus, habis2 KIV jer (melainkan a very highly competitive job, then resume, skill is everything). So
1. Appearance. Kemas tapi berpada2lah.
2. Jawablah secara jujur.
3. Ambil masa sekejap untuk menjawab. Ini bukan acara tekan buzzer. Imbas kembali apa yang dah diajar jika perlu.
4. Jangan melenggang. Bawak something especially resume, of coz. Takla nampak malas sgt kan
5. Be wise and be honest.
6. Rilex. Kalau tak boleh confident pun tak per, asalkan cool down, sebab confident came naturally klu kita dah fully prepared.
7. Anggap jer interviewer tu tak sebijak anda.. ehehehe. Jahat kan, me? Yer la, manusia ni kan kelebihannya lain2, jadi mesti awak ada satu kelebihan yang awak ada tapi tiada pada interviewer tu. Mesti ada. So bring him there!


Tapi nasihat yang paling berguna yang saya pernah terima untuk interview ni ialah "jadilah diri sendiri. Kalau kita tak dapat kija tu bererti kita memang tak sesuai kija di situ, sebab management tu tak dapat nak terima kita. Dan tentunya kita juga tak akan dapat terima cara management di situ dan bos tempat tu"
dan
"interview does not mean you are being interviewed solely. It also implies that you are also interviewing them, whether they suit to be your boss/colleagues or not!"


siapala saya utk memberi nasihat... Ini cuma pengalaman untuk dikongsi. Yang baik jadikan teladan.
So..
Good luck semua graduan!

4 Whisperers:

Anonymous said...

That guy mcm chase interviewer pulak bg jwpn cpt2 kan..kalau saya yg jd panel tu dari nak amik terus tawar hati nak recruit erk!!

Mmg betul kak...1 big lesson ms tebiu just be yourself..tak tau ckp je taktau..kang kalau goreng lebih2 hangus pulak..kekeke

Yin Hasni said...

1st interview ms minta keje kat UTHM gn SPM..sbb xde pengalaman n maybe faktor2 lain xdpt..xpe

Bl dah grad ni...byk sgt constrainnya..malaslah buatlh keje apa yg patut.
Since buat part time ni, ada jg pengalaman yg dpt...

lady zaini said...

Umie,
betul betul betul. klu nak menggoreng pun biarlah berskil dan berilmu.. klu tatau, politely cakap dia punya kemampuan dan limitation, n alternatifnya.. nnti penat jer menggoreng.

yin,
mesti cute kan awak minta guna spm jerr. muda-mudi dolu2.
tu lerr, rezki kadang2 dari tempat yg tak diduga. Alhamdulillah...:)

Yin Hasni said...

Xleh nk kata cute sbb waktu tgh pregnantkan Nazihah...tp sbb perut x nampak besar pakai baju kurung pun org x notice....

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez