Tuesday, November 4, 2008

Malaysia yang Menyogok

Banyak tan sri, datuk seri, dan datuk yang wujud kt malaysia ni, sehingga dijadikan bahan lelucon oleh rakyatnya sendiri.
Apa sangatlah jasa SM Salim, sampai dapat doktor dan tan sri, dan diletak sebaris dengan Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim,atau Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan Baba, atau paling kurang, Tan Sri PRamlee yang karya2nya evergreen dan pelbagai genres.
Hebat sangatkah seseorang yang mampu membayar sewa dewan Albert Hall, dan melenggang-lenggok didepan dewan yang separuh kosong itu, atau seseorang yang main di gelanggang final tapi bulu tangkis pun asyik2 sangkut di jaring, sehingga dianugerahkan Datuk. Itu belum termasuk datuk yang datang Malaysia hanya utk berlakon atau promosi filem. Kesemua mereka ini diletakkan setaraf atau hampir dengan Datuk Laksamana atau Datuk bendahara kita yang hebat2 dulu.

Itulah bahana negara diperintah oleh orang yang lemah dan hilang fokusnya. Hiburan lebih diutamakan. Jasa2 ahli akademik dan ulama dipermainkan.

Sememangnya kita, orang Asia ini gemar menyogok. Jika kita suka sesuatu, kita akan memberi hadiah dan cenderamata. Jika menteri datang merasmikan, pelbagai hadiah dan cenderamata disogok. Kalau anak puasa penuh, sehari dapat RM1.

Di jerman, seorang pensyarah berkeras dan enggan menerima cenderamata daripada pelajar/superviseenya, bimbang jika hadiah yang diterima mempengaruhi pemarkahan.

Kemudian kita di Malaysia ni sibuk2, kenapa rasuah tidak dapat dibanteras.
Sorry, tajuk dan entry kali ini agak provocative.

"Semoga Allah melindungi negara kita dari maksiat, rasuah dan kezaliman. Amiin"

0 Whisperers:

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez