Friday, August 24, 2012

Types of Friends Mentioned in Quran


Nampak tak?

Yang saya perasan, kita bila bercakap pasal "sahabat", kita dah ada falsafah tertentu. Antara tanggapan tipikal
- Sahabat bersama di kala senang dan membantu di kala susah
- Sahabat berada 24 jam di belakang kita

Saya... tak dapat nak berada 24 jam dengan sahabat saya. Dan saya tau sahabat saya juga tak mampu berada sama saya di kala susah atau senang. Masing2 sibuk urusan dunia dan akhirat. Saya tak kecil hati.

Kadang-kadang kita pun tak mampu nak tolong mereka. Kadang2 response kita terhadap soalan mereka pun lambat. Kadang2 mereka tak tolong kita bukan sebab tak nak tolong, tapi tak mampu nak tolong. Dalam waktu2 macam ni, sahabat tadi tetap tak tinggalkan kita dan nasihat/doa mereka tetap tak dilupakan kita. Itulah sahabat. Pertolongan mereka dalam pelbagai cara. Tapi mereka tak tolong ke arah kejahatan dan kelalaian. Itu bukan sahabat :)

But after all, there is a need to show them that you care. Jangan kedekut tenaga dan masa nak tolong sahabat. Dan bila kita tolong, niatkan sahaja kerana Allah, sebab kadang2 sahabat kita tak ingat pun pertolongan kita. Allah ada.

Dan bila kita bersahabat, niatkan sahaja kerana Allah. Dengan demikian kita tak kecil hati kalau rupa-rupanya mereka itu di belakang kita menjaja cerita fitnah. Allah ada.

Dan bila kita minta tolong dari sahabat, niatkan sahaja bahawa Allah yang Maha Berkuasa, dan sahabat tadi cuma makhluk sama macam kita. Jadi bila sahabat kita buat tak tau, kita tak kecil hati. Allah ada.

Hal demikian juga bukan terhad kepada sahabat, tetapi juga kepada saudara, ahli keluarga, majikan ataupun pasangan suami/isteri sendiri. Mereka adalah makhluk. Dan di mata mereka kita juga cuma makhluk. Mungkin ada waktunya perasaan sayang mereka kepada kita berlebih-lebihan, ada waktunya mereka tak perasan kewujudan kita.

Allah ada.

0 Whisperers:

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez