Monday, August 20, 2012

Eid Mubarak - Winnipeg, 2012

Eid Mubarak~
Moga ramadan ni membawa perubahan "dalam" diri, kepada yang lebih baik.

Aidilfitri tahun ini disambut sederhana tetapi meriah.
(Serious bangga dapat guna ayat ni :P Rasa macam reporter TV3)

Lepas diziarah sehingga waktu zohor, kami menziarah pula selepas zohor, dan kemudian bila dah tak larat nak berziarah, terus balik rumah dan terziarah-ziarah pula di alam mimpi :P Serious tak larat. Selepas subuh 4.30 am, nak tidur semula takut miss solat raya. Masalahnya cik Aisyah Rifqah dan Ayyan Fateh pun terbangun juga.. haish~

Nampak sangat malas nak amik gambar... :P

Ayam masak merah, rendang daging, bihun sup, nasi himpit, lontong, bergedil, rendang daging, sup ayam, ayam masak merah.... (saja ada yang ulang 2 kali bagi nampak banyak :P) Kuih sejenis jer, kuih makmur a.k.a kuih telur penyu...

Malas nak letak muka sendiri. Mula2 nak blur muka tapi serious nampak ngeri. So tutupla hidung sket :P 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga. Moga dipanjangkan umur hingga Ramadan dan Syawal tahun depan. Taqaballahu minna wa minkum ~

0 Whisperers:

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez