Friday, August 10, 2012

Kahwin Muda?

Ramai yang menentang idea kahwin muda ni. Tak sesuai. Mereka bimbang.

Bimbang pasangan tak dapat nak bagi komitmen sebab terlalu mentah, dan perkahwinan berakhir dengan perceraian.

Bimbang duit tak ada, tak mampu nak sara hidup keluarga.

Bimbang kalau ahli keluarga bertambah, pandai ke nak menguruskan rumahtangga. 

Bimbang kalau salah seorang pasangan meninggal, tak ker jadi janda/duda muda.

Bimbang tak habis belajar, dan tak dapat kerja.

Bimbang tak dapat komitmen terhadap pelajaran.

Bimbang tak dapat didik pasangan ke arah keberkatan Ilahi....

Bimbang....

Bimbang....


Jika dibaca semula kebimbangan-kebimbangan di atas, macam boleh applikasi sebenarnya kepada semua orang, dari semua bangsa, pada semua umur, di semua negara.

Perceraian? Macamlah kalau kahwin lewat macam artis-artis tu kompem kekal ke hujung nyawa.
Duit takder? Macamlah kalau kahwin lewat duit kompem ada.
Meninggal? Errr.... Kalau kahwin lewat boleh panjang umur ker?
Tak habis belajar? Kalau kawen lewat kompem 4.0 flat yer?
Tak dapat didik pasangan? Wah~ Kalau kahwin lewat, harini bujang esok akad nikah, terus boleh jadi imam solat?

Semua tu sebenarnya alasan dan kebimbangan yang tidak berasas. Boleh atau tak kahwin muda, bergantung kepada diri-sendiri dan diri pasangan. Kahwin adalah sunnah dan melengkapkan keimanan seorang muslim. Kebimbangan yang tidak berasas ini sebenarnya baru sahaja berjaya diindoktrinasikan oleh atheist dan dunia barat ke dalam diri masyarakat malaysia/melayu.

Cuba pandang ahli keluarga kita. Nenek kita. Mak ayah kita? Bapa/ibu saudara kita. Mesti ramai yang kahwin awal kan?

Berapa percentage di antara mereka yang bercerai muda sebaik lepas kahwin? Adakah kita rasa mak ayah kita tak cukup makan? Tak cukup duit? Tak cukup pandai? Tak cukup berjaya dalam mendidik anak-anak mereka? Tak cukup beragama? Tak cukup bahagia?

Kita percaya sangat dengan idea-idea dari Barat bahawa perkhwinan adalah bebanan yang tak akan termampu ditanggung oleh pasangan muda. Kita jadi takut. Bimbang dengan sesuatu yang belum berlaku.

Sejujurnya, ketika mengambil keputusan untuk berkahwin dulu, saya juga bimbang. Banyaknya bisikan yang datang. Kebimbangan itu mengiringi sampai ke detik akad nikah, yang mana si bakal isteri yang belum matang ni "boleh" berdoa, "Ya Allah, kalau perkhwinan ini buruk dan bukan untukku, kirimkanlah seorang pemuda yang tiba-tiba muncul dan menjerit 'HENTIKAN PERKAHWINAN INI!'. Demi Allah, aku berkahwin ini semata-mata keranaMu, ya Allah."

(Ini image yang ada waktu berdoa tu, serious tak tipu :P)

Maka, tak perlulah saya huraikan ketidakmatangan waktu tu yer? Haha~ Apalah doa pun ada pengaruh anime.

Dan adakah rumahtangga kami bahagia? Aman makmur? Merdeka Berjaya? Perfectly PERFECT?

Tidak juga.

Ia adalah perkahwinan yang biasa.
Ada masa kecil hati.
Ada masa merajuk hati.
Ada masa jauh hati.
Ada masa hati-hati.


Ia adalah perkahwinan yang banyak cabaran - sama seperti perkahwinan mak dan ayah kami. We are just... perfectly imperfect.

4 Whisperers:

~albazrah~ said...

Salam, zakiah posting sebelum dah banyak dihidekan ke zakiah? Suka baca...

ida_zy said...

salam zakiah, memang nak tergelak tengok imej tu hehe

ni pandangan saya la ye, si bujang terlajak hehe..
hasil pemerhatian di facebook la, saya tengok reaksi anak2 muda (students saya la ramainya)
dia orang lebih tertarik pada perkara2 sweet + jiwang dalam hal nikah awal, apa yang ada di fikiran mereka cumalah nak menghalalkan kisah cinta mereka
ok tak salah pun, memang bagus
tapi fokus kebanyakan mereka pada itu saja lah (tak semua la)
bukan macam zakiah, boleh fikir untuk nak cari keredhaan Allah

mungkin kerana itu lah ada pendapat2 yang menekankan supaya ingat pada tanggunjawab etc
bukan pada hendak fokus untuk mengelakkan zina
terus terang saya katakan, kalau bujang pun insya Allah boleh elak zina
terpulang pada usaha dan kebergantungan kita dengan Allah

generasi kita, mak ayah kita, dan golongan muda sekarang memang berbeza pemikirannya
beza paling besar, ialah common sense yang semakin merudum

masa saya belajar degree dulu, waktu first year saya sebilik dengan seorang kakak 3rd year yang sudah bernikah, saya ada kawan yang sudah bertunang, actually keliling saya agak ramai yang sudah bernikah (uia sebenarnya memang dikenali sebagai universiti yang menggalakkan pernikahan waktu belajar)
tetapi tidak lah pula saya dan kawan2 yang bujang terawang2 berangan2 sibuk nak nikah juga padahal calon pun tiada):-p
kerana common sense generasi kita yang masih kuat alhamdulillah
iaitu pandai ukur baju di badan sendiri

macam dah merapu banyak dah saya ni sorry2, tapi itu lah saya faham pros and cons tentang isu ini, saya rasa ia menjadi perhatian kerana ia melibatkan generasi muda sekarang yang pemikirannya sudah terbiasa dengan segala macam segera dan terbentang di hadapan mata

maka pihak2 di sekeliling perlu lah membantu memberi kesedaran dalam masa yang sama turut menggalakkan kebaikan, wallahua'lam

lady zaini said...

Salamz dikma

Mabruk, mabruk. hihi~ start dari bila ntah haritu saya tulis dalam blog lain, konon2 nak buat blog bersifat keibuan sket, tapi gagal... so tu yang saya revert ke blog asal nih. hehe. tak hide pun tapi tukar blog ja :D

lady zaini said...

awak refer kat kes macam ni kut ida:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=389936104402773&set=a.167160963346956.43550.130385003691219&type=1&ref=nf

:P

kalau awak baca post ni sekali lagi, mungkin awak perasan yang saya sebenarnya TAKMO kawen. Hence such doa, jadi waktu hari nikah tu saya berdoa serahkan diri pada Allah untuk perkahwinan ni, sebab saya konfius teramat sangat. Bukan dari mula hingga akhir mencari keredaan Allah. Lepas beberapa lama kawen baru kami sama-sama belajar mengingatkan diri masing-masing hal mencari redha Allah ni.

So far yang menghalang kahwin awal ni tak pulak mengingatkan "tanggungjawab" tetapi lebih kepada beri kata putus "kahwin awal takkan mampu memikul tanggungjawab."

Untuk lebih jelas lagi, mungkin better saya bagitau artikel sebenar yang saya rujuk (link ni berleluasa di fb) http://honeykoyuki.blogspot.ca/2012/08/keep-calm.html


memang saya dah selalu dengar, orang selalu bagi alasan "zaman mak ayah kita berbeza"... tapi zaman memang akan sentiasa berbeza. Sunnah tetap sama.Saya rasa awak pun tau kan pasal hukum berkahwin - bila jadi haram, bila jadi WAJIB.

Saya tau, kahwin muda ni tak dapat sokongan dari majoriti umat Islam sekarang. Tapi saya tetap berada di pihak yang sokong kahwin waktu usia muda, Insya-Allah. Kalau mereka buat sebab nak halalkan sesuatu pun, takpa, tetap mendapat keberkatan dan ganjaran tak terhingga dari Allah. Bagi yang bujang dan mampu jihad, mereka juga dapat ganjaran yang tak terhingga dari Allah. Cuma, kita jangan biar diorang berada di tengah-tengah ni, tak mampu jihad tapi tak dapat kahwin. Bila jadi macam ni, impact bukan pada individu. Bila berlaku pergaulan bebas (bukan zina pun), takut kemurkaan Allah jatuh pada satu komuniti, bukan individu 2 orang tu ja.

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez