"Nampak saya dah gemuk sangat ker sekarang?" tanya best friend kamu...
Hah, jawab jangan tak jawab. kekekeke. Typically, ada 3 jenis jawapan orang selalu bagi
Jawapan 1:
"Takderlaa...mana ada. Tak nampak punnnnnnn"
Mesti dia tanya balik, "betul ker nih? Cakapla betul2, saya serious ni. Ada orang tegur saya dah nampak macam gajah"...
Ok, sila settlekan sendiri masalah anda :P
Jawapan 2:
"Aha, memang dah nampak gemuk sikit la."
Mesti dia tanya balik, "Alah...nampak gemuk sangat ker? Kat mana yang gemuk? Kalau saya pakai baju macam sekarang nampak gemuk jugak ker?"
Ok, ni pun masalah anda, sila settlekan sendiri :P
Jawapan 3:
"Mmmm, betul-betul ker nak tau nih? Kalau saya cakap jangan marah yer."
Mesti dia tanya balik, "Alaa...ni mesti sebab saya dah gumok ni, betul tak?" (Ulang desakan pada jawapan no isnani)
Ok, obviously ni pun pandai2 settle sendiri yer :P
Apa jawapan yang perempuan nak yer dengan soalan macam ni? Saya yang perempuan ni pun konfius kadang2. Ada yang boleh terima ok jer. Tapi kalau yang tanya ni jenis vain sikit, serba-salah nak jawab walaupun kita rapat dengan dia macam isi kuku dengan isi kuku. Penat jer fikir macam mana nak jawab. Hmmm..last-last saya rasa ada 3 jenis jawapan yang boleh buat
1. JAWAB CARA USTAZ AZHAR IDRUS
Kelakar tapi serious.
"Hok dok kater kat kiter gemuk tu semua bodo belaker. Kiter bukan aper. Hok gemuk la cantik. Kurus sangat nok peluk pun dok ghaser aper, ye dok? haaa..tu mung kena fikir sendiri. "
2. JAWAB CARA TUN MAHATHIR
Precise and concise.
"Yes you are a bit fat."
Kalau orang marah, sila tambah lagi fakta dan bukti konkrit:
"That's not something that you can hide, you can check the scale and see the obvious weight gain, compare it to last year weight."
Kalau orang tu menangis, peduli apa, she's asking for your opinion:
"That's a fact. Everybody can see that. It's just the matter of you accepting the fact or not."
3. JAWAB CARA ANWAR IBRAHIM
Retorik. Kalau boleh ulas soalan tu terlebih dahulu.
"Fat? Well, that depend on how you look at the issue. That's a serious subject, and at the same time a very subjective thing. It is a word invented by the..."
Bagi contoh yang takder kaitan takpa, asalkan dapatkan sokongan orang yang bertanya.
"I support all efforts to protect the right of overweight people to use the elevator, even if it means dismissing all the other people of 'normal and under' weight from using the same elevator!"
Bagi ayat bombastic sikit. Dan pelan-pelan tukar topik.
"We can hardly call a diagram of love illustrating an ample woman's anatomy that happen to has plethora as something that is not pleasant to the eyes. How about changing the definition of "fat"? The term fat is overused and archaic."
Haa... sila nganga luas-luas :D
---------------------------------
Merepek apa ni? Actually Im suffering from a serious weight loss. While other people kept asking, "do i look fat?" all i want to know is that "do i look way too skinny? and unhealthy?"
Although BMI still shows "healthy weight range", it is slightly on the lower side of the chart, and at risk of being 'underweight' :P You can check your BMI here. I know it's a problem since I don't feel like eating anything anymore ;(
Friday, February 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


6 Whisperers:
weight loss? zack sekurus dulu time2 umur 18 ke? ishh tu kurus sgt tu..nanti nak dukung anak pon buleh rebah..rasanya bila dah berenti menyusu anak, boleh la naik balik berat tu..:))
hehe, i got over this issues now.
waktu matrik tu melampau sangat kurus, itu silap2 anak kena dukung mak. hehe
salam zakiah
kenapa tak lalu makan? sebab busy tak sempat atau stressed? (heh direct je tanya sorry)
semoga masalah weight loss anda dapat diselesaikan, insya Allah
saya pula mengalami masalah weight gain yang over, mungkin boleh kurus sewaktu phd nanti? hehe
ya, kita semua impikan normal bmi :)
alhamdulillah 'alaa kulli hal
kak Z, me too...berat menurun...maybe sebab kurang selera makan kot lately nie...anyway kak Z, take care ye..;-)
Umie, first trimester kut. Lepas ni naikla tuh. hehe :) take care jugak
ida, takder selera nak makan, dari sushi sampai nasi ayam sampai beriyani sampai spaghetti, dah tak tau nak makan apa lagi :(
Post a Comment