Thursday, January 26, 2012

Hadis? Sahih? Daif? Palsu?

Tajuk kena letak tanda tanya..
tu teknik biasa untuk mengelakkan kena saman, so nak tulis apa lepas tu pun boleh lepas tangan...tapi tolong baca sampai habis (atau jangan baca langsung) entry ni

Saya merasakan otak kita sekarang sangat pasif dengan berleluasanya video di internet dan rancangan2 tv dari beratus-ratus channel. Kita jadi menerima seadanya segala yang disogokkan. Semua kita terima bulat-bulat. Kalau terlalu banyak sangat analisa, habis semua cerita jadi tak logik, demikian kita pujuk otak kita supaya jadi pasif. Lalu kita malas nak fikir pun kenapalah jahil benar gaban tak terus "gaban-z potong dua", saja jer nak lawan dulu padahal dah tau akan kalah kalau guna cara lain....hmmm

"I tak rasa penggunaan tv dan internet berlebihan boleh menyebabkan otak jadi berkarat dan pasif. Tengok I, ok jer. Lagi luas tau pengalaman dan pengetahuan I sejak ada internet dan facebook ni", bangkang cik joyah.

Well, no comment. Saya cuma nak kongsi hadis-hadis yang boleh membuatkan otak kita berfikir dan tak pasif sangat. Cool down, please.

HADIS PERTAMA:
Bermula terlebih jahat bagi sifat lelaki, tetapi terlebih baik pula bagi sifat perempuan, ada tiga; yang pertama al-bukhlu (kedekut), yang kedua az-zuhum (membesarkan diri/sombong) dan yang ketiga  al-jubnu (penakut)


Maksudnya: Sangat elok jika wanita mempunyai sifat-sifat ini, iaitu kedekut, sombong ataupun penakut, tetapi sangat jelik pula jika lelaki atau suami yang memiliki sifat-sifat sedemikian.

HADIS KEDUA:
Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama puteri baginda Saidatina Fatima R.A. setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan…

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu, biasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Maka Rasulullah berkata… “Hendaklah para wanita mengambil pengajaran daripada pohon semalu melalui 4 aspek:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).

Kedua, ia juga mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan menjaga maruah sebagai muslimah.

Ketiga, akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi menunjukkan bahawa wanita solehah hendaklah menguatkan lagi keterikatan yang lebih mantap kepada Allah Rabbul ‘Alamin.

Keempat (terakhir), semalu akan kuncup menjelang senja. Oleh itu wahai wanita solehah pulanglah ke rumahmu apabila datangnya senja…”

OK, PENJELASAN "HADIS" DI ATAS

1. Hadis pertama bukan hadis pun. Ia adalah petikan kata-kata Sayyidina Ali R.A..
2. Hadis kedua pun bukan hadis sahih, bahkan bukan hadis daif sekalipun. Ia adalah hadis palsu yang dicipta dan disebarkan secara berleluasa di facebook... Nauzubillah, berapa banyak dosa orang yang mula-mula sekali buat, sekalipun dia berniat baik. Dan berapa banyak pula dosa orang yang mula-mula tkan butang share...fikirkanlah. Setiap berita yang disampaikan pada kita harus diselidik. Jangan percaya dan jangan malas nak cari kebenaran. Hadis apa start dengan "pada suatu hari"? Haish~

Kaji sesuatu perkara, dan percaya hanya jika terbukti kebenarannya. Banyak sangat fitnah dan penipuan di akhir zaman ini. Jangan jadi fasik.

4 Whisperers:

MQ said...

masa baca yg kedua..first thing yg terlintas, eh kat padang pasir pon ada pokok semalu ke?

but I get your point..lately mmg ada mcm2 news or hadis/hukum jadian ni..kena selidik dulu..kalo tak dah jadi tukang penyebar fitnah plak..

ida_zy said...

wah dah byk update rupanya lama tak tengok
saya jugak yang tak update2 haha
perasan sibuk macam le beranak 5

eh zakiah, kenapa saya nampak ada entri2 berulang?
ke saya pun dah jadi infinite loop?
oh tidak...

Kamalia said...

betul tu kak z..la ni memang banyak yg duk jadi ustaz dan ustazah eff bee..boleh kalau kita nak buat amal tapi pastikan cerita kita tu dari sumber yng betul..pastu ramaila pulak yang klik share..

lady zaini said...

Saya tukar tajuk tu takut2 kalau ada yang baca separuh jalan, tak pepasal berdosa jugak saya...

MQ
Exactly. Sama jugak saya pun fikir benda yg sama first time baca. huhu~ mengarut depa nih

Ida
Saya memang tak suka orang baca blog saya. haha. Malasla nak entertain orang, especially yang lain mindset and yang tak paham cara saya fikir :P

Infinite loop tu, nantila saya godek2 html. Aha malas.... Ida, update jangan tak update :D

Kamalia
Tak taula nak cakap apa dekat sapa yang mula2 tergamak karang hadith palsu tu. Nauzubillah. Yang penting kalau kita dapat berita tu, siasat dulu sumbernya, sahih atau tak, walaupun berita itu bertujuan untuk dakwah...

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez