Sunday, October 18, 2009

Sending happy vibes

Dulu waktu sekolah menengah, kawan saya bagitau

"Z, kalau nak tau orang tuh suka mengumpat ker tak, cuba tengok kt ... orang tu, kalau bentuknya macam ni macam ni...blablabla"

Pastu bila dia buat gaya ngumpat sekali, seriously saya gelak golek-golek, ingatkan dia buat lawak. Tapi rupa2nya betul, so far orang yang kuat mengumpat memang ada this stricking similarity..Err, tak payah elaborate la :)

Waktu kerja dulu ada seorg manager yang suka sangat point kesalahan budak department kitorang, dan akan cc kan email kesalahan tersebut kat semua orang dan manager dept kitorang, walaupun dia lain department. One day, dia buat benda yang sama kat one of my friend, i was so angry of the way she humiliated her, so i emailkan bagitau tak perlula cc sampai satu department untuk benda sekecil macam tuh. Benda tu boleh backspace and rewrite. Sikit jerrr. N she got so emotional, dia reply email tuh dan bcc kpd semua managers di semua department, termasuk all the big bosses and big names. Rasanya kalau ada "yahoo groups" or "facebook" waktu tuh, mesti dia forward jugak:)

Tapi one thing dia tak fikir, benda tuh backfired her semula. Semua manager mula menyiasat kisah sebenar dan one of the manager datang tanya apa yang berlaku sebenarnya. So when he knew the truth, he said that he would take care of the matter and not to worry. There wasnt much to tell, everybody knew her, n they all knew me. Elok2 saya email secara private, tapi dia sendiri yang buka pekung di dada. Hmm.. Elok2 orang tak tau, saya just bagitau tak puas hati jer, karang diri-sendiri yang bocor rahsia.

Dia lupa, orang lain yang mendengar tak semua emosional dan terima bulat-bulat apa yang dia cakap. Ramai yang bijak pandai, regardless of Malay, Chinese or Indian managers waktu tuh, diorang sangat rasional dan handle every cases dengan baik. Dan dia juga lupa, walaupun dia manager, tapi dalam kerja ni mana ada senior junior, bukan sekolah menengah, n position yang saya pegang waktu tuh sangat penting, ehehe, unless she's proficient in Japanese :P

The next few days, dia n beberapa managers lain join jamuan raya kitorang. n kalau sebelum nih dia panggil semua budak department kitorang "kuli-kuli" walaupun kat public...kali ni tetiba jer dia being very nice to me, n kejap2 "betul tak z?"... atau "kan z kan?" n asal ada orang buat lawak ja, mesti dia pandang muka saya tengok gelak ker tak...Musykil eden..Rimas-rimas..Kalau yer pun kena warning suh be nice, janganla sampai macam tuh..obvious benor tuh.

Itu semua dalam past tenses (perlukah saya explain tiap kali?). Manager tuh pun dalam late twenties, saya pula early twenties, so memang angin masing2 masih kuat. Kalau jumpa sekarang, maybe we can sit together and simply laugh it away...

So kesimpulannya, people notices. But takder orang yang suka dengan orang yang bagi negative vibes, so orang buat tatau jer. Mungkin orang yang suka ngumpat nih tak perasan, diorang bagi very intense and strong negative vibes, from their faces. Dulu-dulu muda-muda memang banyak jugak saya buat benda-benda bodoh macam kalau tak puas hati, bagitau terus-terang. Tapi rasanya sekarang dah tua-tua nih, memalukanla buat macam tuh. Nanti jadi macam makcik Joyah dalam drama Melayu. Said my frens "when you were in your twenties, you are still allowed to make mistakes and stupid stuff, in the name of immaturity.. Not after that." Dah masuk 30-an adalah masa untuk revise salah sendiri, bukan salah orang, sebab bila dah masuk 30an, otak dan pendapat kita dah rigid, orang tegur macamana pun tak berkesan melainkan kita sendiri yang self check.

So basically i am doing self check here, dan berjanji untuk bagi happy vibes pada setiap masa. Selalunya kalau tak hepi, obviously mesti saya lack salah satu dari benda berikut:
1. Al-fatihah dalam solat dan zikr
2. My precious
3. Send happy vibes

1. Sungguh susah nak khusyuk solat, dulu selalu solat pejam mata, tapi ada orang cakap makruh la pulak. betul ker? Bila solat pandang tempat sujud, ternampak pulak si Aisyah susun n paksa si tiger tu ruku' and sujud macam mamanya..."Colat" marah Aisyah sambil cuba mengislamkan tiger.

2. Menyesal tak bawak buku "La Tahzan". Buku tu la peneman di kala duka, kalau give up dengan kehidupan, tensen pasal thesis, atau simply susah hati. Jarang ada buku agama yang cara penyampaiannya mudah dan tak sarat dengan jargon sebegitu. Tapi buku ini bila baca, sungguh terasa penulisnya sangat jujur dan ikhlas dalam menyampaikan mesej..Sungguh terasa dekat di hati. Agak-agak sudikah Mr Z spend another $20 untuk sebuah lagi buku ini? Please.. (saying while sending "kesian" vibes)

3. Antara benda2 yang boleh menimbulkan kegembiraan ialah bila kita cerita tentang kejayaan (diri-sendiri atau orang terdekat), atau benda2 trivia macam "rahsia muda Dr M" ehehe...pinjam headline utusan hari ni. Mungkin cerita pasal makanan, bak kata hubby saya dengan penuh harapan "Ntah-ntah bila kat canada nanti, blog sayang akan jadi blog resipi, ada gambar makanan.." Ehehe, sian mr Z, tengokla nanti yer...kekeke.

p/s: ni satu lagi benda yang boleh send happy vibes : here

7 Whisperers:

Anonymous said...

insaf insaf bila baca...

lady zaini said...

Akak ni...hehe. ni reminder utk sendiri, so kalau tak buat, sure malu kat diri sendiri.. :P

Idayu said...

haha...kelakonyer aisyah paksa tiger smayg ek?

lady zaini said...

haah,
dah islam dah tiger tuh, Alhamdulillah..:D

misah said...

bila dah masuk umor 30-an, kita akan jadi lebih matang dan lebih cool..berbanding masa zaman 20-an, yg sentiasa memberontak dan bila cakap terlalu"terbuka" kadang2 boleh menyakitkan hati org lain walaupun ianya mmg benar..

lady zaini said...

saya masih belajar nak jadi cool, bukan cold :) huhu..takper, pelan-pelan.

Anonymous said...

saya suka entry nie... ;-)

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez