Pranggg!
Bunyi kaca berderai kat sebelah dapur. Seminit kemudian mr z datang duduk tengok tivi, macam nothing happened. Cik S buat kija memang biasa bunyi2 pelbagai rasa tu, dh lali dah..tapi ni macam bunyi benda pecah.
So i went to the kitchen.
Me, "Ada benda pecah ker?"
Cik S, "cawan pecah."
Me, "Cawan? Macamana boleh pecah?"
Cik S, "Abang Z terjatuhkan."
Me, "Aikk... dia gi tengok tivi selamba jerr...Macam tak buat salah apa2. Heh"
Beberapa hari kemudian, Aisyah accident dgn mama, so tergolek lagi satu cawan.
Dan semalam, Aisyah mengamuk, sebiji lagi pecah.
Huhu, sebelum2 ni jatuh melantun2 ja tak pecah pun. Ni dah tanda2 awal nk kena cecepat sambung belajar.
So cawan dah tinggal tiga biji.
So............
Sesaper nak datang call dulu ye :P Hehe, memain.
Datang ja, satu cawan kongsi dua orang, sanggup?
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 Whisperers:
wahhhhh lama tak kesini.. tertinggal 2-3 N3..
Echa mengamuk balik cawan ker? Adehhh naper sampai cam tuh?
P.s
Kak Azi dtg nanti bawa cawan kertas ok tak?.. hihii
balik=baling
ehehe...dia tak baling.cawan tu tepi tv, dia tarik konon2 merajukla... abis sebiji. huhu~
haha.takper...cawan kertas spare ader lg
zaiah ada baca offline msg kak azi tak? pasal susu tuh.... dah inform tau..
pas nih mama kna bli set corelle ler hehehe
Salam,
Zakiah, rindu sangat-sangat. Saya tengah sesi lawatan dari blog ke blog kawan-kawan ni. Wahh.. sangat aktif korang ek. Nampaknya saya sorang yang tenggelam takde berita. Ehehehe.. Macam mana ek bisnes sekarang. Semoga awak terus dapat memanfaatkan setiap masa yang awak ada sekarang. Rasa cemburu sangat baca tulisan-tulisan awak yang sangat informatif dan boleh dimanfaatkan. Teruskan dan teruskan (macam kene bayar je saya ni.. hehehehe..) Bilalah saya berpeluang menulis macam ni. Semua orang pun sibuk, tapi saya ni agak kureng pandai mengurus masa. Hmm....
ayu.
nk bagi eccah pakai corelle...hmm. tengokla klu dh jadi jutawan hartawan dermawan nnti...heheh.
shada,
apa kata selain lawatan blog ke blog, awak buat lawatan rumah ker rumah. saya sedia menggemukkan awak. memang sepi sungguh budak mimos ni, sombong! lupa diri! (hehe, adakah saya berjaya membuatkan awak marah?)
biz tgh setup semula. n tgh sakit kepala. joint venture ngan kawan.. nnti sy citer
haha...kak Z..cemana nak pi umah akak ni..? ke setiap kali nak pi, silala bwk cawan masing2..? hihihi lawak jee...
isskkk...anonymous ni macam kukenal...hehe.mehlerr...cam tak biasa kongsi cawan..ngehehe
Post a Comment