Thursday, March 15, 2012

Gheebat oh Gheebat

Hati-hati. Nampak seperti bunga, tapi...


Hasan Al-Basri berkata: "Sesiapa yang datang membawa cerita orang lain kepadamu, dia juga akan membawa ceritamu kepada orang lain."

Kalau ada sahabat kita ceritakan pada kita tentang perangai buruk seseorang (yang tiada memudaratkan sesiapa pun), ketahuilah mengumpat cuma hobinya. Dibelakang anda, cerita anda telah dijaja merata-rata. Kalau sudah tiada siapa yang sudi mendengar hobi kejinya ini, maka demi memenuhi kepuasan diri, dia tetap akan meneruskan hobi tersebut tak kiralah samada di chat atau email atau yahoo group :P

Itu baru umpat ya. Gheebah. Belum lagi fitnah. Sebarang perkara yang walaupun benar tapi tidak disukai oleh orang yang diperkatakan sekiranya dia hadir bersama, itu adalah gheebah. Jika ia tidak benar, itu adalah fitnah.

Peristiwa saya difitnah dahulu menimbulkan pengajaran pahit manis terhadap kami sekeluarga. Tapi kuasa Allah menakjubkan, Allah menterbalikkan hampir semua 'doa-doa jahat' beliau ke atasnya semula. Allahu Akbar. Alhamdulillah. Dan doa saya dari dulu sehingga kini tak berubah. Saya tidak mendoakan yang buruk-buruk untuk mereka ini. Saya tak pernah mendoakan rezeki kamu putus, tapi sebaliknya saya doakan rezeki kamu bertambah-tambah tapi biarlah Allah campakkan dunia kamu jauh-sejauh-jauhnya dari dunia kami.  Biarlah kebenaran terbukti dan Allah berikan saya sahabat yang memberikan manfaat untuk dunia akhirat.

Berhati-hati memilih jiran dan teman.

Empat perkara termasuk unsur kebahagiaan seseorang: wanita (isteri) yang saleh, kediaman (rumah) yang luas, jiran tetangga yang baik dan kenderaan yang selesa. Dan empat perkara termasuk unsur penderitaan seseorang: jiran tetangga yang tercela, wanita yang tercela (buruk akhlaknya), tempat kediaman yang sempit dan kenderaan yang tercela.[1]

Riwayat Ibnu Hibban

(pic and sedutan kata-kata hikmah, credit to fb kak ekin)
(comel pulak kata-kata ni, walaupun agak childish but true oh so true)

[1] Sahih: Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Khatib al-Baghdadi (al-Tarikh) dan Abu Nu‘aim (Hilyatul Auliya’), dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam Sahih Ibn Hibban (Muasasah al-Risalah, Beirut 1997) – no: 4032. Juga dinilai sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Silsilah Hadits Shahih (terj: Qodirun Nur, Pustaka Mantiq, Solo 1996) – no: 282.

2 Whisperers:

fazira said...

semuga tuhan setuju dan mempermudahkan. huhu.

lady zaini said...

Semoga Tuhan setuju? Huhu~ tak faham...sila cerahkan sikit ayat tu :)

 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez