Wednesday, January 25, 2012

Masalah Besar

Pernah waktu super bizi dulu, manakala my husband pula dah sibuk macam dah jadi co-supervisor :P, saya punyala dok fikir, kenapala asyik laparrrr je. Seminggu rasa macam makan tak kenyang2... Masuk minggu kedua, baru perasan...

Mana tak lapar, bukan makan tak kenyang, dah memang seminggu tak makan!

Sambil suapkan Aisyah and Ayyan, sambil2 colek sikit masuk mulut. Seminggu macam tu. I told this story to my friends kat sini. Hamboiii~ kemain seronok lagi depa dok perli nooo. Please call me if you dont forget my number, or please dont forget to sleep, or did you eat this week? Hmmpss :P

Masalah pelupa ni berkait rapat dengan very low blood pressure and anemic condition sejak mengandungkan Ayyan.

Harini, lupa lagi.

Pegi mandi, cuci-cuci tandas, bagi budak-budak dua orang tu mandi, keluar-keluar, ayam masak lemak cili padi dah jadi arang masak bbq! Ho-yeahh~

Nasihat terbaik untuk hilangkan penyakit lupa ni mudah. Hafal quran. Terbaik kalau pagi-pagi lepas Subuh.

Tapi...itupun lupa nak buat.
Hmmm...

(Gigih cari gambar "ayam rentung" nak bubuh dalam entry nih, teringin gak nk tau orang lain ada tak blogkan pasal ayam rentung.. haha, takder rupanya :P tp beratus-ratus gambar "ayam rendang" pulak keluar. Agak sakit hati...Esok lusa kena buat rendang nampaknya)

Monday, January 23, 2012

Cari Penyakit

Waktu selsema, barula teringat "betapa bestnya nikmat bernafas".

Biasa sangat.

Habis selsema main hujan snow lagi :P Ada beberapa perkara pelik yang saya suka buat, konon2 nak menambahkan rasa dan nikmat bersyukur. Antara rezeki yang saya rasa terlalu besar nikmatnya, dan tak habis untuk disyukuri, ialah kejadian mata. Makanya, untuk menambahkan rasa kesyukuran, antara benda freak yang saya buat ialah jalan sambil tutup mata.

Memang bila tersepak batu, terlanggar pokok, tergesel tembok, rasa bersyukur sangat. Pernah bila saya bukak mata lepas tergesel tembok, saya nampak sorang budak perempuan lari sesungguh hati cuba buat-buat tak pandang. Harap dia tak traumatize dengan apa yang dilihatnya.

So bila kat rumah ni,saja2 cari pasal lagi. Nak bersyukur dengan adanya kaki la pulak. Kononnya. Bila ribakan ayyan sebab nak kasi dia tidur, punyala lama baru dia tidur. Hmmmm... biasanya dah kebas2 sampai pinggang baru boleh letak dia kat bilik. So kalau jalan dalam keadaan kaki kebas, memang awesome!

Kaki rasa numb, macam tak wujud sampai lutut, bila melangkah jer otak dapat isyarat "bahagian kaki terendah adalah area lutut", makanya ingatkan tak sampai lagi tapi kaki dah cecah lantai. Waktu tu best ~ rasa macam berjaya memperdayakan diri sendiri... Sambil dokong ayyan bawa masuk tidor, sambil mencabar diri untuk berjalan dalam keadaan kebas yang melampau. Serious awesome.

Langkah naik tilam, otak tak dapat nak generate berapa ketinggian kaki yang perlu diangkat.
Gedebuk!!

Awful.
Serious awful!

Harini kena rehat, memang bersyukur ada kaki.

Ambil Iktibar

Tiap kali openhouse, dah tau dah lepas makan-makan sampai gumok, dan akan balik rumah kompem tengah malam, dah lewat dan dah ngantuk (read: malas), tak juga nak ambil iktibar untuk solat Isya sesiap sebelum balik rumah, padahal 6.50pm dah Isya'.

Hmmm... starlight sket kat dahi sendiri. 

Balik baru terhegeh2 bagi anak goshok gigi, dan ambil air sembahyang. Tu pun sempat lagi curi2 masa tengok internet, check email, check fb :P 

Tengah sibuk dalam hal virtual sedemikian, tiba2 Aisyah keluar dari bilik tidor sambil ketawa mengekek-ngekek, sungguh-sungguh betul dia gelak. 

"Papa told me that you are praying outside, but you are not! You are playing on the computer! You're not prayingg~ " 

Aisyah sambung gelak mengekek...

Mama tutup komputer pelan-pelan, pegi ambil sejadah ~ 
Aduh~

Monday, January 16, 2012

Ehh? 2012 dah

Ehh saya ada blog rupanya?! haha..

Actually sangat bizi menguruskan kehidupan dan bisnes. Dan saya malas nak berblog sebab ada orang yang cemburu. Haish, bukan salah diriku dilahirkan comel...nak buat macamaner..

Muahaha.

Alhamdulillah, bersyukur tak buka suara pun, orang nampak kebenarannya. What really amazed me is that, saya langsung tak sakit hati. Mungkin bak kata orang, "those who mind don't matter, and those who matter don't mind".

--------------------------------------------------------
2012, cuba nak tambahkan ilmu "homeschooling". Rasa macam risau nak melepaskan Aisyah ke sekolah, tak tau "perkataan apa" yang dia akan dengar, dan perbuatan apa yang dia akan belajar.

First thing first, nak kena atur kehidupan. Seminggu demam, rumah adalah serabut dan chaos.
Kita start dengan dapur :P Seminggu demam, main letak jer barang dekat area2 yang tercapai dek akal (dan tangan)

Fridge, tahan seminggu jer bersusun. Pastu seminggu serabut.
Minggu berikutnya susun balik.
Serabut balik.
Susun balik.
.
.
Kerja surirumah adalah infinite loop.

Friday, April 1, 2011

Aisyah's World

I love listening to Aisyah's fairytale stories. There were times when she was the superhero saving the world, while at some other time she was the princess riding a white pony. Paling tak tahan bila dia dah start ballet dance siap pejam-pejam mata :) Oh, sometimes she made up a few jokes too. Her 'knock, knock jokes' was far from funny, but I do love to listen to them again and again.

The ABC game
Me: So Aisyah, give me something that start with the letter A.
Aisyah: A? Apple!
Me: Good job. What else start with the letter A?
Aisyah: Mmmm..mmmm... Aisyah?
Me: Yup. Very good. What else?
Aisyah: Mmmm...mmmm...mmm
Me: What else start with the letter A?
Aisyah: Mmm...A... Adora, Amandi, Asabun, Ashampoo.....

Grrr...

Me: Now, tell me what starts with the letter B?
Aisyah: B!
Me: Yes, B.
Aisyah: B!
Me: Yes B. What starts with the letter B?
Aisyah: B! It's B, mama, B! Buzzzzzz~ Buzzzz~ Buzzzzzzz~ Like that. Buzz~ It's bee.
Me: Owh (I thought she said B, but she was referring to bee :P)

Me: What else start with B?
Aisyah: Bacuum? Bandi?
Me: Hehe... (She's been using bacuum instead of vacuum and bandi instead of mandi since she was much younger..hehe, salah ajaran nih :P)

Aisyah and Papa
Papa was tearing the cellophane tape with his teeth, and he wasnt aware of the pair of keen eyes have been watching him at work.

Aisyah: Papa, dont eat it (cellophane tape). It's not tasty!
Papa: (Surprised) Hehe, ok ok. Sorry Aisyah. Hehe~
Aisyah: No papa, no laughing, papa. It's not funny!
Papa: ...

Speechless terus :P

Just what would I do without her~

Thursday, March 10, 2011

Blogging - The Disclaimer

Saya tidak pernah merasakan menulis itu satu perkara yang membebankan. I write when Im happy, and more when Im sad :) But whether or not should I write in my blog, is my personal choice :)

Cuma sejak beberapa lama ni, saya rasa muak untuk berblog.

1. Saya tak suka blog ini dijadikan bahan rujukan.
Blog ini cuma blog. Bukan journal, ensiklopedia dan bukan juga medan menfitnah.Sebagai writer, saya tetap harus bertanggungjawab terhadap penulisan terutamanya yang menyentuh hal keagamaan. Sila betulkan kalau salah. Tapi kalau sudah saya tulis mengenai "cuaca sejuk di Canada" pun dijadikan bahan menfitnah, maka speechless tak tau nak komen apa lagi. Yer cuaca di Winnipeg ni sejuk 23'C dibawah paras beku adalah biasa, dan tidak ada fitnah di situ, dan tidak ada kaitan suhu sejuk ini dengan pendirian saya terhadap this friendly Manitoba :P

2. Saya tak suka blog ini dikunjungi orang.
Blog ini cuma medan diskusi dengan sahabat. Malasnya kalau baca komen, "Hai, comella awak pakai make up" bila obviously tak pakai secalit bedak pun. Atau malas nak baca komen, "Saudari, awak tulis salah sebab A tak sama dengan B" oleh seseorang yang baca tajuk entry saya "A Equals to B?"..baca tajuk tapi tak baca isi kandungan... Kesiannya :(

3. Saya tanak bertukar-tukar link
I dont want fans or advertisements. I want friends. I mean, I welcome friendly debates and I thank those who read this humble blog, or even share their thoughts. Love is to be shared, right :) Tapi maaf sesangat pada segelintir peniaga yang komen minta tukar2 link, mesti ingat saya sombong kan :P Actually, boleh pegi facebook kitorang "Sales Mymuslimart" untuk tukar2 link. Blog ini tak best. Sejuk. Tak menarik. Blog ini hanya untuk sahabat2 dan tetamu2 yang sudi berkongsi idea atau yang sudi berkongsi rasa dengan picisan luahan perasaan di blog ini. Dan saya tak berminat nak men"glamer"kan blog ini. Maaf ya. Bukan sombong. Bukan.

Saya pernah menulis mengenai "Human Behaviorial and Technology" ketika di UIA dulu (actually tak ingat tajuk sebenar). Lecturer minta dipanjangkan untuk publish di journal tapi saya sangat sibuk exams dan kami hanya sempat berdiskus beberapa points yang menarik :) Anyway, saya menyentuh tentang perubahan tingkah laku manusia apabila menggunakan teknologi ini.
Paling mudah, "si gadis manis bercakap kuat2 dan ketawah berdekah2 ketika menggunakan telefon" padahal kebiasaannya dia adalah sangat pemalu.
"Si Nerd yang berubah menjadi hackers yang sangat mean dan melakukan pelbagai virtual vandalism" sedangkan dia di dunia sebenar adalah anak yang taat.
"Atau si imam masjid Kg Nipah (rekaan) yang bawak kereta 260km/h di highway"
Atau "si dia yang di dunia luar prestasi akademiknya biasa-biasa sahaja tetapi di internet, seorang komentator yang menghentam bloggers/politicians satu Malaysia atau seorang 'ulama' yang menjatuhkan pelbagai fatwa."

Hebat! Teknoloji memberikan manusia satu macam "mask" untuk menyembunyikan "wajah" sebenar kita. Berlindung dibalik gadgets dan machines.

Penggunaan teknoloji samada membawa kepada lebih banyak keburukan atau kebaikan adalah satu debat yang tiada kesudahan, kerana ia begitu bergantung kepada persepsi dan aplikasi teknoloji oleh seseorang individu itu sendiri.  Kalau sudah hobinya menjadi "penyampai" untuk berborak menfitnah di tepi "tingkap".. maka alternatif kini sudah ada pelbagai jenis "messenger" untuk "Windows" masing-masing. Pilihan di tangan sendiri, sebab tu agaknya munkar nankir di bahu kanan dan kiri kita, bukan di gadgets kita.

May Allah guides me and make it easy for me to make the correct decision each time. Amin
 

-StiLL iN LoVe- Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez